Lebuhraya Rentas Pulau

(Dilencongkan dari Lebuhraya Seluruh Pulau)

Lebuhraya Rentas Pulau (Inggeris: Pan Island Expressway, Cina: 泛岛高速公路; kependekan: PIE) ialah lebuh raya terawal serta terpanjang di Singapura. Pada masa kini, ia juga adalah jalan raya terpanjang di Singapura. Ia merangkumi sepanjang laluan timur-barat di seluruh pulau, menghubungkan Tuas di sebelah barat ke Lapangan Terbang Changi di bahagian timur. Panjangnya ialah 42.8 km (26 batu).

Lebuhraya Rentas Pulau
Kedudukan Lebuhraya Rentas Pulau (warna biru) di dalam peta
Maklumat laluan
Panjang42.8 km (26.6 mi)
Wujud1966–kini
SejarahSiap pada tahun 1992
Simpang utama
Hujung baratTuas (AYE)
Persimpangan utamaAYE, KJE, BKE, CTE, KPE, TPE, ECP
Hujung timurChangi Selatan (ECP)
Lokasi
Kawasan:Jurong, Bukit Timah, Toa Payoh, Eunos, Bedok, Tampines
Sistem lebuh raya
Rangkaian Lebuhraya Singapura
Sambungan PIE selepas Persimpangan Nanyang, menghala ke arah Tuas.

Pembinaan sunting

Pembinaan PIE bermula pada tahun 1966 dan dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1 melibatkan pelebaran bahagian Jalan Whitley dari Persimpangan Mount Pleasant ke Persimpangan Thomson, Jalan Toa Payoh, Jalan Kolam Ayer, dan Paya Lebar Way, serta menggantikan kesemua persimpangan lampu isyarat dengan persimpangan bertingkat.

Seterusnya, bahagian dari Jalan Eunos ke Lebuhraya Taman Pantai Timur, yang melibatkan pembinaan laluan baru, siap pada tahun 1980. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1981, pembinaan bahagian hujung barat dari Jalan Anak Bukit ke Corporation Road selesai. Semasa siap, panjang lebuh raya ini adalah 35 km (22 batu). Panjang keseluruhan lebuh raya ini meningkat kepada 41 km (25 batu) selepas pemanjangan lebuh raya pada tahun 1992.

Peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan KJE dan PIE ke Kawasan Perindustrian Jurong menyebabkan Lembaga Pengangkutan Darat Singapura menaik taraf bahagian PIE dari Persimpangan Tengah ke Jalan Tuas kepada laluan 8 lorong. Kerja naik taraf bermula Mac 2004 dan selesai pada Mac 2006.