Kuala Perlis merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi melalui jalan laut. Di Kuala Perlis juga, perancangan dibuat bagi mewujudkan pusat membeli-belah bebas cukai barangan dari tiga negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura di Bukit Putih yang bakal menjadi pintu masuk utama ke Malaysia.

Pekan Kuala Perlis
ڤكن كوالا ڤرليس، ڤرليس
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perlis
MukimPekan Kuala Perlis
KeluasanN/A
Pemandangan Kuala Perlis
Stesen bas Kuala Perlis

Kuala Perlis terkenal dengan makanan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar dan sedap. Bukit Kubu di sini juga sangat terkenal dengan gua serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan lama antara kerajaan Kedah Tua dan Siam yang menyaksikan banyak nyawa terkorban.[perlu rujukan]

Am sunting

  • Mercu tanda bagi Kuala Perlis ialah Masjid Terapung Kuala Perlis
  • Masa yang diambil bagi feri dari Terminal Feri Kuala Perlis untuk ke Pulau Langkawi ialah 50 minit
  • Perairan Kuala Perlis boleh digunakan untuk ke Satun, Thailand
 
Terminal Feri Kuala Perlis

Hotel dan motel di Kuala Perlis sunting

  • Putra Brasmana
  • T Hotel
  • Seaview Hotel
  • Q Hotel