Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.

Banna'i pada menara masjid – corak penulisan Kufi segi empat yang berulang-ulang
Lukisan inskripsi Basmalah dalam skrip Kufi, abad ke-9. Asal di Muzium Islam, Kaherah, Mesir (Inventar-Nr. 7853)

Ciri-ciri sunting

Kufi ialah sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dan tha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.

Kejadian sunting

Kufi kerap diguna dalam manuskrip-manuskrip abad ke-8 hingga ke-10.

Kufi sering dilihat pada duit syiling dan tugu Seljuk dan pada syiling Empayar Uthmaniyyah awal. Ciri hiasnya membawa kepada penggunaannya sebagai elemen hiasan pada beberapa bangunan awam dan persendendirian yang dibina sebelum zaman replublikan Turki.


Kufi reka bentuk segi empat ataupun geometri sunting

Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i.[1]

Tiruan-tiruan Barat sunting

"Pseudo-Kufi", juga dikenali sebagai "Kufesque", merujuk kepada tiruan skrip Kufi, dibuat dalam konteks bukan Arab, pada Zaman Pertengahan atau Zaman Pembaharuan: "Tiruan bahasa Arab dalam seni lukis Eropah lazimnya dipanggil pseudo-Kufi, meminjam istilah yang digunakan pada skrip Arab yang menonjolkan tulisan lurus dan berbucu, dan paling kerap digunakan sebagai hiasan dalam seni bina Islam".[2]

Galeri sunting

Templat:Kaligrafi

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Jonathan M. Bloom; Sheila Blair (2009). The Grove encyclopedia of Islamic art and architecture. Oxford University Press. m/s. 101, 131, 246. ISBN 978-0-19-530991-1. Dicapai pada 4 January 2012.
  2. ^ Mack, p.51
  • Wolfgang Kosack: Islamische Schriftkunst des Kufischen Geometrisches Kufi in 593 Schriftbeispielen. Deutsch - Kufi - Arabisch. 380 Seiten. Verlag Christoph Brunner, Basel 2014, ISBN 978-3-906206-10-3.

Rujukan sunting

  • Mack, Rosamond E. Bazaar to Piazza: Islamic Trade and Italian Art, 1300–1600, University of California Press, 2001 ISBN 0-520-22131-1

Pautan luar sunting