Litar pembezalayan Foster-Seeley

Dalam sistem telekomunikasi, ada bermacam-macam jenis litar yang digunakan untuk mengesan isyarat (pemodulatan frekuensi; frequency modulation, FM) dan pemodulatan fasa (phase modulation, PM). Pembezalayan Foster-Seeley (Foster-Seeley discriminator) merupakan salah satu daripadanya.

Isyarat FM dikenakan pada primer pengubah RF T1. Lilitan primer dan sekunder disalunkan pada frekuensi pembawa oleh C1 dan C2.Litar tertala selari pada primer T1 disambungkan pada pemungut litar penguat penghad Q1 yang membuang perubahan amplitud dalam isyarat FM.

Isyarat melintangi primer T1 akan melalui kapasitor C3 dan menjelma melintangi RFC.Voltan V3 yang menjelma melintangi RFC adalah sama dengan voltan melintangi T1 kerana C3 dan C5 adalah litar pintas pada frekuensi pembawa.

Litar sekunder T1 ialah sadap-tengah (center taps), oleh itu voltan V1 melintangi bahagian atas akan teranjak fasa keluar 180 darjah dengan voltan V2 melintangi bahagian bawah.

Voltan teraruh lilitan sekunder adalah teranjak fasa 90 darjah dengan voltan melintangi lilitan primer. Bila kedua-dua lilitan primer dan sekunder dalam keadaan salun, perhubungan fasa antara voltan primer dan sekunder adalah 90 darjah.

Ini bermaksud V1 dan V2 akan teranjak fasa 90 darjah dengan V3. Litar pembezalayan Foster-Seeley menggunakan dua litar pengesan diod yang sama seperti litar pengesan Pemodulatan Amplitud (Amplitude Modulation).

Litar pembezalayan ini amat sensitif kepada perubahan amplitud.Oleh itu isyarat FM mesti dilakukan ke litar pengehad (limiter circuit) untuk membuang sebarang perubahan amplitud yang ada.

Pada separuh kitar voltan primer, D1 beroperasi dan arus mengalir melalui R1 dan mengecas C4. Bagi separuh kitar berikutnya, D2 beroperasi dan arus mengalir melalui R1 dan mengecas C5.

Voltan melintangi R1 iaitu Va dan melintangi R2 iaitu VB adalah sama kerana V1 dan V2 adalah sama. Oleh kerana kedua-dua voltan ini adalah sama tetapi berbeza polariti, titik A ke bumi adalah sifar. Pada titik tengah frekuensi pembawa dengan tiada pemodulatan, keluaran litar penyahmodulatan ini adalah sifar.