AMX-56 Leclerc adalah kereta kebal utama (MBT) yang dibina oleh firma Nexter dari Perancis. Ia dinamakan sebagai memperingati Jeneral Philippe Leclerc de Hauteclocque yang telah mengetuai serangan ke atas Paris semasa memerintah Divisyen Armor Kedua Tentera Pembebasan Perancis (2ème DB) semasa Perang Dunia II.

AMX-56 Leclerc
Demonstrasi kereta kebal Leclerc di Paris, pada 14 Julai 2006.
JenisKereta kebal utama
Tempat asalPerancis
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1992–sekarang
Digunakan olehPerancis, Emiriah Arab Bersatu
Sejarah pengeluaran
PengeluarGIAT Industries (Sekarang Nexter)
Dihasilkan1990–sekarang
Jumlah dibina~862
Spesifikasi
Berat54.5 tan[1]
Panjang9.87 m (6.88 m tanpa meriam[1])
Lebar3.71 m[1]
Tinggi2.53 m[1]
Krew3[1] (Komander, penembak, pemandu)

ArmorKeluli, titanium, NERA
Senjata
pertama
Meriam 120mm [1]
40 butir (1 butir tersedia dalam rumah peletup, 22 butir dalam kelopak pengisi automatik dan 18 butir dalam casis.)
Senjata
kedua
Mesingan sepaksi 12.7 mm M2HB
1,100 butir peluru
Mesingan 7.62mm
3,000 butir
Enjin8-silinder diesel Wärtsilä
1,500 hp[1] (1,100 kW)
Kuasa/berat27.52 hp/tan[1]
Sistem ampaianHydropneumatic
Jarak
operasi
550 km[1]
Kelajuan71 km/h[1]

Kereta kebal Leclerc masih berkhidmat dengan Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu. Dikeluarkan sejak tahun 1991,[1] Leclerc telah memasuki perkhidmatan dengan tentera Perancis pada tahun 1992,[1] dan telah mengantikan penggunaan kereta kebal AMX 30 sebagai platfom armor utama Perancis. Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu masing-masing memiliki 406 dan 388 buah kereta kebal Leclerc.

Kereta kebal Leclerc telah dibangunkan oleh GIAT Industries bagi memenuhi keperluan oleh Tentera Perancis. Kereta kebal Leclerc telah dibangunkan sebagai penganti bagi siri kereta kebal utama AMX-30 B2 yang digunakan oleh Tentera Perancis.

Pembanguna bermula pada tahun 1983 dan prototaip pertama dari enam telah disiapkan pada tahun 1989, ini bagaimanapun didahului oleh beberapa kenderaan rig ujian. Kereta kebal Leclerc pertama telah disiapkan pada Disember 1991 dan dihantar pada Tentera Perancis pada tahun 1992. Pada tahun 1993 United Arab Emirates menempah sejumlah 436 kereta kebal utama Leclerc, termasuk variasinya.

Turet Leclerc dipasang oleh kemudahan Tarbes GIAT sementara rangkanya dibina di Roanne, yang kedua turut memasang turet pada rangkanya dan menghantar kenderaan lengkap pada Tentera Perancis.

Badan dan turet Leclerc menggunakan perisai modular yang maju. Pemandu duduk di hadapan badan disebelah kiri dengan amunisi di sebelah kanan. Turet bermotor bagi dua orang terletak di tengah dengan komander di sebelah kiri dan jurumeriam disebelah kanan. Pemuat tidak diperlukan kerana pemuat automatik dipasang bonggol (bustle-mounted) memegang 22 peluru amunisi yang sedia untuk digunakan. Turet berputar penuh 360° dengan dogankan senjata dari -8° hingga +15° di bawah kawalan motor sepenuhnya. Satu mesingan 12.7mm dipasang di luar turet dan dikendali secara jarak jauh. Di kedua sisi turet terdapat 9 pelancar yang mampu melancarkan pelbagai bom tangan termasuk asap dan umpan.

Sistem gantungan Leclerc adalah dari jenis hidropneumatik dan peralatan piwaian termasuk sistem pengesan/ pemadam api dan jika diperlukan tangki bahan api jarak jauh dapat dipasang di belakang badan bagi meningkatkan julat operasi.

Sejarah sunting

Pada awal 1970-an, kereta kebal AMX-30 mula berusia dan pada tahun 1977, Angkatan Tentera Perancis telah mendraf keperluan kereta kebal utama yang baru, dikenali sebagai "EPC" (Engin Principal de Combat). Pengimportan peralatan dari luar negara seperti kereta kebal M1 Abrams, Leopard 2, atau Merkava telah dikaji dan ditolak; satu program kerjasam dengan Jerman, yang berasaskan kereta kebal Leopard 2, juga telah ditolak pada awal tahun 1979 dan kajian untuk projek kereta kebal Perancis telah bermula dari saat itu.

Berlawanan dengan kebanyakan program negara Barat lain, penekanan diberikan untuk memiliki perlindungan aktif dan bukannya pasif, untuk menghadkan berat keseluruhan kereta kebal. Mobiliti untuk mengelakkan tembakan musuh dan kawalan tembakan telah diberi perhatian yang khusus.

 
Kedudukan penembak, dilihat dari atas turet.

Kerjasama dengan negara luara dialu-alukan untuk menghadkan kos seunit, dan telah diperolehi apabila Emiriah Arab Bersatu telah memesan sebanyak 436 buah kenderaan, sebagai tambahan ke atas 426 buah yang telah dirancang untuk Tentera Darat Perancis.

Pada tahun 1986, projek ini telah dimulakan di bawah nama "Leclerc", 6 buah prototaip telah dibina dengan pantas. Pengeluaran besar-besaran telah dimulakan pada tahun 1990 dengan 4 buah untuk kumpulan pertama, digunakan untuk ujian perbandingan dengan negara-negara luar. 17 buah dari kumpulan ke-2 dan ke-3 telah dihantar, dengan pembaikan di bahagian turet dan armor badan. Unit-unit telah didianogsis dengan masalah-masalah pada bahagian enjin dan suspensi, telah dibersarakan dengan pantas.

Kumpulan ke-4 dan ke-5 telah dibina dengan lebih baik, menghapuskan masalah berualang pada janakuasa, dan masih lagi beroperasi, selepas dibetulkan semula pada hujung tahun 1990-an. Siri ke-2 telah bermula dengan kumpula ke-6, dengan menambah sistem kawalan cuaca di sebelah belakang-kanan turet. Kumpulan ke-7 mengenalkan penggunaan sistem trasmisi kepada kenderaan arahan, dan sistem data yang menyediakan data keadaan pertempuran kereta kebal dan sasaran dalam masa sebenar. ia juga menggabungkan pembaikan kecil pada visor. Pemodenan sistem elektronik telah dilakukan pada kumpulan ke-8, dan kumpulan ke-9 pengantian telah dilakukan pada visor dengan penggunaan sistem Iris SAGEM dengan pengimejan haba, yang mana membenarkan pemerolehan sasaran pada jarak yang lebih jauh.

Kesemua kumpulan-kumpulan sebelumnya akan dimodenkan ke taraf kumpulan ke-9 bermula tahun 2005. Pada tahun 2004, kumpula ke-10 telah dikemukakan, mengabungkan sistem maklumat baru yang mana boleh berkongsi maklumat kedudukan musuh dan sekutu dengan kenderaan dan kereta kebal lain. Ia merupakan permulaan kepada pengeluaran 96 buah siri ke-3. Sebelum tahun 2007, 355 buah kereta kebal sepatutnya telah beroperasi, dengan 320 buah daripadanya dipecahkan kepada 4 rejimen, setiap satunya mengandungi 80 buah kereta kebal Leclerc.

4 rejimen tersebut adalah:

Ciri-ciri sunting

Persenjataan sunting

 
Perhatikan alat pemerhatian komander disebelah kanan dan penembak disebelah kiri gambar.

Kereta kebal Leclerc dilengkapi dengan meriam berlaras licin 120mm GIAT (Nexter) CN120-26. Meriam ini secara teorinya boleh menembak dengan menggunakan peluru standard NATO bersaiz 120mm seperti yang digunakan pada Leopard 2 dan M1 Abrams, tetapi semasa latihan kebiasaannya peluru buatan Perancis akan digunakan. Meriam ditebat dengan sarung haba dan mempunyai sistem penyedut asap udara termampat automatik dan bukannya silinder penyedut asap yang biasa. Leclerc juga mempunyai sistem pengisi automatik unik yang telah direka khas, oleh itu telah menghapuskan keperluan seorang krew untuk tugas sebagai pengisi peluru. Turet direka mengelilingi sistem pengisi automatik untuk mengelakkan masalah yang biasa dihadapi oleh kereta kebal yang mengunakan sistem pengisi automatik. Dengan penggunaan sistem pengisi automatik ini, Leclerc berupaya untuk menembak pada padar 12 butir seminit dan dapat menyimpan 22 butir peluru di dalamnya; ia boleh memuatkan sehingga 5 jenis peluru yang berbeza pada satu-satu masa, walaubagaimanapun seperti kebanyakan sistem pengisi automatik pada kereta kebal yang lain, sistem ini tidak dapat menukar jenis peluru setelah rangkaian pelurunya dimuatkan. Jenis peluru yang biasa digunakan adalah Armour Piercing Fin-Stabilized Discarding Sabot (APFSDS) dengan teras tungsten dan peluru letupan kuat anti kereta kebal (HEAT). Terdapat 18 butir peluru lagi tersedia untuk isian semula. Kereta kebal Leclerc boleh menembak semasa bergerak pada kelajuan 50 km/j ke sasaran sejauh 4,000 m. Meriamnya mempunyai panjang 52 caliber berbanding kereta kebal lain iaitu sepanjang 44 caliber [1], menghasilkan kelajuan peluru di muncung meriam jauh lebih laju. Kebanyakan kereta kebal British dan Jerman yang terkini dipasang dengan meriam dengan 55 caliber yang mana lebih berkuasa. Kereta kebal Amerika Syarikat menggunakan peluru penembus depleted-uranium yang maju untuk mengimbangi meriam kereta kebal mereka yang lebih pendek.

Leclerc juga dipasang dengan mesingan sepaksi 12.7 mm dan mesingan anti pesawat 7.62mm kawalan jauh, di mana kebanyakan kereta kebal negara-negara NATO menggunakan mesingan 7.62mm untuk kedua-dua mesingan sepaksi dan mesingan yang di bahagian atas; pengecualian ketara adalah kereta kebal M1 Abrams, yang mana mempunyai mesingan sepaksi 7.62mm dan 2 mesingan di bahagian atas iaitu mesingan 7.62mm dan 12.7mm.

Perlindungan sunting

Kereta kebal Leclerc dipasang dengan sistem perlindungan pertempuran Galix yang dibina oleh GIAT. Ia boleh menembak pelbagai jenis bom asap, peluru penghadang infra merah, serta bom anti-personnel.

Badan dan turet kereta kebal dibuat daripada keluli dikimpal yang dipadankan dengan perisai bermodul, yang mana mudah untuk dibaiki dan ditingkat upaya. Tentera Darat Perancis pada lewat tahun 1970-an pernah menolak penggunaan perisai Chobham as being overly specialised in its optimisation to defeat hollow charge-weapons; telah memilih untuk membangunkan sistem perisai bertebuk keluli, menyerupai kereta kebal Leopard 2 versi awal. Apabila Leclerc diperkenalkan pada awal tahun 1990-an, perlindungan pada kereta kebal ini dianggap mencukupi, disebabkan ketebalan modulnya jika dibandingkan dengan perisai pada kereta kebal buatan Barat yang lain. Bagaimanapun, standard untuk perisai kereta kebal semakin meningkat, seperti contoh pada kereta kebal Leopard 2A5, pesaing terdekat Leclerc dalam pasaran eksport, dengan menambah sistem perisai berongga. Oleh sebab itu, Perancis memutuskan untuk mengikuti langkah Jerman dan British dengan memasang sistem perisai titanium-tungsten pada kereta kebal (Leopard 2A4) dan (Challenger 2) mereka. Sistem ini telah dipasang pada kereta kebal Leclerc pada tahun 2001, untuk Kumpulan 10. Ruang dalam telah diisi dengan perisai NERA.

Kawalan tembakan dan pemerhatian sunting

Leclerc dipasang dengan sistem pengurusan pertempuran FINDERS dan sistem komunikasi digital ICONE TIS yang mana akan menggabungkan data dari kereta kebal lain dan arahan dari pihak atasan.

Sistem kawalan tembakan digital Leclerc boleh digunakan secara bebas oleh penembak ataupun komander, dan menyediakan gabungan gambaran masa sebenar daripada semua penderia dan penglihatan kereta kebal, termasuk penglihatan penstabilan penembak SAVAN 20, yang telah dibangunkan oleh SAGEM dan sistem penglihatan siang/malam untuk pemandu OB-60 dari firma Thales Optrosys. Sistem ini boleh menjejak 6 sasaran secara serentak dan menyerupai sistem yang dihasilkan oleh firma yang sama untuk kereta kebal Challenger 2 milik Tentera Darat Diraja British.

Janakuasa sunting

Leclerc mempunyai , enjin diesel Hyperbar Wärtsilä (dulunya SACM) V8X-1500 1,500 hp, 8 silinder dan transmisi automatik SESM ESM 500, dengan 5 giar depan dan 2 giar undur. Kelajuan maksimum rasmi di atas jalan raya adalah 72 km/j dan 55 km/j di atas jalan desa. Jarak maksimum pula dalam lingkungan 550 km, dan boleh mencapai sehingga 650 km dengan menggunakan tangki bahan api luaran mudah alih. Sistem "hyperbar" mengabungkan turbin gas Turbomeca TM 307B dalam enjin, bertindak sebagai Pengecas Turbo dan Unit Kuasa Tambahan (APU) yang memberi kuasa bantuan kepada kesemua sistem apabila enjin utama dimatikan.

Dengan berat tempur hanya 56 tan, kereta kebal Leclerc merupakan kereta kebal utama teringan di dunia; menjadikan ia sebagai salah satu kereta kebal buatan Barat yang mempunyai nisbah kuasa kepada berat terbaik iaitu (27 hp per tan) dan juga antara yang terpantas dalam generasinya (0 ke 32 km/j dalam masa 5 saat).

Ekzos enjin dipasang pada bahagian kiri-belakang, disejukkan untuk mengurangkan kesan haba dari kereta kebal. Sistem transmisinya adalah dari jenis hydro-mechanical dengan 5 giar hadapan dan 2 giar undur. Tangki bahan api boleh membawa sebanyak 1,300 liter dan bertindah sebagai perlindungan tambahan; 2 tangki bahan api luaran mudah alih berkapasiti 200-liter boleh dipasang dibelakang turet, tetapi mesti dibuang sebelum bertempur kerana ia boleh menghalang pergerakan pusingan turet.

Kotak giar dilengkapi dengan pelambat hydro-kinetic. Alat ini boleh melambatkan kadar penyah-pecutan pada kadar 7 m/s² (0.7G) yang mana sangat berguna pada saat terakhir sebelum terkena tembakan. Krew kereta kebal mesti memakai lelabah sebelum menggunakan teknik ini.

 
Pengendalian kereta kebal Leclerc.

Pengalaman tempur sunting

Kereta kebal Leclerc telah ditauliahkan pada tahun 1992, sedikit terlewat untuk beraksi dalam Perang Teluk pada tahun 1991, dan tidak pernah digunakan dalam mana-mana pertempuran.

Sementara untuk "konflik keamatan rendah", 15 buah Leclerc telah digerakkan ke Kosovo dalam konteks operasi menjaga keamanan PBB, yang mana keupayaannya kereta kebal ini dinilai sebagai memuaskan oleh pegawai-pegaai Perancis.

Pada masa sekarang, sebanyak 13 buah kereta kebal Leclerc telah diatur gerak ke Selatan Lubnan sebagai sebahagian daripada misi menjaga keamanan di bawah UNIFIL.

Variasi sunting

 
Kereta kebal Leclerc yang digunakan oleh Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu.
  • Leclerc AZUR:Action en Zone Urbaine, "Meningkatkan keupayaan mengempur dalam persekitaran bandar"
  • Leclerc EPG: Engin Principal du Génie, "kenderaan kejuruteraan utama": kenderaan kejuruteraan berperisai
  • Leclerc DNG: Dépanneur Nouvelle Génération: kereta kebal pembaiki.
  • Leclerc MARS: Moyen Adapté de Remorquage Spécifique: kereta kebal penunda.
  • Leclerc EAU: Versi "Tropika" untuk Emiriah Arab Bersatu; ia dilengkapi dengan:
    • EuroPowerPack dengan enjin diesel MTU 883 1,100 kW. Emiriah Arab Bersatu telah menunjukkan minat kepada firma Jerman yang telah membina (MTU) dan memasangnya pada kereta kebal Leclerc mereka. Enjin ini lebih dipercayai berbanding dengan enjin buatan Perancis iaitu UDV 8X (1,500 HP), walaupun mempunyai masalah kecil dengan sistem pencengkam[perlu rujukan].
    • Unit Kuasa Bantuan yang dipasang di bahagian luar
    • Mesingan kawalan jauh 7.62 mm, membenarkan penggunaan di dalam operasi armor
    • Fungsi pemanduan dan turet berautomatik sepenuhnya, boleh digunakan oleh krew dengan menjalani latihan asas.
    • Penyaman udara mekanikal, untuk menyejukkan kereta kebal tanpa menggunakan elektrik yang mana boleh mendedahkan kedudukan kereta kebal.

Pengguna sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m Gelbart, Marsh (1996). Kereta kebal utama dan ringan. Brassey’s UK Ltd. ISBN 185753168X. Unknown parameter |Pages= ignored (|pages= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b Army Technology - Leclerc - Kereta kebal utama
  • Chassillan, Marc(2005); Char Leclerc: De la guerre froide aux conflits de demain.
  • Chassillan, Marc(2001); Raids Hors-série N.3: les chars de combat en action

Pautan luar sunting