Daerah Lipis

(Dilencongkan dari Lipis)


Lipis merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Negeri ini terletak di utara negeri Pahang dan berkeluasan 5,198 kilometer persegi yang merangkumi 10 Mukim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Lipis.

Daerah Lipis
-
Lokasi Daerah Lipis di Pahang
Lokasi Daerah Lipis di Pahang
Map
Daerah Lipis is located in Bumi
Daerah Lipis
Daerah Lipis (Bumi)
Koordinat: 4°15′N 101°50′E / 4.250°N 101.833°E / 4.250; 101.833Koordinat: 4°15′N 101°50′E / 4.250°N 101.833°E / 4.250; 101.833
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatKuala Lipis
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Lipis
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahHafizi Ibrahim [1]
Keluasan
 • Jumlah5,198 km2 (2,007 batu persegi)
Penduduk
 (2024)[2]
 • Jumlah136,620
 • Kepadatan26/km2 (68/batu persegi)
Zon waktuUTC+08:00 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+08:00 (Tidak dinilai)
Poskod
27100, 27200, 27300
Kod panggilan+6-09-312 xxxxx
Nombor plat kenderaanC

Etimologi sunting

Perkataan "Lipis" dipercayai berasal daripada nama sejenis tumbuhan yang tumbuh dengan banyak di kawasan daerah ini iaitu pokok serau lipis.

Perkataan "Lipis" juga dipercayai berasal daripada perkataan "lepas". Pada zaman dahulu, masyarakat di daerah ini menjadikan Sungai Lipis dan Sungai Jelai sebagai jalur pengangkutan utama untuk pergi ke setiap tempat. Oleh itu, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’.[3]

Pentadbiran sunting

 
Peta daerah Lipis

Daerah Lipis ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Lipis yang berpusat di Kuala Lipis. Daerah ini terbahagi kepada 10 buah mukim, tiga buah bandar dan lapan buah pekan. Terdapat 84 buah kampung yang terletak dalam daerah ini.[3]

Mukim

  1. Mukim Batu Yon
  2. Mukim Budu
  3. Mukim Cheka
  4. Mukim Gua
  5. Mukim Hulu Jelai
  6. Mukim Kechau
  7. Mukim Kuala Lipis
  8. Mukim Penjom
  9. Mukim Tanjung Besar
  10. Mukim Telang

Bandar dan pekan

  1. Bandar Kuala Lipis
  2. Bandar Benta
  3. Bandar Padang Tengku
  4. Pekan Padang Tengku
  5. Pekan Taman Jelai
  6. Pekan Penjom
  7. Pekan Mela
  8. Pekan Kerambit
  9. Pekan Rpsb Kg. Pagar
  10. Pekan Merapuh
  11. Pekan Kechau Tui

Geografi sunting

Daerah Lipis terletak di utara negeri Pahang, bersempadan dengan daerah Jerantut di timur, Raub di selatan, Cameron Highlands dan negeri Perak di barat serta Kelantan di utara. Daerah ini merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang dengan keluasan 5,198 kilometer persegi. Bentuk muka bumi daerah ini berupa dataran tanah tinggi terutamanya di kawasan utara daerah dengan ketinggian maksimum 2,135 meter manakala di kawasan selatan daerah berupa dataran tanah pamah.

Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Jelai dan Sungai Lipis.

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199168,276—    
200073,557+7.7%
201086,484+17.6%
202096,620+11.7%
Pecahan etnik di Lipis - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
88.1%
Cina
  
8.0%
India
  
3.6%
Lain-lain
  
0.3%
*Penduduk warganegara sahaja
Agama di Lipis - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
74.3%
Tidak beragama
  
8.5%
Buddha
  
7.3%
Kristian
  
4.3%
Hinduisme
  
3.4%
Lain-lain
  
2.2%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Lipis ialah seramai 96,620 orang dengan kepadatan penduduk 19 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 88 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2][4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.9. Terdapat 23,255 tempat kediaman dengan sebanyak 21,013 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 64 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lima ribu orang merupakan warga tua.[2]

Daerah Lipis juga didiami beberapa suku orang asli seperti suku Batek, Semaq Beri dan Jah Hut.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 81,343
Cina 7,339
India 3,336
Lain-lain 279
Bukan warganegara N/A 4,323

Agama sunting

Majoriti penduduk di daerah Lipis beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Penduduk tidak beragama membentuk kumpulan kedua paling ramai iaitu lapan peratus dari keseluruhan penduduk. Agama Buddha merupakan agama kedua paling ramai penganut diikuti Kristian, Hindu dan beberapa komuniti penganut agama kecil yang lain.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Laman, Pentadbir. index.php/ms/daerah/senarai-do "SENARAI PEGAWAI DAERAH" Check |url= value (bantuan). pdtlipis.pahang.gov.my. Dicapai pada 2017-11-28. |archive-url= is malformed: path (bantuan)
  2. ^ a b c d e Templat:Cite webv
  3. ^ a b "Portal Rasmi PDT Lipis". Dicapai pada 1 Jun 2023.
  4. ^ "Map ~ Stats Geoportal". Stats GeoPortal. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-05-31.