Likud (bahasa Ibrani: ליכוד; secara harfiah bermaksud "konsolidasi"), (bahasa Inggeris: National Liberal Movement) merupakan sebuah parti politik berhaluan kanan di Israel.[1][2] Didirikan pada tahun 1973 oleh pengasasnya, Menachem Begin dan Ariel Sharon hasil penggabungan dua parti seteru iaitu parti La'am dan parti Gahal, Likud menganut ideologi konservatif dan nasionalis. Israel mengadakan pilihan raya perundangan sejak tahun 1949 dan parti ini memperoleh mandat rakyat melalui Pilihan raya perundangan Israel 1977 dan tewas melalui Pilihan raya perundangan Israel 1984, Pilihan raya perundangan Israel 1992, Pilihan raya perundangan Israel 1996, Pilihan raya perundangan Israel 1999. Namun bangkit semula melalui pada Pilihan raya perundangan Israel 2001, pimpinan Ariel Sharon dan tewas pada Pilihan raya perundangan Israel 2006 dan Pilihan raya perundangan Israel 2009. Likud menang semula pada Pilihan raya perundangan Israel 2013 dan Pilihan raya perundangan Israel 2015. Pada Pilihan raya perundangan Israel April 2019, Likud mempunyai bilangan kerusi parlimen yang sama dengan pencabarnya, Parti Kaḥol Lavan sehingga memaksa membuat kerajaan campuran minoriti. Akibat kebuntuan, ini mengakibatkan pilihan raya tergempar dilaksanakan pada Pilihan raya perundangan Israel September 2019 dan menyaksikan Likud membentuk kerajaan campuran namun keadaan politik di sana tetap tidak stabil, Benjamin Netanyahu diamanahkan sebagai Perdana Menteri interim sebelum ke Pilihan raya perundangan Israel 2020. Melalui pilihan raya terbaru itu, Likud akhirnya membuat penggabungan dengan pencabarnya, Kaḥol Lavan bagi membentuk kerajaan yang lebih harmoni dan menamatkan persengketaan politik selama 10 bulan yang lalu.

Logo Likud

Idealogi sunting

  • Liberal Kebangsaan
  • Liberal Ekonomi
  • Zionis
  • Liberal Konservatif
  • Konservatif Kebangsaan
  • Populis Haluan Kanan

Tokoh penting sunting

Senarai tokoh penting yang pernah dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Nama Penggal mula Penggal tamat Parti
1. Menachem Begin 21 Jun 1977 10 Oktober 1983 Likud
2. Yitzhak Shamir 10 Oktober 1983 14 September 1984 Likud
3. Benjamin Netanyahu 18 Jun 1996 6 Julai 1999 Likud
Benjamin Netanyahu 31 Mac 2009 kini Likud

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Likud". Ynetnews. 1 February 2008. Dicapai pada 30 June 2015.
  2. ^ Baskin, Judith Reesa, penyunting (2010). The Cambridge Dictionary of Judaism and Jewish Culture. Cambridge University Press. m/s. 304. ISBN 9780521825979. Dicapai pada 30 June 2015. To overcome Labor Party dominance, the bulk of center-right parties formed Likud.... In the early twenty-first century, Likud remains a major factor in the center-right political bloc.

Pautan luar sunting