Lebuhraya Utara-Selatan, Singapura

lebuhraya dan laluan basikal bakal di Singapura

Lebuhraya Utara-Selatan atau North-South Expressway (kependekan: NSE; Cina Ringkas: 南北高速公路; pinyin: Nánbĕi Gāosù Gōnglù) (jangan terkeliru dengan lebuhraya dengan nama yang sama di Malaysia) adalah lebuh raya ke-11 dan yang terbaru dalam rangkaian lebuhraya Singapura. Pengumuman bagi pembinaan lebuh raya ini dikeluarkan pada 30 Januari 2008 sebagai sebahagian daripada proses reviu semula rangkaian pengangkutan Singapura oleh Lembaga Pengangkutan Darat Singapura. Lebuh raya sepanjang 21 km akan menelan kos sejumlah antara S$7 ke S$8 juta apabila siap sepenuhnya pada tahun 2020 dan menghubungkan antara Lebuhraya Taman Pantai Timur dengan bahagian utara Singapura[1].

Lebuhraya Utara-Selatan
Maklumat laluan
Panjang21 km (13 mi)
SejarahDijadualkan siap pada tahun 2020
Simpang utama
Hujung utaraAdmiralty Road West
Persimpangan utamaSLE, PIE, CTE, ECP
Hujung selatanMarina Centre (ECP)
Sistem lebuh raya
Rangkaian Lebuhraya Singapura

Laluan sunting

Sementara maklumat lanjut mengenai jajaran laluan yang bakal dibina masih belum diumumkan, beberapa petanda mengenai anggaran jajaran sudah pun diterbitkan lebih awal di dalam Pelan Konsep Singapura 2001 oleh Lembaga Pembangunan Semula Bandar Singapura[2]. Jajaran mungkin meliputi dari Jalan Admiralty Barat di utara Singapura dan seterusnya ke arah selatan di sepanjang Persiaran Gambas, Jalan Sembawang, Jalan Upper Thomson, Jalan Thomson Road, Jalan Bukit Timah dan Jalan Ophir sebelum bergabung dengan bahagian barat Lebuhraya Taman Pantai Timur (ECP) di Jambatan Benjamin Sheares (selepas bahagian ECP dari jambatan tersebut ke Lebuhraya Ayer Rajah diturunkan taraf ke jalan raya biasa). Di sepanjang lebuh raya, persimpangan dengan beberapa lebuh raya lain iaitu Lebuhraya Seletar, Lebuhraya Seluruh Pulau dan Lebuhraya Tengah.

Rujukan sunting

  1. ^ "SPEECH BY MR RAYMOND LIM,MINISTER FOR TRANSPORT, AT VISIT TO KALLANG-PAYA LEBAR EXPRESSWAY, 30 JANUARY 2008, 10.15 AM". Singapore Government Media Release. 2008-01-30. Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-03. Dicapai pada 2008-01-30.

Pautan luar sunting