Laut Maluku adalah sebuah laut di Indonesia yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik. Kawasan ini kaya dengan terumbu karang dan memiliki banyak tapak penyelaman.

Lokasi Laut Maluku di Asia Tenggara

Koordinat: 0°25′S 125°25′E / 0.417°S 125.417°E / -0.417; 125.417

Lokasi sunting

Laut ini bersempadan dengan Laut Banda di selatan dan Laut Sulawesi di utara.

Antara pulau-pulau yang bersempadan dengan laut ini termasuklah Pulau Halmahera di timur laut, Pulau Buru dan Pulau Seram di tengah , dan Pulau Sulawesi di barat. Kepulauan Talaud di utara adalah sempadan umum untuk laut ini, walaupun sempadan Plat Laut Maluku (plat tektonik yang dinamakan sempena namanya) lebih jauh ke utara.

Sejarah sunting

Laut Maluku pernah mejadi laluan penting perdagangan rempah dan pernah ditadbir oleh empat kesultanan dalam sejarah Indonesia.


Gempa Bumi sunting

Laut ini adalah kawasan gempa bumi yang sangat aktif kerana berada di atas Plat Laut Maluku.

  • 21 Desember 2005 – Gempa bumi yang berpusat di 190 km selatan Manado dicatatkan pada 6.3 SR .
  • 16 Mei 2006 - Gempa bumi yang berukuran 5.4 SR berlaku di kawasan yang sama.
  • 19 Mei 2006 - Gempa bumi berukuran 6.1 SR menggegarkan laut Maluku.
  • 14 Jun 2006 – Gempa bumi berukuran 5.5 SR.
  • 21 Januari 2007 - Gempa bumi berukuran 7.3 SR dilaporkan berlaku disusuli dengan beberapa gempa kecil berukuran 5.0 SR dalam tempoh 24 jam selepas gempa pertama.
  • 17 Mac 2007 - Gempa bumi berukuran 6.5 SR.[1]
  • 21 November 2007 – Gempa bumi berukuran 5.2 SR.
  • 1 Desember 2007 – Kejadian gempa terbaru yang dilaporkan berukuran 4.9 SR. [2]


Nota sunting