Lexus dan Pokok Zaitun

Lexus dan Pokok Zaitun (bahasa Inggeris: The Lexus and the Olive Tree) dikarang oleh Thomas L. Friedman pada tahun 1999, untuk menganjurkan bahawa dunia sedang mengalami dua pergelutan, iaitu mengejar kemakmuran dan pembangunan yang dilambangkan oleh kereta Lexus, dan mengekalkan identiti dan tradisi yang dilambangkan oleh pokok zaitun. Katanya, beliau menyedari perkara ini ketika menjamu selera dengan sekotak sushi dalam sebuah keretapi peluru Jepun setelah mengunjungi sebuah kilang Lexus factory sambil membaca berita konflik di Timur Tengah.

The Lexus and the Olive Tree
Lexus dan Pokok Zaitun
Umum
PengarangThomas L. Friedman
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris
SubjekHubungan ekonomi antarabangsa
Perdagangan bebas
Kapitalisme–Aspek-aspek sosial
Inovasi teknologi–Aspek-aspek ekonomi
Inovasi teknologi–Aspek-aspek sosial
Komunikasi antara budaya
Globalisasi
Amerika Syarikat–Hubungan ekonomi luar negara
Penerbitan
PenerbitFarrar, Straus and Giroux
Tarikh penerbitan
1999
Jenis media
Kulit keras
Halaman394
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN [[Special:BookSources/0-374-19203-0 (BI)
978 983 068 248 8 (BM)|0-374-19203-0 (BI)
978 983 068 248 8 (BM)]] Invalid ISBN
OCLC40609510
337 21
LCCHF1359 .F74 1999

Friedman membimbing pembaca dalam pengembaraan antarabangsa untuk memperbaharui pemahaman istilah "globalisasi" yang sering tersalah faham dan tersalah guna, dengan mengupas kisah-kisah pengalaman sebenarnya ketika bersemuka dengan ramai tokoh tersohor di dunia. Beliau berhujah bahawa globalisasi bukan sekadar arah aliran yang sementara, malah merupakan sebuah sistem antarabangsa yang menggantikan sistem Perang Dingin yang dahulu, dan mengamalkan peraturan dan logik tersendiri yang secara langsung atau sebaliknya mempengaruhi politik, persekitaran, geopolitik dan ekonomi hampir setiap negara di dunia."

Friedman hendak meneliti, mengupas dan menggolongkan sistem antarabangsa baru ini, lantas menjelaskannya dengan memperkenalkan istilah-istilah baru yang serba menarik seperti Kurang Daya Tahan Mikrocip; Baju Pasung Emas; Kumpulan Elektronik; DOSCapital; dsb.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting