Leonid Brezhnev

Ahli politik Soviet

Leonid Ilyich Brezhnev (Bahasa Rusia: Леонид Ильич Брежнев; Leonid Il’ich Brezhnev; 6 Disember 1906 – 10 November 1982) merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet Beliau mengetuai Kesatuan Soviet dari 1964 sehingga 1982, selama 18 tahun. Beliau telah memegang jawatan ini lebih lama daripada setiausaha-setiausaha agung yang lain kecuali Joseph Stalin. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Presidium Tertinggi Soviet sebanyak dua kali, bermula pada 7 Mei 1960 sehingga 15 Julai 1964, kemudian dari 16 Jun 1977 sehingga kematian beliau pada 10 November 1982. Beliau juga adalah pemegang pangkat Marsyal Kesatuan Soviet dan menerima banyak pingat darjah kebesaran tentera seperti Hero of the Soviet Union, Order of Lenin, Gold Star dan Order of Victory.

Leonid Ilyich Brezhnev
Леонид Ильич Брежнев
Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet
Dalam jawatan
14 Oktober 1964 – 10 November 1982
Didahului olehNikita Khrushchev
Digantikan olehYuri Andropov
Pengerusi Majlis Tertinggi Soviet bagi Republik Sosialis Kesatuan Soviet
Dalam jawatan
7 Mei 1960 – 15 Julai 1964
Didahului olehKliment Voroshilov
Digantikan olehAnastas Mikoyan
Dalam jawatan
16 Jun 1977 – 10 November 1982
Didahului olehNikolai Podgorny
Digantikan olehYuri Andropov (1983)
Vasily Kuznetsov (pemangku)
Butiran peribadi
Lahir(1906-12-06)6 Disember 1906
Kamenskoe, Empayar Rusia
Meninggal dunia10 November 1982(1982-11-10) (umur 75)
Moscow, RSPS Rusia
KerakyatanRusia/Ukraine
Parti politikParti Komunis Kesatuan Soviet
ProfesionJurutera, Penjawat awam

Semasa pemerintahan Brezhnev ini, pengaruh global Kesatuan Soviet meningkat secara mendadak, sebahagiannya kerana perkembangan tentera Soviet pada masa ini. Tempoh perkhidmatan beliau sebagai pemimpin telah dikritik kerana menandakan permulaan era genangan ekonomi dan sosial yang akhirnya membawa kepada pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991.

Latar belakang sunting

Brezhnev dilahirkan di Kamenskoe Rusia dari keluarga pekerja. Brezhnev telah dilahirkan pada 19 Disember 1906 KAMENSKO (kini Dniprodzerzhynsk, Ukraine). Anak kepada pekerja industri besi, Ilya Yakovlevich Brezhnev dan isterinya, Natalia Denisovna Mazalov. Ibu bapanya dari daerah Kursky, Wilayah Kursk, Rusia) sebelum berpindah ke Kamensko. Etnik Brezhnev ialah Ukraine. Selepas Revolusi Rusia 1917, beliau menerima pendidikan teknikal, pada mulanya pengurusan tanah, sebagai juruukur tanah dan kemudian metalurgi. Beliau lulusan Kolej Teknikal Dniprodzerzhynsk Metallurgical (1935) dan menjadi seorang jurutera metalurgi dalam industri besi dan keluli di timur Ukraine.

Pendidikan sunting

Selepas tamat belajar di Sekolah Teknikal Metalurgi Dniprodzerzhynsk, beliau menjadi jurutera metalurgi dalam industri besi dan keluli , di Ukraine. Beliau menyertai Komsomol pada 1923, dan pada tahun 1929 aktif dalam Parti Komunis Soviet Union . Beliau menyertai tentera semasa Perang Dunia II sehingga 1946 dengan pangkat Mejar Jeneral . Pada tahun 1952 Brezhnev menjadi ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Soviet Union. Pada 1964, Brezhnev menggantikan Nikita Khrushchev sebagai Setiausaha Pertama. Alexei Kosygin menggantikan Khrushchev bagi Pengerusi daripada Majlis Menteri-menteri Kesatuan Soviet.

Sebagai pemimpin, Brezhnev berunding dengan rakan-rakannya sebelum bertindak, tetapi usaha mentadbir tanpa reformasi ekonomi membawa kepada penurunan pada pertengahan 1970-an, disebut sebagai 'Era Genangan'. Kos ketenteraan meningkat.Semasa kematian Brezhnev KDNK hanya 12.5% berbanding negara-negara Barat. Walaupun menerajui KRSS, ketegangan antara Timur dan negara-negara Barat. Beliau mengetuai serangan Pakatan Warsaw terhadap Czechoslovakia untuk menghentikan Kebangkitan Prague, dan menghantar tentera Soviet Union ke Afghanistan untuk menyelamatkan rejim rapuh .Beliau melancarkan perang terhadap Mujahidin.

Selepas mengalami pelbagai penyakit selama beberapa tahun, Brezhnev meninggal dunia pada 10 November 1982. Jawatan beliau sebagai Ketua Setiausaha diambil alih oleh Yuri Andropov. Brezhnev membina satu kultus personaliti, walaupun tidak sampai ke tahap Stalin. Mikhail Gorbachev mengetuai KRSS 1985-1991, mengecam legasi beliau dan melakukan liberalisasi Kesatuan Soviet. Walaupun begitu, pungutan suara di Rusia menunjukkan Brezhnev menjadi pemimpin Rusia yang paling popular pada abad ke-20.

Perkembangan politik sunting

Brezhnev menyertai unit belia Parti Komunis Kesatuan Soviet di Komsomol , pada tahun 1923. Antara 1935-1936, Brezhnev menyertai tentera (wajib) , dan selepas mengambil kursus di sebuah sekolah elit, beliau berkhidmat sebagai politik komisar. Kemudian pada 1936, beliau menjadi pengarah Dniprodzerzhynsk Metallurgical Technicum (kolej teknikal). Pada tahun 1936, beliau telah dipindahkan ke pusat serantau Dnipropetrovsk. Pada 1939, beliau menjadi Setiausaha Parti di Dnipropetrovsk yang bertanggungjawab bagi industri pertahanan penting. Beliau terselamat daripada 'Pembersihan Besar Stalin' (1937-1939).

Perang Dunia II sunting

Apabila Nazi Jerman menyerang Kesatuan Soviet pada 22 Jun 1941, Brezhnev masih muda. Dia ditugaskan untuk memindahkan industri Dnipropetrovsk ke timur Soviet Union sebelum kota itu jatuh ke tangan Jerman pada 26 Ogos.Kemudian beliau ditugaskan sebagai komisar politik. Pada Oktober, Brezhnev menjadi Timbalan Ketua pentadbiran politik bagi Barisan Selatan dengan pangkat Briged-komisar (Kolonel).

Apabila Ukraine telah dijajah oleh Jerman pada tahun 1942, Brezhnev telah dihantar ke Caucasus sebagai Timbalan Ketua pentadbiran politik Barisan Transcaucasia. Pada bulan April 1943, beliau menjadi Ketua Jabatan Politik Tentera Darat ke-18. Tentera Darat ke-18 menjadi sebahagian daripada Barisan Ukraine 1, sebagai Tentera Merah dan mara ke arah barat melalui Ukraine. Komisar politik Barisan ialah Nikita Khrushchev, yang telah menyokong kerjaya Brezhnev sejak pra-perang . Brezhnev telah menemui Khrushchev pada tahun 1931dan menjadi anak didik Khrushchev. Pada akhir perang di Eropah, Brezhnev menjadi Ketua Komisar politik 4 Barisan Ukraine Barisan dan menguasai semula Prague pada Mei 1945, selepas penyerahan Jerman.

Selepas zaman perang sunting

Brezhnev tamat berkhidmat dalam Tentera Kesatuan Soviet dengan pangkat Mejar Jeneral pada Ogos 1946. Beliau telah menghabiskan keseluruhan perang sebagai komisar politik dan bukannya seorang komander tentera. Selepas bekerja di projek-projek pembinaan semula di Ukraine, dia sekali lagi menjadi Ketua Setiausaha di Dnipropetrovsk. Pada 1950, beliau menjadi Timbalan Agung Kesatuan Soviet , badan perundangan tertinggi di Kesatuan Soviet. Kemudian beliau dilantik sebagai Setiausaha Pertama Parti di Moldova . Pada tahun 1952, beliau telah bertemu dengan Stalin selepas Stalin menaikkan pangkat Brezhnev kepada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis sebagai ahli calon Presidium (dahulunya Politbiro ).

Stalin meninggal dunia pada Mac 1953, dan dalam penyusunan semula , Presidium telah memansuhkan dan Politburo yang lebih kecil diwujudkan semula. Walaupun Brezhnev bukan ahli Politburo, beliau telah dilantik sebagai ketua Direktorat Politik Tentera Darat dan Tentera Laut dengan pangkat Leftenan Jeneral, jawatan yang sangat kanan. Perlantikan Brezhnev ini ialah Khrushchev menggantikan Stalin sebagai Ketua Setiausaha. Manakala lawan Khrushchev, Malenkov menggantikan Stalin sebagai Pengerusi Presidium Soviet Agung . Brezhnev berpihak kepada Khrushchev terhadap Malenkov, tetapi hanya untuk beberapa tahun. Pada 7 Mei 1955, Brezhnev menjadi Sekretariat Pengadilan Parti Komunis daripada Kazakh SSR . Brezhnev terlibat dalam pembangunan peluru berpandu Soviet dan program senjata nuklear, termasuk Baykonur Cosmodrome. Pada mulanya membangunkan Kempen Tanah Pertanian tetapi lama kemudian menjadi tidak produktif dan gagal menyelesaikan 'krisis makanan Soviet' . Brezhnev dipanggil semula ke Moscow (1956) berikutan Kempen Tanah Virgin yang gagal. Kerjaya politik beliau kekal di Kazakhstan.

Pada Februari 1956, Brezhnev kembali ke Moscow dan menjadi ahli Politburo yang bertugas mengawal industri pertahanan negara, program angkasa lepas termasuk Baykonur Cosmodrome dan industri berat. Pada bulan Jun 1957, beliau menyokong Khrushchev mengalahkan Malenkov iaitu orang lama Stalinis. Selepas kekalahan pihak Stalinis, Brezhnev menjadi ahli penuh Politburo. Kemudian Brezhnev menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pusat pada tahun 1959, .Pada Mei 1960 telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pengerusi Presidium Soviet Union. dan menjadiketua nominal negeri, walaupun kuasa sebenar masih pada Khrushchev sebagai Setiausaha Pertama Parti Komunis Soviet Union. Pada tahun 1962, Brezhnev menjadi warganegara kehormat Belgrade.

Penyingkiran Khrushchev sunting

Sehingga 1962, kedudukan Khrushchev sebagai pemimpin Parti adalah selamat tetapi prestasi semakin lemah. Pada zahir, Brezhnev kekal setia kepada Khrushchev, tetapi dia menjadi terlibat dalam 'plot 1963' untuk menjatuhkan pemimpin.Pada 1963 , Brezhnev menggantikan Frol Kozlov , seorang lagi anak didik Khrushchev sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pusat.

Selepas pulang dari Scandinavia dan Czechoslovakia pada bulan Oktober 1964, Khrushchev menyedari plot itu, lalu pergi bercuti di Pitsunda resort di Laut Hitam. Anastas Mikoyan melawat Khrushchev dan membayangkan bahawa dia tidak boleh lagi leka. Vladimir Semichastny selaku ketua KGB turut terlibat dalam konspirasi, memberitahu Khrushchev tentang konspirasi itu. Rakan-rakan konspirator Mikhail Suslov menelefon Khrushchev pada 12 Oktober dan meminta agar dia kembali ke Moscow.

Brezhnev dan Nikolai Podgorny merayu kepada Jawatankuasa Pusat, menyalahkan Khrushchev kerana kegagalan ekonomi - pertanian. Ahli-ahli Politburo mengundi untuk menghapuskan Khrushchev daripada jawatannya. Brezhnev telah dilantik sebagai Setiausaha Pertama. Alexei Kosygin telah dilantik sebagai ketua kerajaan, dan Mikoyan dikekalkan sebagai ketua negara.

Salah satu sebab untuk menewaskan Khrushchev adalah bahawa dia terus menolak ahli-ahli parti yang lain.Selain itu "menghina cita-cita kolektif parti". Pravda, sebuah akhbar di Soviet Union melaporkan tentang kepimpinan kolektif , perancangan saintifik, berunding dengan pakar-pakar, ketetapan organisasi dan pengakhiran skim.

Apabila Khrushchev berundur, tidak ada sebarang kekecohan dan pertumbuhan ekonomi berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Pemimpin (1964-1982) sunting

Pada tahun 1964, satu sidang pleno Jawatankuasa Pusat melarang mana-mana individu untuk memegang dua jawatan tertinggi iaitu Setiausaha Agung dan Perdana. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Negeri bagi Keselamatan Negeri (KGB) Alexander Shelepin tidak suka pembaharuan kepimpinan kolektif itu. Shelepin gagal mendapat sokongan dalam Presidium dan kedudukan Brezhnev adalah agak selamat dan akhirnya berjaya menyingkir Shelepin dari pejabat pada tahun 1967.

Sepanjang era Brezhnev itu, Soviet Union telah dikawal oleh kepimpinan kolektif atau "kepimpinan kolektiviti" (1960-an dan 1970-an). Akhir 1960-an, sistem oligarki telah muncul di Soviet Union dengan kebanyakan kuasa diletakkan di sekitar Brezhnev, Kosygin dan Podgorny. Pengukuhan kuasa Brezhnev ini bertembung dengan Sekretariat Jawatankuasa Pusat Mikhail Suslov . Henry Kissinger pada 1960-an, tersilap percaya Kosygin menjadi peneraju utama dasar luar Soviet.Dalam tempoh ini, Brezhnev akan mengumpul sokongan bagi mengukuhkan kedudukannya dalam politik Soviet. Sementara itu, Kosygin memastikan kestabilan ekonomi dan peranannya sebagai Pengerusi Majlis Menteri-menteri Soviet Union. Kedudukan Kosygin menjadi lemah apabila dia mencadangkan pembaharuan ekonomi pada tahun 1965 yanfg dirujuk seabagi "Pembaharuan Kosygin" dalam Parti Komunis. Pihak konservatif terus menentang Kosygin selepas menyaksikan keputusan pembaharuan yang membawa kepada Prague Spring. Lawannya segera berpihak kepada Brezhnev dan membantu beliau mengukuhkan kedudukannya dalam sistem Soviet.

Brezhnev seorang yang mahir politik dalam struktur kuasa Soviet Union. Beliau tidak bertindak terburu-buru, tidak seperti Khrushchev. Beliau tidak membuat keputusan tanpa berunding dengan rakan-rakan dan sentiasa bersedia untuk mendengar pendapat mereka. Pada awal 1970-an, Brezhnev mengukuhkan kedudukan domestiknya. Pada tahun 1977, dia memaksa persaraan Podgorny dan sekali lagi menjadi Pengerusi Presidium daripada Soviet Agung Soviet Union dan menjadikan kedudukan setara dengan presiden eksekutif. Walaupun Perdana Menteri Kosygin kekal sehingga kematiannya pada tahun 1980 (digantikan oleh [[Nikolai Tikhonov] sebagai Perdana Menteri), Brezhnev adalah kuasa dominan memandu Soviet Union dari pertengahan 1970-an hingga kematiannya pada tahun 1982.

Penindasan sunting

Brezhnev berusaha menamatkan reformasi Khrushchev dan menindas budaya kebebasan . Sebaik sahaja dia menjadi pemimpin, Brezhnev mula menterbalikkan proses ini dan membangunkan sikap yang semakin konservatif dan regresif.

Menjelang pertengahan 1970-an, seramai 10,000 tahanan politik dan agama di seluruh Soviet Union. Lebih parah lagi mereka mengalami kekurangan zat makanan malah dimasukkan ke hospital atau rumah pesakit mental di seluruh Kesatuan Soviet. Di bawah pemerintahan Brezhnev ini, KGB menyusup ke dalam pertubuhan-pertubuhan anti-kerajaan.

Ekonomi sunting

Di antara tahun 1960 dan 1970, pengeluaran pertanian Soviet meningkat sebanyak 3% setiap tahun. Dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (1966-1970), pengeluaran kilang-kilang dan lombong meningkat sebanyak 138%. Walaupun Politburo menjadi agresif anti-reformis , Kosygin dapat meyakinkan kedua-dua Brezhnev dan Politburo. Beliau percaya kerajaan perlukan pinjaman Barat untuk memudahkan pertumbuhan pesat industri berat. Soviet Union tidak mampu untuk mengekalkan subsidi yang besar bagi blok Timur dalam bentuk eksport minyak dan gas murah. Kesatuan Soviet tidak menerima semua jenis pembaharuan. Contohnya pencerobohan Pakatan Warsaw ke atas Czechoslovakia pada tahun 1968 sebagai tindak balas kepada pembaharuan Alexander Dubček. Di bawah Brezhnev, Politburo meninggalkan desentralisasi eksperimen Khrushchev. Sejak 1966, dua tahun selepas mengambil kuasa, Brezhnev menghapuskan Majlis Ekonomi Serantau untuk menguruskan ekonomi serantau Soviet Union.

Rancangan Lima Tahun ke-9: Industri produk pengguna berjaya mengeluarkan jam tangan, perabot dan radio dengan banyaknya.Namun pencapaian ini tidak dilihat sebagai tanda positif untuk masa depan negara Soviet Union.Pasa 1975 ,barangan pengguna telah berkembang 9% .

Dari 1928-1973 : ekonomi Soviet Union mengejar Amerika Syarikat dan Eropah Barat . Dari 1973 dilihat sebagai permulaan 'Era Genangan' serentak dengan krisis kewangan di Eropah Barat dan Amerika Syarikat .Pada awal 1970-an, Soviet Union mempunyai industri kedua terbesar di dunia, dan menghasilkan banyak keluli, minyak, besi, simen dan traktor berbanding mana-mana negara lain. Sebelum 1973, ekonomi Soviet telah berkembang pada kadar yang lebih cepat, dengan margin yang kecil, berbanding dengan Amerika Syarikat. USSR juga memelihara kadar yang stabil dengan negara-negara Eropah Barat. Antara 1964-1973, ekonomi Soviet berada pada kira-kira separuh output per kepala di Eropah Barat dan lebih sedikit daripada satu pertiga daripada Amerika Syarikat

Dasar pertanian sunting

Dasar pertanian Brezhnev ini diperkukuhkan kaedah konvensional iaitu ladang kolektif. Kuota pengeluaran dikenakan secara berpusat. Dasar Khrushchev iaitu ladang bercantum diteruskan oleh Brezhnev kerana dipercayai dapat meningkatkan produktiviti.


Rujukan sunting

Pautan luar sunting

 
Wikisource
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Nikolai Koval
Setiausaha Pertama Parti Komunis Moldavia
1950–1952
Diikuti oleh:
Dmitry Gladky
Didahului oleh
Panteleimon Ponomarenko
Setiausaha Pertama Parti Komunis Kazakhtan
1955–1956
Diikuti oleh:
Ivan Yakovlev
Didahului oleh
Nikita Khrushchev
Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet
1964–1982
Diikuti oleh:
Yuri Andropov
Jawatan politik
Didahului oleh
Kliment Voroshilov
Pengerusi Presidium Tertinggi Soviet
1960–1964
Diikuti oleh:
Anastas Mikoyan
Didahului oleh
Nikolai Podgorny
Pengerusi Presidium Tertinggi Soviet
1977–1982
Diikuti oleh:
Vasily Kuznetsov