Lebai Malang merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu . Ia merujuk kepada seorang Lebai yang mempunyai sifat yang lurus bendul dan tamak. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Kisah ini merupakan salah satu yang dirakamkan oleh R.O Winstedt sebagai cerita jenaka bersama-sama kisah Pak Kadok, Pak Pandir, Pak Belalang, Lebai Malang, Si Lunchai dengan cetakan pertama Methodist Publishing House, 1908, dan cetakan edisi ketiga pada tahun 1914 dengan 159 halaman.

Sejarah sunting

Lebai Malang adalah hasil karya seorang penulis berasal daripada Perak iaitu Raja Haji Yahya.[1] Tarikh sebenar beliau karangkan cerita ini adalah tidak diketahui. Namun dapat dipastikan ia telah dikarang sebelum tahun 1908, iaitu tahun di mana cerita-cerita karangan beliau dibukukan untuk pasaran.

Cerita jenaka sunting

Amat menarik mengenai cerita jenaka adalah ia merupakan satu genera cerita yang terdapat dalam banyak kebudayaan sehinggakan zaman moden. Sebagai contoh Don Quixote dalam kebudayaan Sepanyol, 3 Stooges dalam budaya Amerika Syarikat, Mr Bean dalam budaya British.

Terdapat kemungkinan bahawa genera cerita sebegini merupakan satu cara manusia melepaskan ketegangan dalam kehidupan seharian, atau sebagai cara membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya mereka melakukan apa yang tersemat di dalam hati mereka. Atau satu lagi kemungkinan, ia merupakan sindiran bahawa seseorang itu tidak boleh terlalu jujur / lurus bendul sehinggakan dia diambil kesempatan oleh mereka yang berniat jahat. Walau apapun sebabnya, wujudnya genera cerita sedemikian dalam pelbagai kebudayaan menunjukkan terdapatnya satu persamaan dalam tarikan cerita jenaka yang merentasi halangan pelbagai budaya.

Rujukan sunting

  1. ^ T/A (2007). Cerita Jenaka:Bibliografi. Malay Concordance Project. Diperolehi pada 15 Julai 2007

Pautan luar sunting