Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak

(Dilencongkan dari Lebuhraya Karak)

Lebuhraya Karak atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands. Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya dua lorong bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuh raya ekspres penuh pada tahun 1997. Had laju lebuh raya ini adalah 90 km/j.

Lebuhraya E8
Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
Maklumat laluan
Diselenggara oleh ANIH Berhad
Panjang60.0 km (37.3 mi)
Wujud1974–kini
SejarahSiap pada tahun 1979
Simpang utama
Hujung baratGombak Utara, Selangor
Persimpangan utama Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur
Jalan Genting Sempah-Genting Highlands
Laluan Persekutuan 68
Jalan Sambung Kuala Lumpur/Karak-Bentong
Laluan Persekutuan 8
Laluan Persekutuan 2
E8 Lebuhraya Pantai Timur
Hujung timurKarak, Pahang
Lokasi
Destinasi
utama
Gombak, Genting Highlands, Genting Sempah, Janda Baik, Bukit Tinggi, Lentang, Bentong, Karak
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Sejarah sunting

 
Terowong Genting Sempah yang ditebuk melalui banjaran Titiwangsa.

Lebuhraya persekutuan 2 lorong sunting

Lebuhraya Karak pada asalnya dibina pada tahun-tahun 1970an oleh kerajaan Malaysia sebagai alternatif kepada Jalan Gombak - Bentong (Laluan Persekutuan  ) yang sempit dan bengkang-bengkok. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan 2 (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Persekutuan). Lebuhraya tersebut mempunyai sebuah terowong sepanjang 900 m di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia.

Walau bagaimanapun, kos pembinaan lebuh raya tersebut adalah agak mahal bagi Malaysia pada masa itu memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara pertanian pada masa tersebut. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menjadikan Lebuhraya Karak sebagai jalan raya tol bagi membantu mendapat pulangan bagi kos pembinaan. Hasilnya, 2 plaza tol dibina di Gombak dan Bentong dan lebuh raya tersebut diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine. Lebuhraya ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1977.

Lebuhraya ekspres berbilang lorong sunting

Kepentingan Lebuhraya Karak sebagai laluan utama dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri pantai timur menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menaik taraf jalan raya 2 lorong tersebut kepada lebuhraya ekspres penuh berbilang lorong dengan membina satu lagi laluan tambahan bersebelahan dengan laluan asal. Dengan itu, lebuh raya tunggal 2 lorong tersebut dinaiktaraf menjadi sebuah lebuh raya berkembar dengan 6 lorong (3 lorong pada setiap hala) di bahagian antara Kuala Lumpur dan Persimpangan Genting Highlands dan 4 lorong (2 lorong di setiap hala) pada bahagian selebihnya.

Kerja-kerja menaik taraf termasuk pembinaan terowong kedua di sebelah terowong asal bagi membolehkan tambahan 2 lorong bagi lalu lintas arah timur, pembesaran plaza tol Gombak dan Bentong serta pembinaan persimpangan bertingkat bagi menggantikan simpang biasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa simpang yang tidak dapat dinaik taraf kepada persimpangan bertingkat disebabkan faktor geografi, maka beberapa pusingan-U dibina bagi membolehkan kenderaan dari arah bertentangan dapat keluar masuk ke simpang tersebut. Kerja-kerja menaik taraf selesai pada tahun 1997.

MTD Prime Diarkibkan 2009-07-06 di Wayback Machine memegang konsesi Lebuhraya Karak serta Lebuhraya Pantai Timur. Lebuhraya Karak diberi kod   setelah kerja naik taraf selesai, menyebabkan lebuh raya ini mempunyai 2 kod laluan. Akibatnya, sesetengah peta melabelkan Lebuhraya Karak sebagai   manakala sesetengah peta yang lain pula melabelkannya sebagai Laluan Persekutuan  . Walau apa pun kod laluan yang digunakan, kedua-duanya boleh digunakan bagi mewakili Lebuhraya Karak memandangkan lebuh raya itu sendiri adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan  .

Keselamatan sunting

Sebagaimana jalan raya pergunungan yang lain, Lebuhraya Karak juga menghadapi risiko tanah runtuh terutamanya pada musim hujan. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan pergunungan termasuklah Lebuhraya Karak pada musim hujan bagi mengelakkan risiko tanah runtuh selain jarak penglihatan yang terhad.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

pemegang konsesi Lebuhraya Karak
Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine