Koruna Bohemia dan Moravia

Koruna Bohemia dan Moravia, dikenali sebagai Crown Negeri Naungan (Czech: Protektorátní koruna), ialah mata wang Negeri Naungan Bohemia dan Moravia antara 1939 hingga 1945. Koruna itu dibahagikan kepada 100 haléřů.

Koruna Bohemia dan Moravia
Nota 50 korun negeri naungan
Jenis mata wang
Subunit
 1/100haléř
Bentuk jamak
Bahasa bagi mata wang ini adalah dalam rumpun bahasa Slavik. Terdapat lebih daripada satu cara untuk membina bentuk jamak.
SimbolK
 haléřh
Wang kertas1, 5, 10, 20, 50, 100, 500, 1000, 5000 korun
Syiling10, 20, 50 haléřů, 1 koruna
Demografi
Pengguna
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia
Kotak info ini menunjukkan status terkini sebelum mata wang ini menjadi lapuk.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Koruna Bohemia dan Moravia menggantikan Koruna Czechoslovakia pada tara, dengan Koruna tersebut digantikan pula dengan Koruna Bohemia dan Moravia yang baharu, sekali lagi pada tara. Nilainya ditetapkan kepada Reichsmark pada kadar 1 Reichsmark = 10 koruna. Pada mula-mulanya, nilainya sama sahaja dengan Koruna Slovakia tetapi pada 1940, nilai Koruna Bohemia dan Moravia diturunkan. Pada tahun itu, duit syiling zink 10, 20 and 50 haléřů diperkenalkan, diikuti oleh duit syiling zink 1 koruna pada 1941. Reka bentuk bahagian belakang duit syiling itu amat serupa dengan duit-duit syiling Czechoslovakia yang lebih awal.

Pada 1939 dan 1940, nota bank Czechoslovakia untuk 1 dan 5 korun dicap dengan nama negeri naungan untuk digunakan di Bohemia dan Moravia. Ini diikuti oleh terbitan pemerintahan jenis biasa untuk:

  • 1, 5, 50, dan 100 korun pada 1940;
  • 10 korun pada 1942; dan
  • 20 korun pada 1944.

Bank Nasional kemudian memperkenalkan nota 500 dan 100 korun pada 1942, diikuti oleh nota cetak tindan Czechoslovakia 5,000 korun pada 1943 serta nota 5,000 korun jenis biasa pada 1944.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (1991). Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1801–1991 (ed. ke-18). Krause Publications. ISBN 0873411501.
  • Pick, Albert (1994). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu am. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. ke-7). Krause Publications. ISBN 0-87341-207-9.

Pautan luar sunting