Tahi itik

tradisional kuih
(Dilencongkan dari Kuih tahi itik)

Tahi itik ialah sejenis kuih yang popular di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat daripada telur dan disira panas-panas di dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek menurut cita rasa pembuatnya. Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan jala mas atau pauh dilayang, kerana kedua-dua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.

Tahi itik
Kuih tahi itik
JenisKuih
Jenis sajianPencuci mulut
Tempat asalMalaysia
Bahan utamaPutih telur, gula, air
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tahi itik tidak banyak dijual secara meluas kerana pembuatannya bergantung kepada sisa putih telur daripada penyediaan kuih-kuih lain. Kuih ini boleh didapati di pasar minggu dan pasar tani pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah atau ketika majlis perkahwinan diadakan.

Nama sunting

Nama kuih tahi itik mungkin diberikan berdasarkan rupanya yang keputih-putihan dan bertempek-tempek, menyerupai tahi itik. Selain itu, mungkin juga kerana ia dihasilkan daripada sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa ataupun tahi.

Nama lainnya ialah "hati sukma", tetapi nama ini jarang dipakai.

Huraian sunting

Tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Selepas itu, putih telur tersebut akan disira dengan dimasak di dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

Tahi itik ini lebih popular di belahan Pantai Timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang mempunyai banyak hidangan kuih yang manis. Oleh kerana kos pembuatan yang rendah, ia ada dijual begitu sahaja dan tidak perlu ditempah lebih awal. Walau bagaimanapun, penghasilan dan penjualannya adalah bermusim.

Tahi itik sebaliknya kurang popular di negeri lain di Malaysia, kemungkinannya disebabkan oleh rasanya yang amat manis dan bergula itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Selain itu, rasanya yang manis memberikan tekstur yang melekit di tekak ketika ditelan. Tahi itik biasanya dihidangkan secara kering tanpa kuah atau air gula, kecuali yang melekat pada kuihnya.

Tahi itik sesuai dijadikan sebagai kudapan kerana rasanya yang sedap dan manis, biasanya dihidangkan dengan teh tawar kerana ia telahpun manis. Tahi itik turut menjadi tumpuan penggemar makanan yang ingin menukar namanya menjadi sesuatu yang lebih komersial.[1]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting