Lagu Bangsa Johor ialah lagu kebesaran negeri Johor Darul Takzim. Lagu ini digubah pada tahun 1897 oleh Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah), seorang konduktor muzik berbangsa Armenia dipadankan daripada lagu rakyat Dondang Sayang yang masyhur mengiringi lirik dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955) dan dipersetujui oleh Sultan Ibrahim.

Lagu Bangsa Johor
Jata Negeri Johor.

Lagu Kebangsaan Negeri Johor Johor
LirikHj. Mohamed Said Hj. Sulaiman, 1914
MuzikMackertich Galistan Abdullah, 1897
Diguna pakai1897
Sampel audio
Lagu Bangsa Johor (instrumental)

Ia pernah tidak mempunyai lirik sehingga 1914. Semasa itu, Hubert Allen Courtney (1878-1959), seorang kakitangan daripada Hong Kong Bank di Johor Bahru, mengarangkan liriknya dalam Bahasa Inggeris dan ia diterjemahkan oleh Kapt. Hj Mohamed Said dalam Bahasa Melayu.

Lirik sunting

Versi Terkini sunting

Lagu Bangsa Johor [1]
Bahasa Melayu [2][3] Tulisan Jawi

Allah peliharakan Sultan [2][3]

Anugerahkan dia segala kehormatan [2][3]

Sihat dan ria, kekal dan makmur [2][3]

Luaskan kuasa menaungkan kami [2][3]

Rakyat dipimpini berzaman lagi [2][3]

Dengan merdeka bersatu hati [2][3]

Allah berkati Johor [2][3]

Allah selamatkan Sultan. [2][3]

الله ڤليهاراکن سلطان
نوݢرهکن دي سݢالا کحرمتن
صيحت دان ريا، ککل دان معمور
لواسکن کواس، مناوڠکن کامي
رعيت دڤيمڤيني برزمان لاݢي
دڠن مرديکا برساتو هاتي
الله برکتي جوهر
الله سلامتکن سلطان

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d e f g h i Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Johor - Lagu Bangsa Johor". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b c d e f g h i Oh Lirik. "Lagu Negeri Johor - Bangsa Johor". ohlirik.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar sunting