Damasutra

(Dilencongkan dari Kumpulan Damasutra)

Kumpulan Damasutra merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal tahun 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Damasutra
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Slow Rock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1991–1996
2015
Syarikat rakaman
1991–1993: Sinar Muzik Production
1996: BMG Music
Pengkarya berkait
Awang BPR, S. Amin Shahab
AhliBaggio - Vokal
Amran - Bass
Assu - Dram
Bekas ahliAlok - Gitar Utama (meninggal dunia)

Sejarah sunting

Kumpulan ini telah diasaskan oleh bekas pemain bass kumpulan Fotograf, Amran yang pada ketika itu masih bersemangat untuk meneruskan kerjaya muziknya bersama Sinar Muzik Productions selepas anggota-anggota Fotograf yang lain mengambil keputusan untuk fokus dengan kerjaya tetap mereka. Ingin menampilkan satu keunikan pada muzik rock, Amran telah menjemput 2 orang rakan sekampungnya iaitu Alok (Gitar) dan Assu (Dram) untuk merealisasikan impiannya itu seterusnya mengikat kontrak di bawah label yang sama. Kemudian, mereka telah mengambil seorang pemuda yang berasal dari Ipoh, Perak iaitu Baggio untuk dijadikan sebagai vokalis melalui satu demo tape yang diberi oleh Baggio kepada Amran.

Kemunculan Damasutra di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOW, Blackrose, Kris dan Laksamana. Gitaris kumpulan Bumiputra Rockers, Awang bertindak selaku penerbit album-album Damasutra kecuali album terakhir mereka.

Mereka kemudiannya membawa haluan masing-masing pada akhir dekad 90-an berikutan faktor kegawatan ekonomi yang turut melanda industri muzik Malaysia yang menyebabkan jualan album artis-artis tempatan jatuh merudum. Namun begitu, lagu-lagu mereka yang sangat unik dari segi lirik dan komposisi akan terus berada dalam lembar sejarah muzik tanahair. Sehingga kini, masih ada forum-forum yang membahaskan tentang lirik-lirik lagu mereka yang lebih bersifat spiritual dari kisah-kisah yang berkisar tentang cinta yang sehingga kini masih menjadi santapan telinga peminat-peminat tempatan.

Keahlian sunting

Kumpulan Damasutra terdiri daripada 4 orang anggota iaitu :

  1. Baggio - Vokal
  2. Amran - Bass
  3. Alok - Gitar Utama
  4. Assu - Dram

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tahun Tajuk Jualan
1991 Antara Sutra Dan Bulan
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1991
  • Format : CD, Kaset
  • Label : Sinar Music Production
1992 Asyik
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1992
  • Format : CD, Kaset
  • Label : Sinar Music Production
1993 Kurnia
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1993
  • Format : CD, Kaset
  • Label : Sinar Music Production
1996 Penawar
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Format : CD, Kaset
  • Label : BMG Music

Album Kompilasi sunting

  • Eksklusif (1995)
  • Terbaik & Terbaru (1997)
  • Kompilasi Kenangan (1999)
  • The Best Of / Baggio Damasutra (2000)

Pencapaian sunting

Anugerah Juara Lagu sunting

Tahun Judul Lagu Komposer Penulis lirik Keputusan
1991 Umpama Mimpi Dalam Mimpi Awang BPR S. Amin Shahab Tempat Kedua Persembahan Terbaik

Trivia sunting

  • Vokalis Damasutra, Baggio bukan hanya berbakat sebagai penyanyi malah turut menceburi bidang lakonan. Beliau pernah membintangi beberapa buah drama dan telefilem di luar waktu kerjanya bersama Damasutra.
  • Amran merupakan pemain bass asal kumpulan Fotograf sebelum mengasaskan Damasutra pada tahun 1990.
  • Damasutra merupakan satu-satunya kumpulan muzik yang tidak pernah menggunakan khidmat sifu muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang selalu digunakan oleh kumpulan-kumpulan muzik tanah air khususnya Search dan Wings.
  • Satu persembahan istimewa telah diadakan di Hard Rock Cafe Melaka pada 31 Mei 2015 bersempena kemunculan semula (reunion) Damasutra.

Rujukan sunting


Pautan luar sunting