Barongan (kumpulan muzik)

(Dilencongkan dari Kumpulan Barongan)

Kumpulan Barongan merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock dan metal dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Barongan
Kulit album Barongan A.S.A.L
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Metal
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliSham
Zam Stone
Ujang (Shahrudin Saniman) - sessionist
Bekas ahliAub (Allahyarham Mohd Rauh Abu)
D'Miee (Azmee Abdul Manap)[1]
Pae

Kumpulan Barongan membawa muzik rock metal berqasidah yang cukup unik. Mereka mula dikenali dengan lagu Kalimat ke-7 dan Liya Juwita yang merupakan lagu hits dari album mereka yang pertama, A.S.A.L.

Dengan dianggotai oleh pemuzik yang cukup berpengalaman, tidak hairanlah jika mereka mampu menghasilkan muzik yang bermutu. Zam Stone dan Aub merupakan barisan anggota pertama bagi Amuk dengan membawa gelaran Metal Jawa dan Din Taring. Namun begitu, mereka membawa haluan sendiri dengan menubuhkan Barongan. Secara dasarnya muzik yang dibawa Barongan serba sedikit dipengaruhi muzik Amuk iaitu dengan memasukkan elemen kemelayuan di dalam muzik metal mereka.

Barongan ternyata bukan calang-calang kumpulan rock kerana mereka telah diiktiraf sebagai kumpulan rock heavy metal terbaik di Berlin, Jerman. Mereka juga merupakan duta bagi peralatan muzik Behringer.

Ahli-ahli sunting

1. Zam Stone - Gitar
Pernah mengganggotai kumpulan Mercury, UG14, dan Amuk. Beliau ialah di antara pemain gitar metal yang serba boleh. Pernah menjadi pelakon undangan bagi telefilem OK dan filem Aku Kaya The Movie. Beliau juga sering mengiringi persembahan pentas bagi beberapa artis terkenal dan menjadi pemain gitar sessionist bagi rakaman album.

2. Allahyarham Mohd Rauh Abu (Aub) - Bass[2]
Bekas anggota kumpulan Burnmarks, Baba, Manterra dan Amuk. Beliau merupakan pemain bass yang cukup dihormati di dalam industri seni tanah air. Dengan gaya yang tersendiri, beliau mampu mengalunkan bunyi dengan cukup bergaya. Beliau juga pernah membintangi filem Aku Kaya The Movie bersama Bandi Amuk dan Stone. Seperti Stone, beliau juga sering mengiringi persembahan dan menjadi sessionist bagi rakaman album beberapa artis Malaysia.

3. D'Miee (Azmee Abdul Manap) - Vokal[3] (kemudiannya digantikan oleh Sham)
Merupakan seorang vokalis rock yang cukup berkuasa. Mempunyai kekuatan vokal yang lantang dan keras. Beliau juga mempunyai kebolehan berqasidah dan mengaji Al-Quran dengan baik. Beliau menarik diri dari Barongan demi meneruskan pengajiannya.

4. Sham - Vokal
Merupakan vokalis baru Barongan. Bekas anggota kumpulan Crayon dan Wali Tujuh. Juga mempunyai vokal yang cukup padu.

5. Pae - Dram
Hanya menjadi pemain dram Barongan selepas beberapa ketika tatkala album pertama mereka A.S.A.L menjengah pasaran. Beliau seterusnya menganggotai XPDC, M'pire dan Search.

Diskografi sunting

Album studio sunting

A.S.A.L (2003) sunting

P & C 2003 PonyCanyon Sdn. Bhd.

Terbitan: Jam Records, Treeman
Penerbit Eksekutif: Alan Ho, Sam Ho
Penerbit Album: Barongan
Jurutaip: Ain
Rakaman: Kunjie Ahmad
Penyelaras Vokal: Stone, Aub dan Adnan Abu Hassan
Studio: King Studio
Jururakam: Sam, Gayat, Stone, Aub, Jig

Side A
No.TajukPenulisMasa
1."Kalimat ke-7"Cepot/Andi Rahman4:18
2."Siapa Yang Kena"Kunji/Epol5:00
3."Titik Musafir"3:52
4."Liya Juwita"Stone5:14
5."A.S.A.L"4:50
Side B
No.TajukPenulisMasa
1."Tinggal Satu Tangki"5:27
2."Harung"3:19
3."Mereka"5:03
4."Aku Kaya"Barongan, Kunji/Aub, Stone dan Bandi Amuk4:58
5."Nasuha"D'Miee/Tapai4:17


Cakap Terang (2006) sunting

Terbitan: Power Records Sdn. Bhd.

No.TajukPenulisMasa
1."Kalimat Cinta Agung"
2."Mat Kilat"
3."Revolusi"
4."Benar"
5."Dalam Mimpi Zulaikha"
6."Nun Ya"Stone, Aub, Sham/Andi Rahman
7."Kembali"
8."Cakap Terang"
9."Peluru"Stone, Aub, Sham/Andi Rahman, Loloq
10."Abadi"


Rujukan sunting

  1. ^ Daqmie makin laris
  2. ^ "Bekas pemuzik Amuk meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 2018-09-01.
  3. ^ Daqmie: Gelaran juara beri laluan mudah

Pautan luar sunting