Lastik merupakan sejenis senjata lontaran kecil yang menggunakan tangan. Bentuk paling klasik terdiri daripada kerangka berbentuk Y dengan dua jalur getah disambungkan pada dua bahagian atas kerangka tersebut. Hujung satu lagi bagi kedua-dua jalur getah disambungkan pada kantung yang memegang bahan lontaran. Kantung ini digenggam oleh tangan yang lebih dominan dan ditarik ke belakang untuk menghasilkan cukup kuasa untuk lontaran (sehingga sedepa jika dipasang dengan jalur yang cukup panjang).

Lastik mudah.

Sejarah dan penggunaan sunting

 
Gambar rajah 1922 menunjukkan pembinaan lastik untuk melontar anak panah.

Lastik amat bergantung kepada kekenyalan bahan yang kuat, biasanya getah asli vulkan atau setara, maka ia mula bertapak semasa penciptaan getah vulkan oleh Charles Goodyear pada tahun 1839 (dipatenkan pada 1844). Menjelang 1860, "enjin baharu" ini sudah memperoleh reputasi sebagai senjata laku musnah oleh remaja, serta telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu kematian manusia.[1]

Sepanjang sejarah terawalnya, lastik merupakan senjata "buatan sendiri", biasanya dibuat daripada dahan pokok bercabang untuk membentuk pemegang berbentuk "Y", dengan jalur getah yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tiub tayar atau mana-mana sumber getah vulkan lain yang cukup bagus serta melancarkan batu yang bersaiz bersesuaian.[1]

Sementara lastik terawal paling dikaitkan dengan pelaku musnah remaja, ia juga merupakan senjata memburu yang berupaya jika digunakan oleh orang yang mahir. Dengan menembak bahan lontaran logam, seperti bebola senapang lantak plumbum, atau alas bebola keluli, lastik boleh digunakan untuk menembak haiwan seperti puyuh, burung kuang, arnab dan burung merpati. Meletakkan beberapa bebola sekaligus di dalam kantung boleh menghasilkan kesan senapang patah. Dengan pengubahsuaian struktur, lastik juga boleh menembak anak panah, membolehkan pemburuan jarak pendek dilakukan.[2][3][4]

 
Lastik keluli boleh lipat yang menggunakan jalur jenis tiub. Dipasarkan oleh Benjamin Air Rifle Company.

Lastik buatan komersial pula mula didapati pada tahun 1918 dengan pengenalan lastik Zip-Zip, model besi tuang,[5] namun hanya selepas Perang Dunia Kedua barulah lastik mula memperoleh ledakan populariti serta pengesahan.

Tahun 1940an juga menyaksikan penubuhan Persatuan Lastik Kebangsaan (NSA), beribupejabat di San Marino, California, yang menganjurkan kelab melastik serta pertandingan melastik di seluruh negara. Meskipun lastik memperoleh reputasi sebagai senjata samseng remaja, NSA melaporkan bahawa 80% jualan lastik terdiri daripada lelaki berumur lebih 30 tahun, kebanyakannya golongan profesional. John Milligan, pengeluar separuh masa bagi lastik kerangka aluminium John Milligan Special, sejenis lastik memburu, melaporkan bahawa satu pertiga pelanggannya adalah doktor.[6]

Pertengahan 1950an menyaksikan dua inovasi besar dalam pengeluaran lastik, dikeluarkan oleh syarikat Wrist-Rocket dari Columbus, Nebraska, kemudian dinamakan semula sebagai Trumark. Lastik Wrist-Rocket diperbuah daripada batang keluli yang dibengkokkan yang bukan sahaja membentuk cabang dan pemegang, malah turut menampilkan satu rakap yang memanjang sehingga pergelangan tangan, serta menyediakan sokongan tangan bagi menangani kilasan jalur getah. Lastik Wrist-Rocket juga menggunakan tiub getah berbanding jalur leper, yang diikat pada hujung cabang di mana ia ditetapkan kedudukannya oleh geseran.[7]

Menjelang 2001, lastik jenis jalur leper tidak lagi dikeluarkan secara komersial dan digantikan oleh jalur tiub. Namun, jalur leper masih digemari pembuat lastik sendiri serta pelastik dalam pertandingan, memandangkan ia menghasilkan lebih ketepatan dan kecekapan.

Kegunaan tentera sunting

Lastik juga digunakan sebagai senjata tentera, tetapi digunakan terutamanya oleh tentera gerila berikutan sumber serta teknologi primitif yang diperlukan untuk membuatnya. Antaranya termasuklah Tentera Republikan Ireland; sebelum pencerobohan Iraq 2003, Saddam Hussein melancarkan satu video propaganda yang memaparkan lastik sebagai satu senjata insurgensi yang boleh digunakan bagi menangani tentera penceroboh.[8]

Lastik juga digunakan dalam ketenteraan untuk melancarkan kenderaan jarak jauh tanpa manusia (UAVs). Dua ahli kru membentuk cabang, dengan satu tali elastik yang diregang antara mereka bagi menghasilkan kuasa untuk melancarkan kapal terbang kecil. [9]

Bahaya sunting

 
Kaedah bebola jalur di dalam yang digunakan oleh barisan lastik Daisy "Natural" yang dipanggil semula.

Satu daripada bahaya utama lastik ialah kebarangkalian tinggi bagi kegagalan jalur getah. Kebanyakan jalur diperbuat daripada getah, yang semakin menurun mengikut masa dan kegunaan, menyebabkan jalur untuk gagal dan putus apabila tiba masanya.[4][10] Kegagalan pada kantung adalah yang paling selamat, kerana ia menyebabkan jalur menarik jauh daripada pengguna. Namun, kegagalan pada hujung cabang pula boleh menyebabkan jalur menarik ke belakang dan menyebat muka pengguna, serta boleh mengakibatkan kecederaan teruk.[11] Satu cara bagi meminimakan kebarangkalian kegagalan pada cabang ialah dengan menggunakan jalur yang lebih nipis pada bahagian kantung tetapi lebih tebal dan kuat pada bahagian cabang.[12] Rekaan yang menggunakan bahagian longgar adalah paling berbahaya, kerana ia boleh menyebabkan bahagian tersebut dilontarkan balik ke muka pelastik, seperti sambungan bebola yang digunakan pada barisan lastik "Natural" yang dipanggil semula, seperti yang ditunjukkan pada gambar sebelah kanan. Jalur boleh tercabut daripada slot pada hujung cabang, menekala bebola keras di dalam tiub telah menyebabkan beberapa kes buta dan patah gigi. Model-model Daisy yang menggunakan jalur tiub tidak dipanggil semula, kerana tiub kenyal itu sendiri tidak menyebabkan kecederaan parah jika gagal.[11]

 
Lastik yang jalurnya putus pada cabang.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Notes and Queries, Second Series. BELL & DALDY, 186. FLEET STREET. 10: 103–104. 11 Aug 1860. Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ Wham-O Hunting Slingshot. Wham-O Manufacturing Co. 1963.
  3. ^ Illustrated World. R. T. Miller Jr. 37 (1): 318. March 1922 http://books.google.com/books?id=ufbNAAAAMAAJ&pg=PA318. Missing or empty |title= (bantuan)
  4. ^ a b "Mel" Melchior. "Rubber Bands".
  5. ^ "Mel" Melchior. "The ZipZip".
  6. ^ Robert Hertzberg (April, 1951). "Return of the Giant Killer". Mechanix Illustrated. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-09. Dicapai pada 2011-12-22. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ Trumark Manufacturing Co. "History of Slingshots/Catapults".
  8. ^ Shane, Scott (2006-11-24). "In Video, Hussein Uses Slingshots and Bows to Rally Iraqis for War". The New York Times. Dicapai pada 2009-12-21. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ Tech. Sgt. Paul Dean (April 5 2011). "Security Forces Unmanned Aerial Vehicles". Air Force News Service. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ Melchior Menzel. "Attaching the bands to the frame".
  11. ^ a b U.S. Consumer Product Safety Commission. "Slingshots Recalled by Daisy Manufacturing Due to Risk of Serious Eye Injury" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-05-10. Dicapai pada 2011-12-22.
  12. ^ Melchior Menzel. "Attaching the pouch to the bands".