Kerajaan Lakhmid (bahasa Arab: اللخميون) diasaskan oleh Amru, seorang pemuda berasal suku kaum Banu Lakhm (b. Arab: بنو لخم) Arab beragama Kristian pada sekitar tahun 266M dan ia berpusat di Hirah, barat Sungai Furat.[1]

Sejarah sunting

Pada peringkat asalnya, kerajaan Lakhmid merupakan sebuah kerajaan yang bebas sehinggalah pada tahun 325M di mana Kisra Empayar Parsi Sassanid ketika itu iaitu Shapur II menyerang kota Hirah dan menakluk kota tersebut.

Selepas Kisra Shapur II berjaya menakluk kerajaan Hirah, beliau melantik seorang bangsawan Arab Krisitian iaitu Aus ibn Qailam sebagai wakil kerajaan Parsi Sassanid di bumi Arab seterusnya bertindak sebagai kerajaan pengaman atau penampan bagi mencegah kemaraan tentera Rom Byzantine dan keganasan bangsa Arab yang datang dari semenanjung Arab. Maka terbentuklah kerajaan Arab-Parsi di barat Sungai Furat.

Sebelum kedatangan Islam, saingan kerajaan Hirah pada ketika itu adalah kerajaan Arab-Rom iaitu kerajaan Ghassan yang berpusat di selatan Damsyik. Ini kerana selain berbeza dari segi kerajaan naungannya, kedua-dua kerajaan campuran ini berbeza dari fahaman Kristiannya. Kerajaan Lakhmid menjadikan Kristian Nestorian sebagai agama rasminya dan ini bertentangan dengan kerajaan Ghassan di mana kerajaan Arab-Rom ini menjadikan Kristian Ortodoks sebagai agama rasmi negara.

Kejatuhan sunting

Kerajaan Lakhmid musnah ketika di dalam Perang Hirah selepas dikepung oleh tentera Islam pimpinan Khalid bin al-Walid pada sekitar bulan Mei 633M. Selepas itu, kerajaan ini diambilalih oleh tentera Islam dan menjadi pembantu ketika berhadapan dengan tentera Parsi Sassanid yang datang dari Mada'in, ibu kota Parsi.

  1. ^ Esat Ayyıldız, “Lahmîlerin Arap Edebiyatına Etkisi”, 2nd International Archeology, Art, History and Cultural Heritage Congress, ed. Kenan Beşaltı (Şanlıurfa: Iksad Yayınevi, 2022), 38-44.