Koordinat: 39°54′53″N 116°23′26″E / 39.91472°N 116.39056°E / 39.91472; 116.39056

Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.

Istana Maharaja Dinasti Ming dan Qing di Beijing dan Shenyang
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
The Dewan Tertinggi Harmoni (太和殿) di tengah-tengah Kota Larangan
Maklumat am
Sebahagian dari
Imperial Palaces of the Ming and Qing Dynasties in Beijing and Shenyang, Imperial City Sunting ini di Wikidata
TermasuklahDong liu gong
Xi liu gong Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1987 (sesi ke-11)
Lanjutan2004
Keluasan72 he (7,800,000 ka2)
Laman sesawang
https://intl.dpm.org.cn/index.html?l=en Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiDonghuamen Subdistrict, Dongcheng District, Republik Rakyat China Sunting ini di Wikidata
Koordinat39°54′57″N 116°23′27″E / 39.9158°N 116.3908°E / 39.9158; 116.3908
Kota Larangan is located in Bumi
Kota Larangan
Kota Larangan (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh seni bina agam China tradisional,[2] pengaruh budaya serta pembangunan seni bina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,[2] dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.

Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "故宫到底有多少间房 (How many rooms in the Forbidden City)" (dalam bahasa Chinese). Singtao Net. 2006-09-27. Dicapai pada 2007-07-05. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "UNESCO World Heritage List: Imperial Palaces of the Ming and Qing Dynasties in Beijing and Shenyang". UNESCO. Dicapai pada 2007-05-04.

Pautan luar sunting

Templat:Tapak Warisan Dunia di China