Laut Mati (Ibrani: ים המלח; Arab: البحر الميت; bahasa Inggeris: Dead Sea) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Laut Mati
Fail:Dead Sea by David Shankbone.jpg, Dead sea.jpg
Koordinat31°20′N 35°30′EKoordinat: 31°20′N 35°30′E
Jenisendorheik
hipersaline
Aliran masuk utamaSungai Jordan
Aliran keluar utamaPemeluwapan
Kawasan tadahan40,650 km² (25,258 mi²)
Negara lembanganJordan
Wilayah Palestin
Panjang maksimum67 km (42 mi)
Lebar maksimum18 km (11 mi)
Luas permukaan810 km² (Lurah Utara)
Kedalaman purata120 m
Kedalaman maksimum330 m (1,083 ft)
Isi padu air147 km³ (91 mi³)
Panjang pesisir1135 km (84 mi)
Ketinggian permukaan-418 m (-1,371 ft)
1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas.

Ia merupakan salah sebuah pusat peranginan kesihatan pertama di dunia (untuk Herod the Great) dan telah menjadi pembekal pelbagai jenis produk, dari asfalt untuk mumia Mesir hingga potasy untuk baja.

Laut Mati surut dengan kadar yang pantas; luas permukaannya hari ini ialah 605 km2 (234 batu persegi) dan pernah mencapai 1,050 km2 (410 batu persegi) pada tahun 1930.

Galeri sunting

 
Kawasan Laut Mati
 
Membaca akhbar sambil terapung di Laut Mati
 
Pemandangan Laut Mati
 
Lebuhraya Palestin di tepi Laut Mati