Lampu jalan suria adalah sumber cahaya tinggi yang menggunakan kuasa panel fotovoltan yang biasanya dipasang pada struktur pencahayaan. Panel fotovoltan mencaj bateri yang boleh dicas semula, yang membekalkan kuasa bagi pendarfluor atau lampu LED pada waktu malam.

Lampu jalan suria
Lampu jalan yang merupakan sebahagian dari Projek Lampu Jalan suria Kabul dan matlamat utamanya adalah bagi meningkatkan pembangunan ekonomi di pusat bandar Kabul dengan mencipta persekitaran selamat bagi perniagaan pada waktu malam.

Ciri-ciri sunting

Kebanyakan panel suria ditutup dan buka secara automatik dengan mengesan cahaya luaran menggunakan sumber cahaya.[1] Lampu jalan suria direka untuk berfungsi sepanjang malam. Kebanyakannya boleh kekal menyala bagi lebih dari satu malam sekiranya matahari tiada bagi selama beberapa hari. Model terdahulu termasuk lampu yang bukan pendarfluor atau bukan LED. Cahaya suria yang dipasang dikawasan berangin biasanya dilengkapi dengan panel rata bagi menangani tiupan angin.[1]

Rekaan terbaru menggunakan teknologi tanpa wayar dan teori kawalan kabur bagi pengurusan bateri. Lampu jalan menggunakan teknologi ini boleh beroperasi sebagai rangkaian dengan setiap cahaya mempunyai keupayaan untuk menghidupkan atau mematikan rangkaian.[2]

Komponen sunting

Lampu jalan suria terdiri daripada 5 bahagian utama:

Panel Suria sunting

Panel suria adalah salah satu bahagian yang paling penting lampu jalan suria, panel suria akan menukar tenaga suria kepada tenaga elektrik. Terdapat 2 jenis panel suria: mono-kristal dan poli-kristal. Kadar penukaran panel suria mono-kristal adalah lebih tinggi berbanding poli-kristal.

Lekapan Cahaya sunting

LED biasanya digunakan sebagai sumber pencahayaan lampu jalan suria moden, LED akan menyediakan kecerahan lebih tinggi dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Penggunaan tenaga lekapan LED adalah sekurang-kurangnya 50% lebih rendah berbanding lekapan SBT yang digunakan secara meluas sebagai sumber lampu bagi lampu jalan tradisional. LED tidak perlu masa pemanasan turut membenarkan penggunaan pengesan gerakan untuk kecekapan tambahan.

Bateri boleh dicas semula sunting

Bateri akan menyimpan elektrik daripada panel suria pada siang hari dan membekalkan tenaga kepada lekapan pada waktu malam. Kitaran hayat bateri adalah sangat penting untuk jangka hayat lampu dan keupayaan bateri akan menjejaskan hari sandaran lampu. Biasanya ada 2 jenis bateri: Bateri Kitaran Dalam Sel Gel dan Bateri Asid Plumbum.

Pengawal sunting

Pengawal juga sangat penting bagi lampu jalan suria. Pengawal biasanya akan membuat keputusan samaada untuk menghidupkan / mematikan mengecas dan pemasangan lampu. Beberapa pengawal moden diprogramkan supaya pengguna yang boleh memutuskan masa yang sesuai untuk mengecaj, pencahayaan dan malap.

Tiang sunting

Tiang yang kukuh adalah perlu untuk semua lampu jalan, terutama untuk lampu jalan suria kerana terdapat komponen yang dipasang pada tiang: Pelekapan, Panel suria dan kadang kala bateri. Rintangan angin juga perlu diambil kira apabila memilih jenis tiang.

Jenis sunting

Setiap lampu jalan boleh memiliki panel fotovoltan sendiri, bebas daripada lampu jalan yang lain. Juga, beberapa panel boleh dipasang sebagai sumber kuasa utama di lokasi yang berasingan dan membekalkan kuasa kepada beberapa lampu jalan.[3]

Kelebihan sunting

  • Lampu jalan suria adalah bebas daripada grid utiliti. Oleh itu, kos operasi dapat dikurangkan.
  • Lampu jalan suria memerlukan kurang penyelenggaraan berbanding dengan lampu jalan konvensional.
  • Disebabkan wayar luar dihapuskan, risiko kemalangan dapat dikurangkan.[3]
  • Ini adalah sumber eletrik tidak mencemarkan
  • Bahagian yang berasingan sistem suria boleh dibawa ke kawasan pedalaman dengan mudah

Kelemahan sunting

  • Kos pelaburan awal adalah lebih tinggi berbanding dengan lampu jalan konvensional.
  • Risiko kecurian adalah lebih tinggi kerana kos peralatan yang agak tinggi. [3]
  • Salji atau debu, digabungkan dengan kelembapan boleh berkumpul pada panel-PV yang rata dan ini mampu mengurangkan, malah menghentikan penghasilan tenaga.
  • Bateri boleh dicas semula perlu diganti beberapa kali sepanjang hayat kelengkapan dan ini menambah kepada jumlah kos hayat cahaya.

Perlaksanaan di Sunderbans sunting

Lampu jalan suria telah dipasang di Taman Negara Sundarbans / Pemeliharaan Hariamu (STR-Sundarban Tiger Reserve) pada bulan Ogos 2008 dan April 2009 dengan bantuan dari Pengurusan Hutan Bersama/Jawatankuasa Perlindungan Hutan dan pegawai-pegawai STR. Setiap isi rumah di rantau ini telah disediakan dengan sambungan cahaya rumah oleh WWF, supaya rakyat merasa bertanggungjawab bagi keselamatan lampu jalan suria yang dipasang.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Solar street lights". solarhome.org. Dicapai pada 2011-07-12.
  2. ^ "Lampu Solar Light Kitawa". kitawa.vn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 2019-09-15.
  3. ^ a b c "A Study on energy efficient & Solar PV street lighting system" (PDF). fosetonline.org. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-03-29. Dicapai pada 2011-07-12.Templat:Dl
  4. ^ "Lighting lives in remote areas of Sundarbans". wwfindia.org. Dicapai pada 2011-07-12.

See also sunting

Templat:Artificial light sources Templat:Photovoltaics