Lockheed AC-130 Spectre adalah sejenis pesawat meriam (gunship) untuk misi serangan darat yang dilengkapi dengan persenjataan berat. Kerangka asas pesawat ini dikeluarkan oleh Lockheed, manakala Boeing pula dipertanggungjawabkan untuk menukarkan pesawat ini kepada kapal terbang bersenjata dan perkhidmatan sokongan lanjut kepada pesawat.[1] Pesawat ini adalah salah satu pesawat kelainan bagi versi kapal terbang pengangkut C-130 Hercules. Ia telah mengambil alih peranan kapal terbang AC-47 Gunship I semasa Perang Vietnam.

AC-130 SPECTRE / SPOOKY
Penerangan
Jenis Pesawat serangan darat dan Pesawat meriam bantuan rapat udara
Pengeluar Lockheed dan Boeing
Kos seunit AS$132.4 juta (AC-130H)
AS$190 juta (AC-130U) pada 2001
Penerbangan sulung 1966, AC-130A
1990, AC-130U
Pengguna pertama Tentera Udara Amerika Syarikat
Krew 13
Jumlah dibina 43 buah - semua versi
Status Aktif
Dimensi
Panjang 29.8 m
Tinggi 11.7 m
Rentas sayap 40.4 m
Luas sayap 162.2 m²
Berat
Berat berlepas maksimum 69,750 kg
Janakuasa
Kipas 4× Allison T56-A-15 kipas-turbo, 3,700 kW setiap enjin
Persenjataan
Meriam Sila rujuk spesifikasi pesawat
Prestasi
Kelajuan maksimum 260 knots (300 bsj, 480 km/j)
Jarak tempur 4,070 km
Altitud tertinggi 9,100 m

Tentera Udara Amerika Syarikat merupakan satu-satunya pengguna kapal terbang ini, yang mana menggunakan pesawat AC-130H Spectre dan AC-130U Spooky. Kuasa kapal terbang ini dijana oleh empat turbin kipas dan dilengkapi dengan senjata daripada 20 mm meriam Gatling hingga 105 mm meriam howitzer. Kebiassaannya anak kapal kapal terbang ini adalah 12 - 13 orang.

Tentera Udara A.S menggunakan pesawat meriam AC-130H Spectre untuk bantuan rapat udara, larangan udara dan peninjau bersenjata. Misi lain termasuk pertahanan sempadan dan tetap, pengiring, pendaratan, penyokong zon hantar dan ambil, kawalan udara hadapan, pemerintah dan kawalan terhad, dan cari dan menyelamat tempur.

Kapal terbang yang bersenjata berat ini dilengkapi dengan senjata tembak sisi yang disepadukan dengan deria canggih, sistem tembakan dan navigasi untuk membenarkan kuasa tembakan tepat (surgical firepower) atau melebar seluruh kawasan untuk masa yang lanjut, pada waktu malam dan cuaca buruk.

Pengesan lengkap termasuk penderia televisyen aras cahaya rendah dan penderia infra. Radar dan penderia elektronik juga memberikan kapal terbang penembak kaedah berkesan untuk mengenal pasti tentera darat sahabat termasuk penghantaran peluru yang berkesan dalam keadaan cuaca buruk. Sistem navigasi termasuk sistem navigasi lengai dan sistem kedudukan sejagat.

Skuadron pesawat meriam ini merupakan sebahagian daripada Arahan Operasi Khas Tentera Udara dan kesemua kapal terbang ini ditempatkan di Hurlburt Field di Barat Laut Florida.

Pembangunan sunting

Pesawat C-130 Hercules telah dipilih untuk mengantikan pesawat AC-47 Spooky (Bahasa Melayu : Menakutkan atau Hembusan Si Naga Ajaib) semasa Perang Vietnam, disebabkan keupayaannya untuk membawa persenjataan berat, kuantiti yang lebih banyak, dan daya ketahanan yang tinggi.

Pada tahun 1967, pesawat JC-130A 54-1626 Tentera Udara A.S telah dipilih untuk ditukarkan menjadi prototaip bagi pesawat bersenjata AC-130A. Pengubahsuaian ini disiapkan pada tahun yang sama di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson, oleh Aeronautical Systems Division. Teleskop malam pandangan terus dipasang di pintu hadapan, Pandangan Hadapan Infra Merah (FLIR) awal dipasang pada bahagian hadapan ruang tayar di sebelah kiri, dan meriam Gatling dilekapkan menghadap ke arah bawah dan buritan sepanjang bahagian kiri. Prototaip komputer kawalan tembakan analog telah dihasilkan oleh Komander Udara Tentera Udara Diraja British, Tom Pinkerton di Makmal Avionik, Tentera Udara A.S. Ujian penerbangan prototaip pesawat ini dilakukan di Pangkalan Tentera Udara Eglin, diikuti ujian dan ubahsuai yang lebih lanjut. Pada bulan September 1967, pesawat ini disahkan telah bersedia untuk ujian pertempuran dan telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Nha Trang, Vietnam Selatan untuk melalui program ujian selama 90 hari.[2] Berikutan kejayaan ini, beberapa unit tambahan pesawat AC-130A telah dibina dengan menggunakan peralatan yang serupa dan komputer analog versi pengeluaran. Pesawat bersenjata asal iaitu 54-1626 dipamerkan di Muzium Kebangsaan Tentera Udara A.S.

Pada waktu ini, pesawat AC-130 disokong oleh pesawat AC-119 Shadow Gunship III, yang mana tidak dapat menampung beban peperangan. Pada tahun 1970, tambahan sebanyak 12 buah pesawat AC-130A telah diperolehi di bawah projek "Pave Pronto". Tidak mengira apa pun nama projek, pesawat ini lebih dikenali sebagai nama panggilan skuadron Spectre.

Spesifikasi sunting

  • Anak kapal : 13 orang
    • Pegawai : 5 (juruterbang, pembantu juruterbang, jurumudi, pegawai kawalan tembakan, pegawai peperangan elektronik)
    • Anggota lain : 8 (jurutera penerbangan, operator TV, operator alat pengesan infra merah, loadmaster, 4 orang penembak udara)
  • Panjang : 29.8 m
  • Bukaan sayap : 40.4 m
  • Tinggi : 11.7 m
  • Luas sayap : 162.2 m²
  • Berat berlepas maksimum : 69,750 kg

Persenjataan sunting

 
Tembakan dari AC-130 sewaktu senja. Perhatikan cahaya penyurih dan asap daripada meriam Gatling.
 
Krew pesawat AC-130 sedang mengisi rantaian peluru 40 mm Bofors.
AC-130A Project Gunship II
AC-130A Surprise Package, Pave Pronto, AC-130E Pave Spectre
AC-130E Pave Aegis and AC-130H Pave Spectre II
AC-130U "Spooky" Gunship

atau

Tingkat upaya sunting

 
Pesawat AC-130 sedang melepaskan suar

Satu program baru telah bermula untuk menaik taraf persenjataan pada pesawat AC-130 yang sedang berada dalam perkhidmatan. Meriam 25 mm GAU-12/U dan 40 mm Bofors akan digantikan dengan 2 meriam Mk 44 Bushmaster II 30 mm.[4] Pesawat pertama telah disiapkan dan telah menyambung perkhidmatannya manakala 3 buah lagi akan menyusul sebelum Disember 2007, proses naik taraf untuk kesemua pesawat akan dilengkapkan pada tahun 2010. Terdapat juga rancangan untuk menukar meriam howitzer M102 dengan mortar 120 mm suapan bawah, dan keupayaan standoff dengan menggunakan samada peluru berpandu AGM-114 Hellfire, Sistem Senjata Pembunuh Tepat Termaju (berdasarkan roket Hydra 70), atau bom luncuran Viper Strike.[5]

Tentera Udara A.S memutuskan untuk menggunakan meriam Bushmaster II disebabkan oleh 2 alasan. Pertama, meriam Bofors 40 mm telah menjadi suatu kesulitan untuk diselenggara, dan kesukaran untuk mendapatkan alat ganti. Kedua, meriam 25 mm walaupun ia senjata yang berguna, kekurangan peluru dengan keupayaan semburan udara, dan keupayaannya yang tidak begitu baik disebabkan oleh tembakan yang berselerak. Oleh itu, pilihan untuk perolehan jenis peluru yang paling diinginkan adalah meriam 30 mm Bushmaster II adalah lebih mudah.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Kapal terbang bersenjata Boeing AC-130U
  2. ^ Senarai fakta AC-130A Muzium Kebangsaan Tentera Udara A.S
  3. ^ "Pesawat bersenjata Spooky dipasang dengan meriam baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-22. Dicapai pada 2008-05-15.
  4. ^ "30 mm Dimana sahaja - Muka surat strategi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-02. Dicapai pada 2008-05-15.
  5. ^ "Sistem Persentajaan Bersepadu Masa Depan untuk Pesawat AC-130 Gunship (PDF)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-02-21. Dicapai pada 2008-05-15.
  6. ^ "Pesawat bersenjata Spooky dipersenjatai dengan meriam baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-24. Dicapai pada 2008-05-15.

Pautan luar sunting

Pesawat setanding sunting


Lihat juga sunting