Le Tour de Langkawi

Tour de Langkawi merupakan acara jelajah lumba basikal lebuh raya yang diadakan di Malaysia setiap tahun sejak tahun 1996. Nama acara itu diambil bersempena dengan nama destinasi permulaan acara iaitu Langkawi, Kedah Darul Aman. Namun begitu, terdapat beberapa edisi yg tidak mengambil tempat di Langkawi.

Empat jersi menjadi rebutan pelumba dalam perlumbaan, iaitu juara keseluruhan; raja pecut; raja bukit; dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, gelaran pasukan terbaik dan pasukan Asia terbaik diberikan sebagai pengiktirafan kepada pasukan yang paling cemerlang.

Acara jelajah ini mendapat pengiktirafan kategori 2.HC daripada UCI dan merupakan sebahagian daripada Jelajah Asia UCI.

Sejarah sunting

Perlumbaan sunting

Tour de Langkawi merupakan idea Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel. Acara ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1996.[1][2]Jelajah ini diadakan di Semenanjung Malaysia. Jelajah ini juga mengunjungi Sabah dan Sarawak pada 1997, namun perkhidmatan kargo kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan lama tertunda, memaksa pihak penganjur membatalkan peringkat kedua jelajah 1997.[3] Semenjak itu, jelajah ini tidak ke Malaysia Timur lagi. Jelajah selalunya berakhir dengan perlumbaan kriterium 12 pusingan di Dataran Merdeka.

Sejarah Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat di peringkat akhir pada tahun 2003 dan 2006.[4] Ketika pusingan pertama pada tahun 2004, pegawai polis membuka laluan lumba untuk kegunaan pengangkutan awam ketika perlumbaan masih berjalan. Setelah berunding dengan para pelumba, peringkat ini tidak dikira dalam keputusan pertandingan.[5]

Kesulitan kewangan sunting

Pada tahun 2004, pemilik acara ketika itu, Wan Lokman Wan Ibrahim menjual seluruh Tour kepada Simon Donnellan (Imran Abdullah).[6] Edisi 2005 pula mengalami masalah kewangan apabila sebilangan pelumba tidak menerima wang ganjaran sementara kontraktor utama tidak dapat dibayar.[7] Donnellan menyatakan bahawa kekurangan dana ini disebabkan oleh peralihan kerajaan dan kehilangan dua penaja akibat bencana tsunami yang berlaku sebulan sebelum acara.[8]

Jelajah 2007 nyaris dibatalkan kerana First Cartel berhutang RM10.2 juta akibat kegagalan membayar wang hadiah.[9] First Cartel memikul tanggungjawab dalam hal ini tetapi berusaha sedaya upaya untuk membetulkan keadaan. Acara ini dilaporkan berhutang RM2.3 juta untuk hak penyiaran TV, dan juga RM 470,394 kerana gagal membayar pemenang tahun ini. Apapun, syarikat ini masih mampu membayar sedikit sebanyak ganjarannya. Dilaporkan bahawa kerajaan membantu meringankan hutang untuk membolehkan jelajah ini diteruskan.[10] Laporan berita juga membayangkan bahawa acara ini sudah menjadi mangsa pergelutan kuasa dalam Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia yang menimbulkan pelbagai tanggapan kurang menyenangkan yang disiarkan oleh media. Kerajaan Malaysia dilaporkan tidak puas hati dengan perbalahan tersebut lalu menyeru agar peleraian dicapai demi masa depan acara ini.[11] Jelajah ini berjaya diteruskan sebelum tarikh akhir 1 September 2006 yang ditetapkan oleh UCI.[12]

Senarai pemenang sunting

Pengelasan am sunting

Pelumba Pasukan
1996   Damian McDonald (AUS) Giant–AIS
1997   Luca Scinto (ITA) MG Maglificio-Technogym
1998   Gabriele Missaglia (ITA) Mapei-Bricobi
1999   Paolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2000   Chris Horner (USA) Mercury Cycling Team
2001   Paolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2002   Hernán Darío Muñoz (COL) Colombia-Selle Italia
2003   Tom Danielson (USA) Saturn Cycling Team
2004   Freddy González (COL) Colombia-Selle Italia
2005   Ryan Cox (RSA) Barloworld
2006   David George (RSA) Team Republic of South Africa
2007   Anthony Charteau (FRA) Crédit Agricole
2008   Ruslan Ivanov (MDA) Diquigiovanni-Androni
2009   José Serpa (COL) Diquigiovanni-Androni
2010   José Rujano (VEN) ISD-NERI
2011   Jonathan Monsalve (VEN) Androni Giocattoli
2012   José Serpa (COL) Androni Giocattoli-Venezuela

Pengelasan mata sunting

Pelumba Pasukan
1996   Damian McDonald (AUS) Giant–AIS
1997   Luca Scinto (ITA) MG Maglificio-Technogym
1998   Gabriele Missaglia (ITA) Mapei-Bricobi
1999   Paolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2000   Gordon Fraser (CAN) Mercury Cycling Team
2001   Paolo Bettini (ITA) Mapei-Quick Step
2002   Robert Hunter (RSA) Mapei-Quick Step
2003   Graeme Brown (AUS) Ceramiche Panaria-Fiordo
2004   Gordon Fraser (CAN) Health Net presented by Maxxis
2005   Graeme Brown (AUS) Ceramiche Panaria-Navigare
2006   Steffen Radochla (GER) Wiesenhof Akud
2007   Alberto Loddo (ITA) Serramenti PVC Diquigiovanni-Selle Italia
2008   Aurélien Clerc (SUI) Bouygues Télécom
2009   Mattia Gavazzi (ITA) Diquigiovanni-Androni
2010   Anuar Manan (MAS) Team Guemsan Ginseng Asia
2011   Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Neri Sottoli
2012   Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia

Raja bukit sunting

Pelumba Pasukan
1996   Damian McDonald (AUS) Giant–AIS
1997   Luca Scinto (ITA) MG Maglificio-Technogym
1998   Gabriele Missaglia (ITA) Mapei-Bricobi
1999   Paolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2000   Julio Alberto Perez (MEX) Panaria Gaerne
2001   Paolo Lanfranchi (ITA) Mapei-Quick Step
2002   Ruber Alveiro Marin (COL) Colombia-Selle Italia
2003   Roland Green (CAN) Team Canada
2004   Ruber Alveiro Marin (COL) Colombia-Selle Italia
2005   Ryan Cox (RSA) Barloworld
2006   David George (RSA) Team Republic of South Africa
2007   Walter Pedraza (COL) Serramenti PVC Diquigiovanni-Selle Italia
2008   Filippo Savini (ITA) Templat:Cycling data CSF
2009   José Serpa (COL) Diquigiovanni-Androni
2010   Peter McDonald (AUS) Drapac Porsche Cycling
2011   Jonathan Monsalve (VEN) Androni Giocattoli
2011   Jonathan Monsalve (VEN) Androni Giocattoli
2012   José Serpa (COL) Androni Giocattoli-Venezuela

Pelumba Asia terbaik sunting

Pelumba Pasukan
2001   Wong Kam Po (HKG) Telekom Malaysia Cycling Team
2002   Tonton Susanto (INA) Telekom Malaysia Cycling Team
2003   Tomoya Kano (JPN) Team Japan
2004   Ghader Mizbani (IRI) Team Iran
2005   Koji Fukushima (JPN) Bridgestone-Anchor Cycling Team
2006   Hossein Askari (IRI) Giant Asia Racing Team
2007   Ghader Mizbani (IRI) Giant Asia Racing Team
2008   Shinichi Fukushima (JPN) Meitan Hompo-GDR
2009   Tonton Susanto (INA) LeTua Cycling Team
2010   Gong Hyo-Suk (KOR) Seoul Cycling Team
2011   Rahim Emami (IRI) Azad University Iran
2012   Alexsandr Dyachenko (KAZ) Astana

Rujukan sunting

  1. ^ Anthony, Tan (2008-02-08). "Malaysia readies for Tour de Langkawi". VeloNews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-12. Dicapai pada 2008-12-21.
  2. ^ Tan, Anthony (2006-02-12). "And that's a wrap". cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21.
  3. ^ Abt, Samuel (1997-02-21). "3 Pro Teams Balk at Logistics in Asian Bike Race". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-10-26. Dicapai pada 2008-12-21.
  4. ^ Tan, Anthony (2003-02-09). "Bongiorno triumphs in KL; Danielson safely home". cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21.
  5. ^ Tan, Anthony. "Sprintless finale to first day". cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21.
  6. ^ Tan, Anthony (2005-11-20). "Loose ends from Langkawi". cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21.
  7. ^ Stokes, Shane (2006-02-12). "Japanese team counts on promise of payment". cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21.
  8. ^ Sumner, Jason (2007-02-02). "Nearly losing Langkawi: A conversation with Simon Donnellan". VeloNews. Dicapai pada 2008-12-21.
  9. ^ "No More LTdL If Government Does Not Take Over". Bernama. 2006-08-22. Dicapai pada 2008-12-21.[pautan mati kekal]
  10. ^ "Youth And Sports Ministry To Help First Cartel Solve LTdL Problems". Bernama. 2006-08-04. Dicapai pada 2008-12-21.[pautan mati kekal]
  11. ^ Stokes, Shane (2006-11-01). "Government decision due on organisation of Tour de Langkawi". cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21.
  12. ^ Tan, Anthony (2006-09-01). "Tour de Langkawi saved - almost". cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21.

Pautan luar sunting

Le Tour de Langkawi
1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013