Kuku embun merupakan jari saki pada kaki kebanyakan jenis mamalia, burung, dan reptilia (termasuk yang pupus, seperti spesies teropoda tertentu). Kuku embun bertumbuh lebih tinggi daripada paras kaki supaya tidak menyentuh bumi ketika haiwan berkenaan sedang berdiri.

Huruf "D" dalam gambar ini menandakan kuku embun pada kaki depan anjing ini.
Kuku embun anjing tidak menyentuh bumi.

Anjing sunting

Anjing semestinya ada kuku embun pada kaki hadapan dan sekali-sekala di kaki belakang.[1] Bagi kebanyakan baka anjing, kuku embun belakang tidak banyak bertulang atau berotot. Wujudnya juga anjing yang ada lebih daripada sebatang kuku embun pada satu kaki. Masih dipertikai sama ada kuku embun ini memberikan cengkaman kepada anjing ketika berlari, kerana bagi sesetengah anjing, kuku embun menyentuh bumi ketika berlari, dan cakar kuku embun itu menjadi haus seperti jari-jari lain, kesan menyentuh bumi. Bagi anjing lain yang kuku embunnya tidak menyentuh bumi, cakar kuku embun tidak haus, sebaliknya dipotong agar cukup jauh dengan bumi.

Kuku embun bukannya anggota badan yang mati, sebaliknya boleh digunakan untuk mencengkam benda yang dipegang dengan kaki. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah anjing, kuku-kuku ini nampaknya hanya bersambung pada kaki dengan sesiat kulit; oleh itu, kuku embun sedemikian tidak berguna untuk cengkaman kerana cakarnya mudah melipat atau berpusing.[2]

Kuku embun belakang sunting

Keluarga anjing mempunyai empat jari pada kaki belakang,[3] tetapi sesetengah anjing atau baka anjing ada satu lagi jari tambahan, yang dikenali secara sains sebagai polidaktili preaksial khusus kaki belakang.[4] Kuku embun belakang berpunca daripada beberapa mekanisme genetik yang melibatkan gen LMBR1 dan sesetengah bahagian genom yang berkaitan.[4] Kuku embun belakang selalunya tiada tulang falanks dan hanya tersambung dengan kulit sahaja.[5]

Haiwan bertelapuk sunting

 
Telapuk kijang yang berbelah (Capreolus capreolus), dengan kuku embun

Haiwan yang bertelapuk berbelah berjalan dengan sepasang telapuk yang terpusat, tetapi banyak juga yang ada sepasang kuku embun luaran pada setiap kaki, yang sedikit ke atas kaki daripada telapuk utama tetapi serupa strukturnya.[6] Bagi sesetengah spesies (seperti lembu), kuku embun jauh lebih kecil daripada telapuk dan tidak menyentuh bumi, tetapi bagi haiwan lain pula (seperti babi dan kebanyakan rusa), ia cuma sedikit kecil berbanding telapuk, dan boleh menyentuh bumi dalam keadaan lembut atau ketika melompat. Sesetengah haiwan bertelapuk (seperti zirafah dan kuda moden) tiada kuku embun.

Rujukan sunting

  1. ^ Rice, Dan (2008). The Complete Book of Dog Breeding (ed. 2). Barron's Educational Series. m/s. 150. ISBN 978-0764138874. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ Hoskins, Johnny D. (2001). Veterinary Pediatrics: Dogs and Cats from Birth to Six Months (ed. 3). Saunders. m/s. 251. ISBN 978-0721676654. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ Macdonald, D. (1984). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 56. ISBN 0-87196-871-1.
  4. ^ a b Park, K; Kang, J; Subedi, Kp; Ha, Jh; Park, C (2008). "Canine polydactyl mutations with heterogeneous origin in the conserved intronic sequence of LMBR1" (Free full text). Genetics. 179 (4): 2163–72. doi:10.1534/genetics.108.087114. ISSN 0016-6731. PMC 2516088. PMID 18689889. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Hosgood, Giselle (1998). Small Animal Paediatric Medicine and Surgery. Butterworth-Heinemann. m/s. 236. ISBN 978-0750635998. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. ^ Perich, Shawn; Furman, Michael (2003). Whitetail Hunting: Top-notch Strategies for Hunting North America's Most Popular Big-Game Animal. Creative Publishing international. m/s. 8, 9. ISBN 978-1589231290. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)

Pautan luar sunting