Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik. Bagi pemasangan satu dan tiga fasa, litar pintas ialah percantuman diantara litar hidup dengan litar neutral bagi pendawaian tinggi dan juga di antara fasa hidup dengan litar neutral bagi pendawaian tiga fasa dan juga di antara fasa hidup dengan litar neutral bagi pendawaian satu fasa.

Dahan pokok yang mengakibatkan litar pintas semasa ribut

Definisi sunting

Litar pintas adalah sambungan berintangan sangat rendah antara dua titik yang berbeza voltannya di dalam litar elektrik secara tidak sengaja. Ia mengakibatkan lebihan arus elektrik mengalir melaluinya yang hanya dihadkan oleh rintangan setara Thevenin bagi sebahagian baki rangkaian pendawaian serta berpotensi mengakibatkan kerosakan litar, lampau panas, kebakaran atau letupan. Walaupun sebahagian besar kes litar pintas berlaku akibat kegagalan litar, ada juga kes di mana kejadian litar pintas adalah disengajakan.apaan

Di dalam analisis litar, istilah litar pintas digunakan bagi merujuk kepada sambungan berimpedans sifar di antara dua titik. Keadaan ini memaksa kedua-dua titik tersebut untuk berada pada voltan yang sama. Di dalam kes litar pintas unggul, ia bermaksud langsung tiada rintangan di dalam litar serta tiada jatuhan voltan sepanjang pintasan litar. Di dalam analisis litar ringkas, wayar elektrik itu sendiri adalah pemintas litar. Di dalam keadaan sebenar, kesan yang terhasil adalah sambungan dengan impedans menghampiri sifar, serta hampir tiada rintangan. Dalam kes tersebut, arus elektrik yang ditarik hanya dihadkan oleh baki litar elektrik tersebut.

Contoh sunting

Litar pintas mudah boleh dihasilkan dengan menyambungkan secara terus terminal positif dan negatif bateri dengan hanya menggunakan seutas wayar sahaja, mengakibatkan bateri menghasilkan sejumlah besar tenaga dalam masa singkat.

Di dalam perkakasan elektrik, litar pintas secara tidak sengaja biasanya disebabkan oleh penebat wayar elektrik yang sudah terkoyak atau reput, ataupun apabila terdapat bahan pengalir di antara wayar-wayar tersebut, menyebabkan arus elektrik mengalir pada arah yang tidak sepatutnya.

Arus yang besar melalui bateri (juga dipanggil sel elektrokimia) boleh menyebabkan pengumpulan haba yang pantas, berpotensi untuk mengakibatkan letupan atau kebocoran elektrolit dan gas hidrogen, yang boleh membakar tisu kulit dan boleh jadi asid atau bes. Wayar lampau beban juga boleh mengalami lampau panas, adakalanya mengakibatkan kerosakan pada penebat wayar dan seterusnya kebakaran. Keadaan berarus tinggi juga boleh berlaku apabila beban motor elektrik di dalam keadaan pegun akibat tersekat.

Di dalam bekalan elektrik sesalur, litar pintas boleh berlaku antara dua fasa, antara wayar fasa dengan wayar neutral atau antara wayar fasa dengan wayar bumi. Litar pintas sebegini mengakibatkan arus elektrik yang sangat besar mengalir serta mengaktifkan alat perlindungan lebihan arus. Walau bagaimanapun, litar pintas juga boleh berlaku antara wayar neutral dengan wayar bumi ataupun antara wayar fasa yang sama. Litar pintas sebegini boleh jadi berbahaya kerana ia tidak mengakibatkan arus besar mengalir dengan serta-merta; oleh itu ia sukar dikesan.

Mengikut Definisi Peraturan IEEE sunting

  • Nilai Arus tinggi maka nilai rintangan rendah
  • Arus litar pintas, Short Circuit Current atau arus lebih, Over Current.
  • Sistem perlindungan adalah dibawah syarikar utiliti dan pengguna.
  • Di bahagian utiliti, sistem perlindungan menggunakan pemutus litar jenis VCB atau ACB, Air Circuit Breaker.
  • Bagi kadaran 600VAU ke atas kadar arus litar pintas untuk pemutus litar berfungsi dengan selamat adalah berkadaran minima 50-60 kA. Ini bergantung dengan nilai arus litar pintas dengan nilai galangan atau rintangan, Impedence.
  • Di bahagian pengguna, sistem pemutus litar akan diaktifkan sebagai sistem perlindungan tambahan samada :

1) Earth Leakage Circuit Breaker ELCB

2) [[Residual Current Circuit

Kerosakan sunting

Kerosakan akibat litar pintas boleh dikurangkan atau dielakkan dengan memasang fius, pemutus litar, atau peranti perlindungan lebihan arus yang lain, yang memutuskan bekalan kuasa apabila lebihan arus dikesan. Alat perlindungan lampau beban mestilah dipilih menurut kepada arus litar pintas prospek maksimum di dalam litar. Misalnya, di rumah kediaman di Malaysia yang menggunakan sistem 230 +10% -6% volt dan 400 +10% -6% volt, peralatan elektrik berkuasa elektrik seperti ketuhar dan pembersih hampagas biasanya menggunakan sekitar 8 hingga 13 ampere, maka peralatan tersebut dilindungi dengan memasang fius 13 ampere. Di dalam pendawaian sesebuah bangunan, tolok dawai adalah ditetapkan di dalam peraturan elektrikal pembinaan, maka tolok dawai yang betul mesti dipilih sesuai dengan tahap kegunaan elektrik bagi memastikan pengendalian elektrik yang selamat sekaligus melindungi pengguna daripada bahaya litar pintas.

Bagi sistem di dalam TNB, istilah neutral terputus atau Floating Neutral bagi sistem pengagihan, litar dalam keadaan BUKA dan tidak melengkapkan litar. Perbezaan fasa akan berlaku antara fasa ke fasa (dianggarkan 400 Volt) dan boleh mengakibatkan peralatan pengguna terbakar dan rosak. Sekiranya pembumian di tiang spun tidak berfungsi mengalirkan arus lebihan .

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting