Kumbang kura-kura emas

Kumbang kura-kura emas (Charidotella sexpunctata) ialah sejenis spesies kumbang daun dalam keluarga Chrysomelidae. Ia berasal dari Amerika.

Kumbang kura-kura emas
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
C. sexpunctata
Nama binomial
Charidotella sexpunctata
(Fabricius, 1781)
Sinonim
  • Metriona bicolor

Biasanya kumbang jenis ini hidup dalam lingkungan biofizikal dengan tumbuhan-tumbuhan dari keluarga Convolvulaceae, termasuk ubi kentang manis, kembang pagi, dan bindweeds. Kumbang dewasa dan larva biasanya memakan daun.[1]

Kumbang kura-kura emas berukuran 5 hingga 7 millimeter panjang. Ia berbeza dari segi warna dari jingga ke keemasan dan kadang-kala berkilat seperti metalik, kerana itu ia lebih mudah mendapat jolokan "kumbang emas". Elytra yang biasanya bersifat lut sinar dan kurang pigmentasi.[1] Warnanya berubah mengikut musim, kumbang ini mampu mengubah warnanya apabila berasa seperti diancam, cara penukaran adalah dengan mengalirkan cecair yang terletak diantara kutikel. Ia berubah daripada warna emas berkilauan kepada warna coklat lusuh apabila diganggu.[2]

Kumbang kura-kura emas biasanya bertelur sehingga 20 biji, telur putih biasanya terlekat di atas dahan atau dibelakang daun. Larva yang berbentuk cerucuk, kekuningan atau coklat kemerahan akan muncul dari telur yang menetas dalam tempoh 5 hingga 10 hari. [1]

Pemangsa kepada kumbang ini termasuklah parasitoid seperti eulophid wasp Tetrastichus cassidus dan tachinid Eucelatoriopsis dimmocki. lainlain pemangsa khususnya kepada larva adalah Kumbang Kura-Kura, Nabidae, Pentatomidae, dan kumbang pembunuh.[1]

Terdapat dua spesies kumbang kura-kura emas iaitu, ssp. bicolor dan ssp. sexpunctata.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Golden tortoise beetle. University of Florida Institute of Food and Agricultural Sciences.
  2. ^ Murray, T. Golden Tortoise Beetle. Diarkibkan 2009-01-07 di Wayback Machine Garden Friends and Foes. Washington State University, Whatcom County Extension.
  3. ^ Charidotella sexpunctata (Fabricius, 1781). ITIS.

Templat:Chrysomelidae-stub