Nekbat

(Dilencongkan dari Kuih nekbat)

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Nekbat
Kuih nekbat adalah makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur.
Nekbat
Jenis sajianPencuci mulut
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamaTepung, air gula, cengkih
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

Istilah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.

Pautan luar sunting