Kumpulan Guthrie Berhad

Kumpulan Guthrie Berhad (bahasa Inggeris: Guthrie Group Limited MYX: 3131, dinyahsenaraikan) ialah sebuah syarikat Malaysia yang utama yang berurusan dengan ladang-ladang. Ia digabungkan dengan tiga kumpulan perladangan lain untuk membentuk syarikat perladangan dunia yang terbesar dengan nama Sime Darby Berhad.

Kumpulan Guthrie Berhad
Jenis/bentuk sahPublic
IndustriPerladangan, Hartanah, Pembuatan & Lain-lain
Ditubuhkan1821
Dibubarkan2007
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingTan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin(Pengerusi)
Dato’ Abd Wahab Maskan (Ketua Eksekutif Kumpulan)
Hasil( 2.406 bilion MYR 2006
( 0.43 bilion MYR)
Bilangan kakitangan46,759
Tapak webTapak web rasmi Kumpulan Guthrie
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Guthrie telah diasaskan di Singapura pada tahun 1821 oleh Alexander Guthrie, sebagai syarikat perdagangan British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie telah memperkenalkan getah dan kelapa sawit di Malaysia masing-masing pada tahun 1896 dan 1924.

Perolehan oleh Malaysia sunting

Pada tahun 1981, kumpulan itu telah menjadi sebuah syarikat milik penuh rakyat Malaysia selepas Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, Ismail Mohamed Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad ketika itu, Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Kewangan ketika itu, Razaleigh bin Mohd Hamzah dan Raja Tun Mohar Raja Badiozaman merancang serbuan oleh Pemodalan Nasional Berhad untuk mengambil alih kumpulan di London Stock Exchange. Pengambilalihan ini membolehkan Malaysia untuk mengembalikan pemilikan kira-kira 200,000 ekar (800 km ²) tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.

Kumpulan Guthrie itu dijadikan syarikat swasta pada tahun 1987 dan kemudiannya telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1989. Penswastaan syarikat ini menjadi isu awam terbesar ketika itu.

Penggabungan Bersama Sime Darby sunting

Dengan syarikat pelaburan kerajaan Pemodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham tunggal terbesar, kerajaan telah menggabungkan Guthrie dengan Sime Darby dan ladang Golden Hope untuk membentuk sebuah entiti baru yang dinamakan Synergy Drive, yang kemudiannya pula dinamakan Sime Darby. Semua saham Guthrie telah dinyahsenaraikan pada 1 November 2007 dan disenaraikan semula pada 30 November 2007. Sehingga November 2007, Sime Darby ialah syarikat terbesar di Malaysia dengan permodalan pasaran dan juga pengendali perladangan terbesar di dunia dengan simpanan tanah yang lebih daripada 540,000 hektar.[1]

Aktiviti semasa sunting

Aktiviti utama kumpulan itu ialah perladangan dan pengurusan harta. Nama perdagangan rasmi Guthrie ialah Kumpulan Guthrie Berhad. Kumpulan Guthrie mempunyai kawasan ladang di Semenanjung Malaysia dan Sabah, dan utara Sumatera dan Kalimantan Barat (Borneo) di Indonesia. Kumpulan itu juga terlibat dalam hartanah (dengan pembentukan Hartanah Guthrie pada tahun 1994) dan pembuatan.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting