Lingkaran asteroid

Lingkaran asteroid (juga dikenali sebagai lingkaran utama) merupakan sebuah lingkaran yang terdiri daripada pelbagai saiz asteroid, habuk dan jasad yang berbeza. Lingkaran ini terletak di antara orbit planet Marikh dengan Musytari. Empat jasad yang terbesar dalam lingkaran ini ialah:

Lingkaran asteroid utama (tompok putih) yang terletak di antara orbit Marikh dan Musytari.

Kesemua jasad tersebut mempunyai diameter lebih 400 km manakala Ceres yang merupakan sebuah planet kerdil mempunyai diameter sekitar 950km. Asteroid dalam lingkaran ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama berdasarkan spektrum dan komposisi iaitu:

Pembentukan sunting

Lingkaran asteroid ini gagal membentuk sebuah planet. Ini sebab tarikan graviti Musytari yang kuat menyebabkan pembentukan tersebut menemui kegagalan. Lingkaran ini dahulunya mempunyai bilangan asteroid yang lebih banyak berbanding yang terdapat pada hari ini disebabkan oleh hal yang sama iaitu tarikan graviti.