Laurent Koudou Gbagbo (Sebutan bahasa Perancis: [loʁɑ̃ baɡbo]; lahir 31 Mei 1945)[2] adalah Presiden Côte d'Ivoire sejak 2000. Sebelumnya seorang guru, Gbagbo merupakan antara lawan utama Presiden Félix Houphouët-Boigny. Apabila Robert Guéï yang mengetuai pemerintahan tentera melarang ahli-ahli politik lain daripada mencabarnya di pilihan raya presiden Oktober 2000, Gbagbo menuntut kemenangan selepas pilihan raya itu dan para penyokongnya menggulingkan Guéï lalu mengangkat Gbagbo was sebagai Presiden.

Laurent Koudou Gbagbo
Gbagbo
Presiden Côte d'Ivoire
Dalam jawatan
26 Oktober 2000 – 11 April 2011*
Perdana MenteriSeydou Diarra
Pascal Affi N'Guessan
Seydou Diarra
Charles Konan Banny
Guillaume Soro
Didahului olehRobert Guéï
Digantikan olehAlassane Ouattara
Butiran peribadi
Lahir (1945-05-31) 31 Mei 1945 (umur 78)
Gagnoa, Côte d'Ivoire
Parti politikFrente Popular de Côte d'Ivoire
PasanganSimone Gbagbo
Alma materUniversiti Paris Diderot
Laman web rasmihttp://www.gbagbo.ci/
  • Jawatan presiden dipertikaikan antara Gbagbo dan Ouattara pada 6 Disember 2010 – 11 April 2011.

Ekoran pilihan raya presiden pada tahun 2010, Gbagbo enggan mengaku kalah dan membatalkan keputusan daripada sembilan kawasan di negaranya. Alassane Ouattara diiktiraf sebagai pemenang oleh pemerhati pilihan raya, masyarakat antarabangsa, Kesatuan Afrika, dan Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat yang ketika ini menggantung keahlian Côte d'Ivoire.

Selepas satu konflik saudara pendek, Gbagbo ditahan oleh Tentera Republikan Côte d'Ivoire pada April 2011. Pada bulan November, beliau diekstradisi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, menjadi ketua negara pertama dalam tahanan mehkamah itu.[3]

Pilihan raya presiden 2010 dan krisis peralihan kuasa sunting

Pada tahun 2010, Côte d'Ivoire mengadakan pilihan raya presiden yang mana Gbagbo berlawan dengan Alassane Ouattara. Walaupun mandatnya sudah luput pada tahun 2005, namun Gbagbo pernah menunda pilihan raya beberapa kali.[4]

Pada 28 November 2010, pusingan kedua pilihan raya presiden diadakan. Empat hari kemudian, Suruhanjaya Pilihan Raya (CEI) mengisytiharkan Alassane Ouattara sebagai pemenang kerana meraih 54.1% undian.[5] Parti Gbagbo mendakwa bahawa adanya anasir penipuan dan mengarahkan supaya undian daripada sembilan kawasan dibatalkan, tetapi dakwaan itu diragui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan pemerhati pilihan raya antarabangsa.[6] Majlis Perlembagaan yang diketuai oleh seorang penyokong setia Gbagbo, membatalkan pengisytiharan CEI atas sebab dakwaan penipuan dalam pengundian, dan mengecualikan undian daripada sembilan kawasan utara.[7] Majlis Perlembagaan membuat kesimpulan bahawa Gbagbo menang 51% undian yang sah setelah undian-undian terbabit ditolak.[6] Sekatan perlembagaan terhadap Presiden yang berkhidmat lebih 10 tahun tidak dibincangkan. Oleh sebab sebahagian besar undian negara dibatalkan, khususnya di kawasan-kawasan yang memihak kepada Ouattara,[7] tercetusnya ketegangan dalam negara. Gbagbo mengarahkan tentera untuk menutup sempadan negara serta melarang pertubuhan berita luar negara daripada bersiaran dalam negara.

Dalam melanjutkan sasaran beliau untuk memencilkan negaranya daripada masyarakat antarabangsa serta memburukkan ketegangan etnik, Gbagbo mengaku bahawa beliau "akan terus bekerjsama dengan semua negara di dunia", tetapi "tidak akan menyerahkan kedaulatan negara." Gbagbo banyak melakukan penindasan terhadap penentang rejimnya. Keganasan dan tembak-menembak sekali-sekala dilaporkan di merata negara, termasuk Abidjan.[8] Gbagbo disokong kuat oleh masyarakat selatan yang ramainya penganut Kristian; manakala pembangkangnya banyak tertumpu pada kawasan utara yang beragama Islam.[9]

Ouattara turut mengangkat sumpah sejajar berasaskan pengumuman awal oleh CEI bahawa beliau memenangi pilhan raya, sedangkan masyarakat antarabangsa, termasuk Kesatuan Afrika, mengiktiraf Ouattara sebagai presiden terpilih yang sebetulnya sambil menyeru supaya Gbagbo menghormati kehendak rakyatnya. Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) turut mengiktiraf Ouattara serta menggesa supaya Gbagbo menyerahkan kuasanya.[10] Gbagbo membalas dengan melancarkan serangan etnik terhadap orang utara yang tinggal di Abidjan dengan bala tenteranya yang disertai oleh askar upahan dari Liberia.[11][12] Apabila Nigeria mendesak Gbagbo supaya meletak bawatan manakala EU mula mengenakan sekatan dan pembekuan aset, Gbagbo menyuruh tentera asing (PBB dan Perancis) supaya keluar dari negaranya.[10][13] Para pemimpin Forces Nouvelles (bekas pemberontak) menegaskan bahawa Gbagbo bukan Ketua Negara dan tidak boleh membuat permintaan sedemikian, apalagi desakan itu merupakan sebahagian rancangan untuk melakukan pembersihan etnik di kawasan utara negara, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Pekerjaan di bawah Gbagbo.[12][14][15]

Pada 6 April 2011, angkatan tentera yang setia kepada Ouattara bergerak untuk menawan Gbagbo di kediamannya di Abidjan setelah gagal dalam rundingan untuk mengakhiri krisis peralihan kuasa presiden.[16] Menurut Ouattara, bala tenteranya mendirikan perimeter keselamatan di kediamannya di mana Gbagbo bersembunyi di bawah tanah, sambil menunggu beliau kehabisan makanan dan air.[17]

Pada 10 April 2011, helikopter PBB dan Perancis menembak ke arah senjata berat yang terletak di kediaman Gbabgo untuk mengelakkan serangan terhadap orang awam atau kakitangan PBB.[18]

Pemberkasan sunting

Dilaporkan bahawa Gbagbo diberkas oleh angkatan Ouattara dalam satu operasi pada 11 April 2011 apabila angkatan Ouattara memecah masuk kediaman Gbagbo dengan bantuan tentera Perancis.[18] Gbagbo ditahan di Golf Hotel oleh angkatan Ouattara, tetapi polis PBB menerima permohonan untuk mendapat perlindungan mereka.[19]

Laporan awal menunjukkan bahawa angkatan khas Perancis yang membuat pemberkasan itu, berasaskan pengakuan oleh seorang pembantu Gbagbo, tetapi ini dinafikan oleh duta Perancis di Côte d'Ivoire, malah seorang jurucakap tentera Perancis kemudian menegaskan bahawa tentera Perancis tidak memasuki kediaman Gbagbo.[20][21][22] Setelah bertaklimat di hadapan Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi ini, Alain Le Roy, Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Operasi Pengamanan, mengesahkan bahawa pemberkasan dilakukan oleh angkatan Ouattara kepada pihak akhbar.[20]

Pada Oktober 2011, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka siasatan terhadap tindakan keganasan yang dilakukan semasa konflik selepas pilihan raya itu. ICC kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Gbagbo, mendakwanya dengan empat sabitan jenayah terhdap kemanusiaan – pembunuhan, rogol dan keganasan seksual lain, penyeksaan dan "tindak tidak berperikemanusiaan lain", dikatakan dilakukan antara 16 Disember 2010 dan 12 April 2011. Gbagbo ditangkap di Korhogo, di mana beliau berada dalam tahanan rumah, dan diterbangkan ke The Hague pada 29 November. Gbagbo bakal menjadi bekas ketua negara pertama yang diadili oleh ICC.[23][24]

Rujukan sunting

  1. ^ Profile: Laurent Gbagbo BBC
  2. ^ "QUI EST LAURENT GBAGBO ?" Diarkibkan 2008-08-02 di Wayback Machine, tapak web FPI (Perancis).
  3. ^ "AFP: I.Coast's Gbagbo heads to international war crimes court". Google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-10. Dicapai pada 2011-12-02.
  4. ^ [1][pautan mati]
  5. ^ Kamara, Ahmed M. (3 December 2010). "Alassane Ouattara has been declared winner of the Ivory Coast presidential election". Newstime Africa. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-29. Dicapai pada 2011-04-12.
  6. ^ a b "UN urges recognition of Ouattara as Ivory Coast leader". BBC News. 20 December 2010.
  7. ^ a b "Ivory Coast poll overturned: Gbagbo declared winner". BBC News. 3 Disember 2010.
  8. ^ Cocks, Tim; Coulibaly, Loucoumane (4 December 2010). "Ivory Coast's Gbagbo sworn in despite poll row". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-29. Dicapai pada 2010-12-09.
  9. ^ "Ivory Coast: General strike called to pressure Gbagbo". BBC News Africa. 26 Disember 2010. Dicapai pada 26 Disember 2010.
  10. ^ a b "Jean Ping a remis à Gbagbo une lettre lui demandant de partir". Abidjan.net. AFP. 18 December 2010.
  11. ^ "Le camp Gbagbo veut livrer le "combat" contre Ouattara". Abidjan.net. AFP. 18 December 2010.
  12. ^ a b "Côte d'Ivoire : la pression s'accentue sur Laurent Gbagbo". RFI. 17 December 2010.
  13. ^ "Gbagbo orders peacekeepers to leave Ivory Coast". BBC News. 18 December 2010.
  14. ^ Sylla, Iman Sékou (18 December 2010). "Attaque des mosquées d`Abobo et de Bassam par des hommes en uniforme" (Siaran akhbar). COSIM Conseil supérieur des imams, Abidjan.net
  15. ^ BAMBA, Affoussy (18 décembre 2010). "Activités des forces impartiales en Côte d`Ivoire" (Siaran akhbar). Forces nouvelles. Check date values in: |date= (bantuan) Abidjan.net
  16. ^ "Source: Ouattara forces enter Gbagbo's Ivory Coast stronghold". CNN. 5 April 2011. Dicapai pada 5 April 2011.
  17. ^ "Gbagbo's pal: He'll choose death over humiliation". Fox News. Associated Press. 8 April 2011. Dicapai pada 8 April 2011.
  18. ^ a b "Ivory Coast's Gbagbo Captured at Presidential Compound | West Africa | English". Voanews.com. Dicapai pada 2011-04-11.
  19. ^ "Gbagbo, wife in Ouattara's custody in I.Coast: UN | Top News | Reuters". Af.reuters.com. 2009-02-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-26. Dicapai pada 2011-04-11.
  20. ^ a b "Ivory Coast strongman arrested after French forces intervene". The Washington Post. 2011-03-26. Dicapai pada 2011-04-11.
  21. ^ "Gbagbo captured after siege on bunker". thestar.com. Dicapai pada 2011-04-11.
  22. ^ "/ Africa - Gbagbo seized by Ivory Coast opposition". Ft.com. Dicapai pada 2011-04-11.
  23. ^ "Ivory Coast's Laurent Gbagbo arrives in The Hague". BBC. 30 November 2011. Dicapai pada 30 November 2011.
  24. ^ Ange Aboa. "Ivory Coast's ex-leader Gbagbo on flight to Hague". Vancouversun.com. Dicapai pada 2011-12-02.[pautan mati kekal]
Jawatan politik
Didahului oleh
Robert Guéï
Presiden Côte d'Ivoire
2000–2011
Diikuti oleh:
Alassane Ouattara