Kura-kura duri

(Dilencongkan dari Kura-kura Duri)

Kura-kura duri,[4] (bahasa Inggeris: spiny turtle) nama lain kura-kura matahari atau kura-kura mas[5]. Ia adalah sejenis kura-kura yang hidup di Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapura, dan Thailand. Ia hidup di kawasan tanah pamah serta hutan hujan bukit, biasanya berdekatan dengan sungai kecil, khususnya di kawasan-kawasan bukit sehingga 900 meter tingginya.

Kura-kura duri
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
H. spinosa
Nama binomial
Heosemys spinosa
Gray, 1830[1]
Sinonim[3]
  • Emys spinosae Gray, 1830
  • Geoemyda spinosa Gray, 1834
  • Clemmys (Clemmys) spinosa Fitzinger, 1835
  • Heosemys spinosa Stejneger, 1902

Ciri-ciri sunting

Kura-kura duri adalah tergolong dalam kumpulan haiwan yang dikenali sebagai kura-kura, yang merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang, kelas reptilia. Tubuh kura-kura duri dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka. Kesemua kura-kura, sama ada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.

Bentuk cangkerangnya yang berduri berfungsi sebagai penghalang daripada sebarang pemangsa seperti ular.[6] Begitulah haiwan ini mendapat nama. Bagaimanapun, lama-kelamaan duri ini akan menghilang dengan peningkatan usia.[7] Jadi cangkerang kura-kura dewasa lebih licin berbanding kura-kura yang muda. Karapasnya berwarna coklat dan terdapat jaluran lunas ditengah-tengah karapas yang berwarna pucat. Manakala kepala dan hujung kaki-kakinya berwarna kelabu-coklat.[8] Plastronnya terdapat garisan-garisan gelap radial pada setiap skutanya.[9]

 
Profil kura-kura duri
 
Duri pada sekeliling karapas dan plastron

Permakanan sunting

Kura-kura duri merupakan haiwan maun. Makanan utama kura-kura duri adalah tumbuhan.

Pembiakan sunting

Sebagai reptilia, kura-kura duri membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya. Apabila tiba musim mengawan, kura-kura jantan dikatakan terangsang apabila terkena air hujan. Termasuklah kura-kura yang dibela. Ia akan mengejar kura-kura betina untuk melakukan proses mengawan. Biasanya satu atau dua biji telur sahaja yang dihasilkan pada waktu malam atau awal pagi.[9] Kura-kura betina bertelur tiga kali setahun. engsel yang ada pada plastron betina memudahkannya untuk bertelur. Rekod menunjukkan penetasan telur berlaku selama sama ada 106,[10] 110[11] atau paling lama 145[12] hari selepas bertelur.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  • "Heosemys spinosa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2000. 2000. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk justifikasi tentang mengapa spesies ini terancam.
  1. ^ a b Rhodin 2011, halaman 000.190
  2. ^ Asian Turtle Trade Working Group (2000). "Heosemys spinosa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2011.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 29 May 2012.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Fritz, Uwe (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 224–225. ISSN 18640-5755. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ UNDANG-UNDANG
    MALAYSIA
    Akta 686
    AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA
  5. ^ Taxonomy, Life History and Conservation of Giant Reptiles in West Kalimantan (Indonesian Borneo)
    Mark André Auliya
    Natur und Tier, 2006 - Plants - 432 pages
  6. ^ Asean Review of Biodiversity and Environmental Conservation (ARBEC): Crocodiles and Turtles of Borneo (Jun, 2006) http://www.arbec.com.my/crocodilesturtles/bataguridae/bataguridae_4.php Diarkibkan 2007-11-28 di Wayback Machine
  7. ^ Ecology Asia (Jun, 2006) http://www.ecologyasia.com/verts/turtles/spiny_terrapin.htm
  8. ^ The Turtle Puddle (Jun, 2006) http://www.turtlepuddle.org/exotics/H_spinosa.html
  9. ^ a b Turtles of the World (CD-ROM), by Ernst, C.H., Altenburg, R.G.M. and Barbour, R.W. (Jun, 2006) http://nlbif.eti.uva.nl/bis/turtles.php?selected=beschrijving&menuentry=soorten&id=288[pautan mati kekal]
  10. ^ The Tortoise Reserve (Jun, 2006) http://www.tortoisereserve.org/About/Asian_Turt_Body2.html Diarkibkan 2008-12-18 di Wayback Machine
  11. ^ Tryan, B.W. (2004) The Spiny Hill Turtle…redefining cute and cuddly. Wild Wonders (A Publication for Knoxville Zoo Members and Supporters), 0: 9 - . Available at: http://www.knoxville-zoo.org/documents/wildwonders1004.pdf
  12. ^ EAZA Shellshock Campaign (Jun, 2006) http://www.eaza.net/turtle/download/EN49_p6_10.pdf Diarkibkan 2008-05-17 di Wayback Machine

Pautan luar sunting