Lalat kekeria

superkeluarga

Lalat kekeria ialah ahli bagi superkeluarga diptera Tipuloidea, yang mengandungi keluarga hidup Cylindrotomidae, Limoniidae, Pediciidae dan Tipulidae, beserta beberapa keluarga pupus. "Lalat kekeria musim sejuk", iaitu ahli keluarga Trichoceridae, cukup berbeza daripada lalat kekeria Tipuloidea biasa untuk tidak dimasukkan dalam superkeluarga Tipuloidea, dan ditempatkan sebagai kumpulan beradik dalam Tipulomorpha.

Lalat kekeria
Julat zaman: Trias Menengah–Kini
Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Nephrotoma appendiculata
(lalat kekeria bertompok)
Larva lalat kekeria
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Diptera
Infraorder: Tipulomorpha
Superkeluarga: Tipuloidea
Latreille, 1802
Keluarga

Pengelasan lalat kekeria berubah-ubah pada masa lalu, dengan beberapa atau semua keluarga ini diperlakukan sebagai subkeluarga,[1] namun pengelasan berikut kini diterima.[2][3][4][5][6] (Kiraan spesiesnya ialah anggaran dan berubah-ubah mengikut masa.)[4]

Infraorder Tipulomorpha
Superkeluarga Tipuloidea (lalat kekeria biasa)
Keluarga Cylindrotomidae (lalat kekeria tubuh panjang atau silindrotomid, 67 spesies)
Keluarga Limoniidae (lalat kekeria limoniid, 10,786 spesies, sepertinya parafiletik)
Keluarga Pediciidae (lalat kekeria mata berbulu, 498 spesies)
Keluarga Tipulidae (lalat kekeria besar, 4,351 spesies)
Keluarga Trichoceridae (lalat kekeria musim sejuk)

Secara umumnya, lalat kekeria turut dikenali sebagai lalat janjan atau lalat kran, lebih-lebih lagi yang berada dalam keluarga Tipulidae. Ia kadang-kadang turut dipanggil "ayak-ayak", iaitu nama yang turut dipakai pada serangga air dalam keluarga Gerridae. Larva lalat kekeria pula dikenali sebagai leather jacket dalam bahasa Inggeris.[7]

Sekurang-kurangnya 15,300 spesies lalat kekeria telah dikenalpasti, kebanyakannya (75%) oleh pakar, Charles Paul Alexander.

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Byers1981 tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Zhang2016 tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Kolcsár2021 tidak disediakan
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Oosterbroek2023 tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Zhang2019 tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bugguide tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan delta tidak disediakan