Langkawi UNESCO Global Geopark ialah satu-satunya geopark antarabangsa yang merangkumi hampir keseluruhan Kepulauan Langkawi, Kedah dan merupakan geopark Global UNESCO ke-52 di dunia dan pertama di Asia Tenggara[1].

Lokasi sunting

 
Peta kawasan utama Langkawi Geopark.

Langkawi UNESCO Global Geopark terletak di utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan ditadbir sebagai sebahagian Negeri Kedah. Langkawi Geopark merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Langkawi seluas 478 kilometer persegi termasuk 104 buah pulau termasuk 3 kawasan geoforest iaitu:

  1. Machinchang Cambrian Geoforest Park
  2. Dayang Bunting Marble Geoforest Park
  3. Kilim Karst Geoforest Park

Perhubungan sunting

Geotapak dalam Langkawi UNESCO Global Geopark boleh dilawati menggunakan pengangkutan udara, daratan atau air.

Pengangkutan darat sunting

Terdapat teksi, kereta dan van sewa serta bas pelancong yang boleh membawa para pelancong ke semua geotapak utama di Pulau Langkawi dan Pulau Tuba.

Pengangkutan udara sunting

Pengunjung boleh menaiki kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pengangkutan air sunting

Pengunjung boleh datang ke Langkawi melalui feri dari Pulau Pinang, Kuala Kedah, Kuala Perlis atau Satun dan mendarat di Jeti Kuah.

Perkhidmatan bot laju ke Pulau Tuba dan geotapak di pulau-pulau kecil termasuk Kilim dan Dayang Bunting disediakan dari Jeti Kuah dan Jeti Kilim dengan harga pakej.

Usaha pewujudan dan pengiktirafan sunting

Usaha menjadikan Kepulauan Langkawi sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark dimulakan sejak tahun 2001 oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berikutan penemuan saintifik dari segi geowarisan dan budaya yang ada oleh universiti tempatan sejak sekian lama melalui cadangan penubuhan Langkawi sebagai geopark kepada Kerajaan Negeri Kedah.


Sejak 1996, LADA bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji dan menilai keunikan warisan tinggi.

Pada tahun 2006, Langkawi Geopark diiktiraf sebagai sebuah geopark oleh Kerajaan Negeri Kedah. Hal ini memberi laluan mudah untuk Langkawi dicalonkan sebagai salah satu UNESCO Global Geopark.

Pada tahun 2007, tiga pakar geologi UNESCO iaitu Dr. Patrick McKeever dari Ireland, Professor Zhao Xun dari China dan Dr. Margarete Patzak dari Perancis yang membuat penilaian di Langkawi mengakui keunikan geopark di Langkawi. Hasilnya, UNESCO bersetuju memberikan penarafan UNESCO Global Geopark ke-52 kepada Langkawi bagi tempoh 4 tahun.

Langkawi Geopark telah dipilih untuk mengetuai Rantaian Geopark Asia Pasifik dalam Persidangan Geopark Asia Pasifik dan Perniagaan pertama yang telah diadakan di Langkawi pada 13 hingga 15 November 2007. 20 negara telah setuju membentuk Rangkaian Geopark Asia Pasifik . Negara utama ialah Malaysia, China dan Iran. Peserta lain datang dari Turki, Australia , Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia dan Thailand.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Langkawi Geopark dengan Funiushan Geopark di wilayah Heinan, China diadakan pada November 2007.[2]

Pada tahun 2011 dan 2015, penilaian semula Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark oleh wakil UNESCO bersetuju memberi penarafan Global Geopark untuk kali kedua dan kali ketiga.g

hingga sekarang langkawi terus menjadi tumpuan pelancong asing dan pelancong tempatan disebabkan keunikkan yang dimiliki

Keunikan sunting

 
Pemandangan Tasik Dayang Bunting dari udara.

Langkawi Geopark mempunyai sekurang-kurangnya 27 geotapak dalam 3 kawasan utama iaitu Machinchang Geoforest Park, Kilim Karst Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park.

Antara keunikan yang melayakkan Langkawi sebagai geopark ialah geologi sejarahnya yang terbentuk seawal usia Kambria melalui pengendapan Formasi Machinchang yang kini merangkumi sebahagian Pergunungan Machinchang.

Selain itu, terdapat juga penemuan batu jatuh atau 'dropstone' di Pulau Tepor, Pulau Ular dan Tanjung Mali yang membuktikan glasiasi pernah berlaku di kawasan Langkawi suatu ketika dahulu.

Tasik Dayang Bunting dan sekitarnya juga unik dari segi geologi sejarah dan lanskapnya yang seolah-olah membentuk wanita yang mengandung selain terdiri daripada marmar yang sebenarnya berkualiti tinggi berbanding tempat lain di dunia.

 
Kilim Geoforest Park boleh dilawati menggunakan bot.

Pulau-pulau kecil di sekeliling Langkawi juga mempunyai tarikannya tersendiri dari segi lanskap seperti Pulau Jong, Pulau Beras Basah, Pulau Rebak, Pulau Tuba dan Pulau Intan Besar.

Tarikan lain yang bersifat alam semulajadi di Langkawi ialah Pantai Pasir Tengkorak, Air Terjun Temurun, Telaga Tujuh, Pantai Pasir Hitam, Gunung Raya, Kilim dan Teluk Datai.

Program-program pembangunan dan promosi geopark sunting

Ekspedisi Saintifik dan Khazanah Alam 2003 sunting

Ekspedisi ini diketuai Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab. Seramai 150 saintis, penyelidik dan sukarelawan dari universiti tempatan menjalankan kajian dan pengumpulan data meliputi aspek geografi, sumber alam semula jadi, flora dan fauna, ekologi, tanah dan mikrobiologi.

Terdapat 35 spesies lumut dan 44 spesies rumpai mikro ditemui di sekitar kawasan Teluk Datai. 17 spesies cengkerik hidup turut direkodkan.Spesies ketam batu ( Geosesarma Foxi) yang hampir pupus telah ditemui di Gunung Raya. Ketam batu ini pernah direkodkan oleh B.H. Buxton juga di Gunung Raya pada 1914.Spesies ikan air tawar Angulia Marmorata yang dikatakan lebih 40 tahun tidak ditemui telah dijumpai di kawasan Temurun dan Telaga Tujuh.

Spesies tumbuhan yang tidak terdapat di kawasan lain di Malaysia terdapat di Langkawi. Antaranya ialah cycas clivicola (pokok bogak), paphiopedilum niveum (orkid), lagerstraemia langkawiensis (pokok bungor), globba fragilis (halia), asparagus vacemosus (asparagus liar), maxburettia gracils (pokok palm) dan hymenodictyon excelsum (kopi).Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad mengesahkan kajian tersebut[3].

Kerajaan mengadakan promosi Langkawi Geopark di peringkat dunia di Scandinavia seperti di Oslo, Norway, Stockholm, Sweden dan Copenhagen, Denmark selaras dengan Tahun Melawat Kedah 2008. [4]

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM2 juta menyediakan infrastruktur di geopark Langkawi untuk kemudahan pelancong termasuk membina pusat penerangan, tempat rehat dan rekreasi, laluan hutan, pelantar tinjau, papan tanda dan landskap.Sebuah hotel baru dinamakan Hotel Langkawi Geopark.

Padang golf bertaraf dunia dijangka siap 2009 dan membina hospital swasta sesuai dengan konsep pelancongan kesihatan. Acara sukan akan diteruskan seperti Le Tour de Langkawi (LTdL), Kejohanan Ironman Langkawi Malaysia Triatlon dan Kejohanan Regata Diraja Antabangsa Langkawi (RLIR).

Rujukan sunting

Lihat Juga sunting