Kuil Yasukuni

muzium di Jepun

Kuil Yasukuni (靖國神社 Yasukuni Jinja; "kuil bangsa damai") merupakan kuil agama Shinto di Tokyo, Jepun. Kuil ini dibina bagi mengenang tentera Jepun yang terbunuh semasa Perang Dunia Kedua, 1941-1945 dahulu. Antara tentera Jepun yang terbunuh termasuklah 14 orang tentera berkelas tinggi dan dikehendaki oleh pihak musuh terutamanya China.

Bangunan utama Kuil Yasukuni

Buku daftar kematian dalam kuil itu mencatatkan 2.466.495 nama tentera Jepun dan tentera bekas jajahannya (Korea dan Taiwan) yang terbunuh dalam perang.

Setiap kali Perdana Menteri Jepun mengunjungi kuil ini pasti akan mengundang kontroversi, bantahan daripada Republik Rakyat China, Taiwan dan Korea. Ini kerana Jepun pernah menawan negara-negara ini semasa Perang Dunia Kedua dan memakan banyak korban. Tentera Jepun dilaporkan membunuh orang awam, merogol wanita dan menyiksa tentera dan orang awam dengan cara yang tidak wajar .

Sehingga kini terdapat pelbagai usaha untuk mendapatkan wang pampasan daripada kerajaan Jepun. Terbaru ialah kunjungan Perdana Menteri Junichiro Koizumi ke sana. Perdana Menteri Jepun yang pertama melawat kuil ini ialah Yasuhiro Nakasone. Sementara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ziarah kuil ini kerana abangnya dimakam di kuil ini.


Bacaan tambahan sunting