Lombong dedah merujuk kepada teknik perlombongan yang mengeluarkan semua batuan dan galian dari Bumi.

Lombong tembaga El Chino
Kapal korek di South Milwaukee, Wisc, A.S.

Kaedah lombong dedah merupakan salah satu kaedah yang telah diperkenalkan oleh pelombong Cina di Tanah Melayu sekitar akhir kurun ke-18. Hasil daripada pengenalan kaedah tersebut, pelombong Cina telah menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sekitar akhir kurun ke-18 sehingga 1912 berbanding pengusaha bijih timah Eropah.

Kaedah ini lebih selamat dan murah serta menggunakan peralatan seperti pam kerikil, kapal wap dan sebagainya. Bagaimanapun kaedah ini memerlukan tenaga buruh yang ramai yang mendorong peningkatan dalam jumlah pendatang Cina yang dibawa masuk untuk bekerja dilombong sebegini. Namun, penguasaan pelombong Cina terhadap industri bijih timah di Tanah Melayu berakhir apabila pengusaha Eropah mula memperkenalkan kaedah kapal korek yang ternyata lebih menguntungkan dengan pengeluaran yang boleh dilakukan secara besar-besaran