London Overground (LO) adalah sebuah perkhidmatan kereta api bandar di London.[1] Perkhidmatan ini telah diuruskan oleh London Overground Rail Operations sejak 2007 dan juga merupakan sebahagian dari rangkaian National Rail, di bawah kawalan dan jenama francais Transport for London (TfL). Rangkaian ini terbentuk daripada lima laluan iaitu; laluan London Utara, laluan London Barat, laluan Watford DC, laluan Gospel Oak–Barking dan laluan London Timur.[2]

London Overground
Umum
PemilikRail for London Ltd; sebahagian dari Transport for London (TfL)
LokasiLondon Raya; Three Rivers; Watford, UK
Jenis transit
Kereta api komuter
Jumlah laluan/aliran
5
Jumlah stesen
78 (83 pada Mei 2012)
Bil. penumpang harian
kira-kira 30,000
Operasi
Mula beroperasi
2007
PengendaliLondon Overground Rail Operations
(sehingga 2014 atau 2016)
Tanda pelaporan
LO (National Rail)
Teknikal
Panjang sistem
86 km (53.4 batu)
Tolok landasan
Piawai
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Logo Overground logo seperti yang dipampangkan dalam peta London Underground.

Sejarah sunting

Templat:Infobox Rail companies

Latar belakang sunting

Perkhidmatan kereta api di Great Britain diuruskan melalui sistem franchis dan dijalankan oleh beberapa buah syarikat keretea api swasta, bawah jenama National Rail. Walau bagaimanapun London Underground bukan salah satu perkhidmatan National Rail kerana diuruskan oleh Transport for London (TfL).

Satu skema perintis telah dilancarkan pada tahun 2003 untuk menjenamakan semua perkhidmatan kereta api National Rail di kawasan London sebagai Overground Network. Melalui skim ini, TfL menyediakan paparan maklumat kereta api yang konsisten, papan tanda stesen dan peta-peta perkhidmatan di kawasan-kawasan terpilih di sekitar London Selatan. Langkah ini menunjukkan keberkesanan TfL untuk mengambilalih perkhidmatan National Rail di London, walaupun skim ini telahpun diberhentikan.

Pada Januari 2004, Jabatan Pengangkutan mengumumkan ulasan mengenai industri kereta api United Kingdom.[3] Sebahagian ulasan itu menyentuh tentang cadangan Transport for London untuk menubuhkan suatu "Perbadanan Kereta Api Serantau London", supaya TfL berkuasa terhadap perkhidmatan kereta api dalam kawasan Greater London.[4]

Perundingan telah dibuat bagi memindahkan pentadbiran asal franchis kereta api Silverlink ke dalam pentadbiran TfL. Ini merupakan hanya satu-satunya langkah untuk mewujudkan perbadanan kereta api serantau London.[5]

Franchis Silverlink merangkumi dua perkhidmatan kereta api iaitu Silverlink County (perkhidmatan dari Euston ke Northampton, St Albans Abbey, Bletchley dan Bedford); dan Silverlink Metro (menyediakan perkhidmatan dalam kawasan bandar London). Pada tahun 2007, setelah francis ini diambil alih, perkhidmatan kereta api Silverlink County dipindah masuk dalam francis London Midland[6], manakala perkhidmatan kereta api Silverlink Metro diletakkan bawah TfL.

Kenyataan terawal sunting

Pada 20 Februari 2006, Jabatan Pengangkutan telah mengumumkan bahawa TfL akan mengambilalih perkhidmatan Silverlink Metro.[7] Tender-tender dipelawa daripada kontraktor berpotensi untuk menguruskan perkhidmatan ini yang diberi nama sementara Kereta Api London Utara. Pada 5 September 2006, pengumuman jenama London Overground telah dibuat, dan juga Laluan London Timur dan projek pemanjangannya turut disahkan untuk dimasukkan dalam perkhidmatan ini.

Pelancaran sunting

 
Kereta api Capitalstar 378017 Kelas 378 di Richmond pada 26 September 2009.

Pada 11 November 2007, TfL secara rasminya mengambil alih perkhidmatan kereta api Kereta Api London Utara, yang merupakan francis Silverlink Metro. Upacara perasmian secara rasmi diadakan di Hampstead Heath oleh Ken Livingstone, Datuk Bandar London pada waktu itu dengan sidang media diadakan di platform stesen Willesden Junction yang sudah tidak digunakan.

Pelancaran ini diiringi dengan kempen pemasaran bertemakan "set kereta api baru London". Poster-poster dan risalah-risalah dengan gambar model kereta api yang mengandungi kereta api Overground yang baru, landasan kereta api dan pekerja-pekerja.[8]

Sejak mula-mula lagi TfL telah memberi pengubahsuaian terhadap perkhidmatan itu dengan menambah kekerapan perkhidmatan kereta api, meletakkan pekerja-pekerja di semua stesen, menambah baik kemudahan-kemudahan yang ada di semua stesen, memulakan perkhidmatan gerabak-gerabak kereta api (rolling stock) yang baru dan juga menambah kemudahan pembayaran tambang menggunakan kad Oyster. [9]

Semua stesen telah diselenggara dan diberi rupa baru[10] serta identiti jenama Silverlink dibuang. Papan tanda stesen diganti baru dengan menggunakan piawai korporat TfL misalnya penggunaan fon Johnston.[10][9]

Pada 15 April 2009, platform-platform di Stratford yang menyediakan perkhidmatan ke laluan London Utara telah dipindahkan ke platform aras tinggi (platform 1 dan 2) daripada platform lama yang terletak di aras rendah. Platform lama ini diubahsuai untuk menyediakan perkhidmatan Docklands Light Railway ke Stratford International yang bakal dibuka pada awal tahun 2011. Platform 1 dan 2 merupakan platform tengah yang mesra kerusi roda. Platform ini bersambung dengan platform 12 dan menyediakan laluan bawah tanah untuk ke platform 3–11.

Manakala pada 27 September 2009, Imperial Wharf dibuka dalam perkhidmatan laluan London Barat. Stesen ini terletak di antara stesen Tube West Brompton dan Clapham Junction.

Pemanjangan laluan London Timur sunting

 
Proses menempatkan jejambat landasan kereta api Overground baru di Shoreditch High Street

Pada 27 April 2010, laluan London Timur dijadikan sebahagian rangkaian London Overground setelah pemanjangan Fasa 1 laluan ini disiapkan.[11] Laluan London Underground terdahulu telah dipanjangkan (yang merentasi jejambat stesen Broad Street ke stesen Dalston Junction yang dibuka semula ke arah utara; dan dari Crystal Palace ke West Croydon ke arah selatan) menggunakan landasan Laluan Utama Brighton yang sedia ada. Perkhidmatan percubaan terhad mula dijalankan dari Dalston Junction ke New Cross / New Cross Gate[12]. Hanya pada 23 Mei, perkhidmatan lengkap dari Dalston Junction ke West Croydon/Crystal Palace mula dijalankan.[13]

Pengendali sunting

London Overground dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta iaitu London Overground Rail Operations (LOROL). Seperti Docklands Light Railway, TfL menyediakan tender terbuka bagi pentadbiran Overground. Tidak seperti francis National Rail, TfL berhak untuk menyelaraskan harga tambang, menyediakan gerabak kereta api dan menetapkan aras khidmat. Pengendali akan mendapat elemen risiko hasil dengan 90% daripadanya akan diterima oleh TfL, manakala 10% selebihnya disimpan oleh pengendali. Pengendali juga diberi tanggungjawab sepenuhnya dari segi pengumpulan hasil.

Pembida tender ialah MTR Laing (usaha sama sama rata antara MTR Corporation dan Laing Rail, Govia, National Express Group (pengendali Silverlink) dan NedRailways. Pada Disember 2006, pembida dihadkan kepada Govia dan MTR Laing, dan syarikat-syarikat ini terpilih untuk memberi tawaran bidaan yang lebih baik.[14] Pada 19 Jun 2007, MTR Laing diumumkan memenangi bida tender ini.[15]

Perjanjian tujuh tahun dimanterai pada 2 Julai 2007, dengan pilihan untuk memanjangkan tempoh perjanjian selama dua tahun.[16] Sebagai persediaan kepada pelancaran Overground, MTR Laing ditukar nama kepada London Overground Rail Operations Ltd (LOROL).

Pada Disember 2007, syarikat induk John Laing plc iaitu Henderson Group telah menjual Laing Rail, yang terdiri daripada separuh bahagian LOROL, Kereta Api Chiltern dan juga kepentingan-kepentingan dalam syarikat pengendali kemudahan kereta api terbuka Wrexham & Shropshire. Pada April 2008, pengendali kereta api bagi kerajaan negara Jerman, Deutsche Bahn, membeli Laing Rail. Deutsche Bahn sekarang memiliki 50% kepentingan dalam LOROL. [17]

Sistem sedia ada sunting

 
Rangkaian awal London Overground pada November 2007 (coretan jingga) dan juga laluan London Timur pada 2010 (coretan jingga pudar).[18]

Rangkaian asal, aras khidmat dan jadual waktu perjalanan adalah merupakan perselanjaran dengan perkhidmatan Silverlink Metro. Perkhidmatan Overground, seperti yang ditonjolkan melalui namanya, mencakupi landasan atas permukaan tanah. Kebanyakan landasan ini menghubungkan kawasan di luar London Tengah, dengan majoritinya terletak di Zon 2 Travelcard. London Overground juga menyediakan perkhidmatan ke London Tengah iaitu ke Euston, yang merupakan stesen pernghujung laluan Watford DC.[2][19]

Laluan perkhidmatan sunting

Berikut ialah laluan-laluan yang membentuk London Overground:

Rangkaian ini berhubung dengan laluan Bakerloo, Central, District, Hammersmith & City, Jubilee, Northern dan Victoria dan juga Docklands Light Railway. Perkhidmatan London Overground juga dipaparkan dalam peta London Underground yang dikeluarkan oleh Transport for London.[21] Terdapat juga peta berasingan yang dikeluarkan, menunjukkan hanya perkhidmatan London Overground.[22]

Kekerapan perkhidmatan sunting

Berikut ialah anggaran kekerapan kereta api bagi setiap perkhidmatan.

  • Laluan London Utara : empat buah gerabak kereta api setiap jam; Isnin hingga Sabtu. Selepas jam 20:00, akan terdapat tiga buah sejam. Dua buah sejam pada hari Ahad.
  • Laluan London Barat : lazimnya dua buah setiap jam dengan penambahan perkhidmatan pada waktu puncak.
  • Laluan Gospel Oak–Barking : lazimnya dua buah setiap jam; empat buah sejam pada waktu puncak.
  • Laluan Watford DC : tiga buah sejam, Isnin hingga Sabtu; dua buah sejam pada hari Ahad.
  • Laluan London Timur : empat buah sejam, yang menyediakan perkhidmatan ke arah setiap stesen penghujung (menghadap arah selatan), menjadikan 12 buah setiap jam yang merentasi kawasan tengah dari Surrey Quays ke Dalston Junction.

Stesen dalam perkhidmatan sunting

Berikut ialah senarai stesen perkhidmatan London Overground:

Laluan London Utara Laluan London Barat Laluan Watford DC Laluan Gospel Oak–Barking Laluan London Timur

*Kemudahan mesra kerusi roda hanya terdapat di platform ke arah timur sahaja.


* Kemudahan mesra kerusi roda hanya terdapat di platform menuju ke London sahaja.
~ Kemudahan mesra kerusi roda hanya terdapat di platform ke arah selatan sahaja.
^ Kemudahan mesra kerusi roda hanya terdapat di platform perkhidmatan Overground dan perkhidmatan National Rail menuju ke arah selatan sahaja.

Tiket sunting

 
Tiket London Overground yang serupa dengan rekaan tiket National Rail dengan roundel Transport for London di tengah-tengahnya.

Dalam perkhidmatan Overground, tiket kertas dan kad Oyster digunakan. Penumpang juga dibolehkan untuk menggunakan semua jenis Travelcard (sama ada Travelcard harian, mingguan, bulanan dan tahunan), dan juga tiket kertas sehala, tiket kertas pergi balik dan juga tiket kertas pergi balik pakej murah yang tertakluk kepada skim tambang berzon, seperti semua perkhidmatan National Rail dan TfL di London. Penggunaan kad Oyster secara lalu dan bayar (pay-as-you-go, PAYG) turut dibenarkan.

Sebagai langkah untuk meningkatkan keselamatan dan juga memastikan mendapat pulangan hasil, TfL akan memasang pintu tiket di beberapa buah stesen. Ini disebabkan oleh pada asalnya stesen-stesen sedemikian tidak mempunyai penghadang seumpamanya, tetapi hanya mempunyai pembaca kad Oyster. Pembaca kad Oyster di stesen Tube Blackhorse Road juga todak lagi digunakan.

Tiket kertas Overground masih lagi menggunakan penampilan tiket perkhidmatan National Rail tetapi dengan pertindihan imej roundel TfL di bahagian tengah tiket dan motif Rail Settlement Plan yang berwarna hijau pudar.

Tambang perjalanan sunting

Seperti perkhidmatan London Underground dan Docklands Light Railway, Overground juga menggunakan skim yang serupa bagi tambang perjalanan berdasarkan zon. Semua stesen yang terletak di luar Greater London telahpun dikelaskan dalam Zon 7, 8 dan 9 Travelcard yang beru diperkenalkan, kecuali stesen Watford Junction yang dikenakan tambang khusus. Pengelasan zon bagi stesen Acton Central, Hampstead Heath dan Willesden Junction pula dirombak pada 2 Januari 2008 untuk menyelaraskan tambang yang lebih fleksibel.[23] Tiket kertas juga diletakkan harga tambang yang lebih mahal berbanding tambang yang dijelaskan melalui kad Oyster lalu dan bayar.

Pemantauan prestasi sistem sunting

Walaupun Overground ini merupakan perkhidmatan TfL, sistem ini dipantau untuk prestasi sebagai sebahagian rangkaian National Rail, tidak seperti London Underground. Hasil kajian Office of Rail Regulation (ORR) yang terkini bagi tempoh Januari hingga Mac 2010 telah menunjukkan Overground telah mencapai 92.7 peratus dari segi jangkaan Ukuran Prestasi Awam (Public Performance Measure, PPM) untuk ketepatan waktu dan kebolehpercayaan. Angka ini hampir serupa dengan PPM purata bagi semua syarikat kereta api London dan bahagian barat daya England.[24] TfL juga telah mengadakan penyelidikan prestasi Overground daripada perspektif penumpang dengan menggunakan data sistem tiket kad Oyster dengan Institut Teknologi Massachusetts.[25]

Manakala Kajian Penumpang Negara (National Passenger Survey) keluaran musim bunga tahun 2010 yang dijalankan oleh Passenger Focus mendapati bahawa Overground diletakkan pada kedudukan paling bawah carta kadaran kepuasan bagi mana-mana syarikat kereta api United Kingdom. Overground mendapat sebanyak 72 peratus.[26]

Rolling stock sunting

 
Kereta api London Overground Capitalstar kelas 378 pada Ogos 2009.
 
Tempat duduk ala-ala kereta api London Underground di dalam kereta api kelas 378.
 
Kereta api Kelas 313, dahulunya digunakan dalam perkhidmatan kereta api Silverlink, dan sekarang tidak digunakan lagi dalam perkhidmatan London Overground.

Transport for London telah memperkenalkan penggunaan kereta api rolling stock terbaharu selepas mengambil alih perkhidmatan Silverlink dalam tempoh antara tiga dan lima tahun. Pada tahun 2009, kereta api Capitalstar Kelas 378 baharu yang ditempa oleh Bombardier Transportation telah digunakan dalam perkhidmatan. 24 buah set kereta api tiga gerabak telah diletakkan dalam laluan London Utara[1] manakala dalam tahun 2011 satu lagi gerabak bakal ditambah pada setiapnya apabila projek pemanjangan selesai. Di laluan London Timur, sebanyak 20 buah set telahpun diguna dalam perkhidmatan dan bakal ditambah lagi sebanyak tiga buah set.[27]

Kereta api elektrik Kelas 378 baharu telahpun ditonjolkan di stesen Willesden Junction pada 13 Julai 2009. Ciri-ciri kereta api ini menyerupai ciri-ciri kereta api yang digunakan dalam perkhidmatan London Underground seperti tempat duduk sisi dan tempat penumpang berdiri yang lebih luas supaya dapat memuatkan banyak penumpang pada satu-satu masa. Selain itu juga, kereta api ini dilengkapi dengan pendingin hawa [28][29] Percubaan awal pengendalian gerabak ini dilakukan dan dari masa ke masa digunakan penuh dalam mana-mana perkhidmatan. Kereta api Capitalstar ini secara rasminya mula digunakan pada Julai 2009.[30]

Set kereta api terkini sunting

 Kelas  Imej Jenis  Kelajuan maksimum   Nombor   Bil. gerabak setiap set   Susunan tempat duduk   Perkhidmatan   Tahun pembuatan 
 bsj   km/j 
Kelas 172/0 Turbostar   unit tren diesel berganda 75 120 8 2 2+2 Gospel Oak-Barking 2010
Kelas 378/0 Capitalstar   unit tren elektrik berganda 75 120 24 3 tempat duduk sisi London Utara
Watford DC
London Barat
2008–2010
Kelas 378/1 Capitalstar   unit tren elektrik berganda 75 120 20 4 tempat duduk sisi London Timur 2009–2010
Kelas 378/2 Capitalstar*   unit tren elektrik berganda 75 120 10 4 tempat duduk sisi London Timur**
London Utara
Watford DC
London Barat
2010–

*Kereta api kelas 378/0 akan dikenali sebagai Kelas 378/2 apabila ditambah sebuah lagi gerabak.
**Perkhidmatan kereta api kelas 378/2 jarang-jarang digunakan dalam perkhidmatan laluan London Timur.

 
 

Set kereta api terdahulu sunting

 Kelas  Imej Jenis  Kelajuan maksimum   Nombor   Bil. gerabak setiap set   Perkhidmatan   Tahun dibina   Nota
 bsj   km/j 
Kelas 313/1   unit tren elektrik berganda 75 120 8 3 Watford DC 1976-1977
(Diperbaiki dan diubahsuai sepanjang 1997-2001)
Set kereta api terakhir ditamatkan penggunaanya pada September 2010. 20 buah set kereta api diserah milik kepada syarikat kereta api Southern untuk digunakan dalam perkhidmatan South Coast. Tiga buah lagi diberikan kepada syarikat First Capital Connect untuk digunakan dalam perkhidmatan subbandar Great Northern.
Kelas 508/3   unit tren elektrik berganda 75 120 2 3 Watford DC 1979-1980
(Diperbaiki dan diubahsuai dalam 2003)
Ditamatkan penggunaanya pada Mac 2008 dan dipindah milik kepada syarikat Merseyrail.
Kelas 150/1 Sprinter   unit tren diesel berganda 75 120 6 2 Gospel Oak-Barking 1984-1987 Set kereta api terakhir ditamatkan daripada perkhidmatan pada 28 Oktober 2010.
 

Penjenamaan sunting

 
Roundel London Overground di papan tanda Sydenham.
 
Huruf 3D di stesen Shadwell.

Tampakan visual Overground masih lagi dikekalkan dengan piawai reka bentuk TfL, serupa dengan unsur-unsur publisiti Underground berasaskan reka bentuk asal Frank Pick. Reka bentuk ini akan juga ditampilkan pada gerabak-gerabak kereta api baru.

Roundel TfL, iaitu simbol bar dan bulatan bagi pengangkutan London, juga digunakan dalam sistem Overground. Identiti Overground merupakan bulatan berwarna jingga dan bar berwarna biru.[31] Roundel ini merupakan rekaan asal London Passenger Transport Board yang ditampilkan pada tahun 1933 dan pada waktu sekarang roundel ini diaplikasikan dalam pelbagai jenis sistem pengangkutan lain yang lain seperti bas dan kapal Sungai Thames.[32]


Bagi perkhidmatan Overground, warna piawai korporat Pantone 158C digunakan.[31] Dalam peta London Underground, Overground ditampilkan sebagai garis kembar yang berwarna jingga seperti Docklands Light Railway untuk menandakan bahawa Overground ini bukanlah perkhidmatan Underground.[21]

Papan tanda korporat dan dokumen-dokumen rasmi menggunakan fon jenis Johnston seperti juga perkhidmatan TfL yang lain.[31] Beberapa buah stesen yang baru diubahsuai juga menonjolkan nama stesen dalam huruf besar 3D.

Penseragaman sunting

Gerabak-gerabak kereta api baharu telahpun digayakan dengan rupa bentuk London Overground. Rupa bentuk ini serupa dengan seragam London Underground – gerabak berwarna kelabu pudar, coretan melintang tebal berwarna biru dan coretan berwarna jingga di bahagian bawah gerabak, roundel London Overground yang berada di tengah-tengah setiap gerabak, dan pintu berwarna jingga. Hadapan dan belakang gerabak diwarnakan kuning untuk menepati piawaian National Rail.[31]

Gerabak asal Silverlink pula dikekalkan tampakan seragam dengan warna ungu dan hijau daun, dan pintu berwarna kuning. Logo Silverlink dibuang dan digantikan dengan logo Overground bagi kebanyakan gerabak.

Lambang Overground yang diletakkan pada gerabak British Rail Class 313 yang mengekalkan seragam Silverlink.
Gerabak baru 378007 di Richmond dengan tampakan seragam baharu.

Perancangan masa hadapan sunting

 
Sistem London Overground seperti yang telah dirancang untuk masa hadapan

Pengembangan rangkaian Overground telah diwara-warakan oleh TfL sebagai strategi dalam sistem pengangkutan. Dengan penambahan dua laluan baru dalam Overground, suatu perkhidmatan kereta api lingkaran dapat dibentuk. Laluan London Timur telahpun dilengkapkan manakala dana telah dikumpul untuk kerja-kerja pengubahsuaian laluan London Selatan pada tahun 2009.[33] Peta gambaran rangkaian Tube pada tahun 2010 juga telah dikeluarkan pada tahun 2008 lagi kepada media cetak untuk menunjukkan potensi keseluruhan rangkaian.]]

Laluan London Utara sunting

Kereta api tiga gerabak digunakan untuk mengangkut penumpang di laluan ini. TfL sedang berusaha untuk memulakan perkhidmatan kereta api empat gerabak. Oleh sebab yang demikian, pada 20 Februari hingga 31 Mei 2010, perkhidmatan Overground di antara Gospel Oak dan Stratford telah dihentikan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembesaran platform dan pemasangan sistem lampu isyarat baharu. Selain itu juga, pemasangan landasan baharu turut dilaksanakan. Bagi stesen-stesen lain di laluan ini, perkhidmatan kereta api diteruskan dengan kadar yang terhad, manakala perkhidmatan pada setiap hari Ahad dibatalkan.[34]

Laluan London Timur sunting

 
Ini bakal menjadi platform perkhidmatan menghala ke arah utara di stesen Dalston Junction.

Perkhidmatan laluan London Timur menghala ke arah utara hanyalah sampai di Dalston Junction sejak laluan ini dibuka semula pada tahun 2010. Laluan ini asalnya dirancang untuk dipanjangkan sehingga Dalston Junction yang berada di bahagian selatan laluan London utara. Tetapi pada September 2006, Ken Livingstone, Datuk Bandar London pada waktu itu, mencadangkan supaya laluan ini dipanjangkan hingga ke Highbury & Islington, melalui Canonbury.[1]

Perkhidmatan ke Highbury & Islington ini dijangka dibuka pada bulan Mei 2011. Kekerapan perkhidmatan di laluan ini dikhabarkan berjalan setiap tujuh ke lapan minit. Perjalanan dari Dalston Junction ke Highbury & Islington mengambil masa sebanyak enam minit. Kemudahan ini membolehkan penumpang membuat pertukaran perkhidmatan untuk ke laluan Victoria dan laluan Northern City (First Capital Connect)di stesen Highbury & Islington.[35]

Laluan Watford DC sunting

 
Stesen penghujung London Overground, Watford Junction

TfL telah merancang untuk memanjangkan laluan Bakerloo ke Watford Junction[36].

Laluan London Selatan sunting

 
Jejambat landasan kereta api yang merentasi Brixton.

Fasa ke-2 projek pemanjangan laluan London Timur akan menghubungkan Surrey Quays ke rangkaian laluan London Bandar Selatan dan juga ke Clapham Junction.[37] Setelah siapnya projek ini, rangkaian kereta api lingkaran sekitar London Tengah dapat dibentuk. Projek ini dijangka siap pada bulan Mei 2012.[38]

Laluan London Selatan ini akan mencapah keluar dari laluan London Timur yang berada di selatan Surrey Quays. Landasan kereta api milik Syarikat Kereta Api London Timur yang telah ditutup akan kembali dibuka.[39] Laluan ini akan melalui jambatan yang dibina merentasi Surrey Canal Road ke Old Kent Road Junction. Dari Denmark Hill hingga Wandsworth Road kereta api akan menggunakan landasan sedia ada dan kemudiannya membelok di Factory Junction. Selepas melalui Battersea, di Clapham Junction, kereta api akan memasuki kembali landasan Overground di bahagian laluan London Barat. Tiada maklumat terkini tentang kedudukan platform pekhidmatan kereta api bagi perkhidmatan laluan London Selatan di Clapham Junction.

Perkhidmatan laluan London Selatan akan melalui Loughborough Junction dan Brixton tetapi tidak akan berhenti di stesen-stesen ini. Cadangan ini dikritik kerana tidak memberi pertukaran perkhidmatan dengan kereta api Thameslink dan laluan Victoria.[40][41] Dalam perancangan semasa, stesen-stesen ini tidak mungkin dapat dibina dalam apa-apa jua disebabkan oleh landasan itu sendiri yang telahpun ditegakkan di atas gerbang.[42]

TfL pada mulanya mencanangkan projek laluan London Selatan diberi dana untuk program Thameslink[43] atas sebab peningkatan bilangan penumpang di stesen Tube London Bridge apabila siapnya projek menaik taraf Thameslink.

Dalam keluaran akhbar The Londoner keluaran Mac 2008, TfL mengumumkan hasrat untuk mengambil alih lebih banyak laluan kereta api di selatan London apabila syarikat francais kereta api Southern tamat pada tahun 2009.[44] Tetapi hal ini tidak dinyatakan dalam dokumen tender dan rancangan sepuluh tahun francais itu yang diterbitkan pada tahun 2008.[45]

Stesen pertukaran Old Oak Common sunting

 
Peta yang menunjukkan stesen Old Oak Common seperti dalam rancangan.

Terdapat suatu pelan jangka panjang untuk membuka satu kemudahan stesen pertukaran dengan perkhidmatan kereta api laju baru HS2 (High Speed 2) yang masih dalam perancangan. Dokumen perancangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan menyatakan cadangan kedudukan stesen itu di selatan stesen Tube Willesden Junction. Selain itu, stesen itu dijangkakan untuk dibuka pada tahun 2025 dan menyediakan kemudahan pertukaran perkhidmatan Overground itu sendiri antara laluan London Utara dan laluan London Barat.[46]

Stesen ini juga menyediakan perkhidmatan pertukaran untuk kereta api Crossrail, Heathrow Express dan Great Western. Terdapat juga cadangan untuk menyediakan pertukaran ke laluan Bakerloo dan Central.

Rancangan pembinaan stesen ini mendapat sokongan pihak berkuasa tempatan daerah Hammersmith & Fulham, Ealing dan Brent.[47]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Introducing London Overground - a new era for London Rail" (Siaran akhbar). Transport for London. 5 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-29. Dicapai pada 2008-04-23.
  2. ^ a b "London Overground plans unveiled". BBC News Online. London. 5 September 2006. Dicapai pada 2007-06-19.
  3. ^ "The Future of Rail - White Paper CM 6233". Department for Transport. 15 July 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-08-25.
  4. ^ "Bob Kiley outlines proposals for London Regional Rail Authority". Transport for London. 23 March 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-29. Dicapai pada 2008-08-25.
  5. ^ "London Rail Authority". AlwaysTouchOut.com. 7 September 2006. Dicapai pada 2008-08-25.
  6. ^ "New trains and more services for the Midlands" (Siaran akhbar). Department for Transport. 21 June 2007.
  7. ^ Darling, Alistair (14 February 2006). "Silverlink Metro". Hansard. Dicapai pada 2008-08-25.
  8. ^ "London's new train set" (leaflet). Transport for London. January 2008. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2010-10-29. Dicapai pada 2007-11-11.
  9. ^ a b "Creating London Overground" (leaflet). Transport for London. 2007. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-04-09. Dicapai pada 2007-11-11.
  10. ^ a b "All Change". The Londoner. Greater London Authority. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-14. Dicapai pada 2007-11-04. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  11. ^ (Inggeris)"East London line officially opens". BBC News Online. London. 27 April 2010. Dicapai pada 2010-04-02.
  12. ^ "New era of rail travel as London Overground's east London route opens to the public" (Siaran akhbar). Transport for London. 27 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-30. Dicapai pada 2010-05-27.
  13. ^ "Full service begins on newly extended East London Line". BBC News Online. 23 May 2010. Dicapai pada 2010-05-27.
  14. ^ "Transport for London confirms next bid stage for London Overground services" (Siaran akhbar). Transport for London. 15 December 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-29. Dicapai pada 2008-04-23.
  15. ^ "Milestone reached in transformation of London's overland rail network as operator is announced" (Siaran akhbar). Greater London Authority. 19 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-04. Dicapai pada 2007-06-19.
  16. ^ "MTR Laing beats Go-Ahead unit Govia to win North London rail franchise". Hemscott. Dicapai pada 2007-06-19.
  17. ^ "Deutsche Bahn acquires LOROL" (Siaran akhbar). LOROL. 1 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-17. Dicapai pada 2008-08-04.
  18. ^ (Inggeris)"London Overground network map" (PDF). Transport for London. 2007. Dicapai pada 2008-08-21.
  19. ^ Laluan terpantas antara Clapham Junction dan Stratford ialah perkhidmatan South West Trains dan laluan Jubilee melalui London Waterloo. Pilihan ini memberikan kelebihan kepada penumpang yang keluar-masuk di stesen yang berada di tengah-tengah perjalanan dan juga kepada yang tidak ingin merentasi Zon 1 Travelcard.
  20. ^ Latest Tube Map
  21. ^ a b "Tube Map" (PDF). Transport for London. 2008. Dicapai pada 2008-09-03.
  22. ^ "London Overground network map from 1 September 2008" (PDF). Transport for London. 2008. Dicapai pada 2008-08-25.
  23. ^ (Inggeris)"Your guide to fares and tickets (2 January 2008 until further notice)" (PDF). Transport for London. 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-04-09. Dicapai pada 2008-07-10. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  24. ^ (Inggeris)"National Rail Trends Chapter 2" (PDF). ORR. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-09-11. Dicapai pada 2010-12-01.
  25. ^ (Inggeris)Frumin, Michael (2008). "Oyster-Based Performance Metrics for the London Overground". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-13. Dicapai pada 2010-12-01.
  26. ^ (Inggeris)"National Passenger Survey - Spring 2010". Passenger Focus. 2010-06-22. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-07-12. Dicapai pada 2010-06-23.
  27. ^ "£36m contract to bring extra rail carriages for London Overground" (Siaran akhbar). Transport for London. 4 July 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-29. Dicapai pada 2008-04-23.
  28. ^ "In Pictures: Mayor Unveils New London Overground Train". The Londonist. 13 July 2009. Dicapai pada 2009-07-14.
  29. ^ "London Overground introduces Class 378 train fleet". Transport Briefing. 13 July 2009. Dicapai pada 2009-07-14.
  30. ^ "First Overground 378 Finally Enters Passenger Service". London Reconnections. 29 July 2009. Dicapai pada 2009-08-03.
  31. ^ a b c d (Inggeris)"Design standards". Transport for London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-31. Dicapai pada 2010-04-25.
  32. ^ (Inggeris)"Designing Modern Britain - London Transport". Design Museum, London. Dicapai pada 2008-08-25.
  33. ^ (Inggeris)"London's orbital railway gets the green light". TfL. 2009-02-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-29. Dicapai pada 2009-08-03.
  34. ^ "London Overground to close from Gospel Oak to Stratford as part of £326m upgrade to deliver longer, more frequent trains". TfL. 18 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-29. Dicapai pada 18 December 2009.
  35. ^ "London Overground: Dalston Junction to Highbury & Islington". Transport for London. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Sep 2011. Dicapai pada 28 May 2010.
  36. ^ "Scenario Testing for the Further Alterations to the London Plan" (PDF). Greater London Authority. 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-06-19. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  37. ^ (Inggeris)Transport for London (2006). "The Tube in 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-15. Dicapai pada 2007-11-03. (map illustrating future development phases as proposed by TfL in 2006, subject to change)
  38. ^ Rail Express keluaran 154, Mac 2009
  39. ^ (Inggeris)"The London Underground (East London Line Extension) (No. 2) Order 2001". Statutory Instrument 2001 No. 3682. HMSO. Dicapai pada 2009-08-03.
  40. ^ (Inggeris)"Junction joy South". South London Press (archived). 2004-04-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-05-09. Dicapai pada 2009-11-03.
  41. ^ (Inggeris)Martin Linton MP (2006-08-04). "Parliamentary Debate: London Orbital Rail Network". Hansard. Dicapai pada 2007-11-03.
  42. ^ "East London Line Extensions - Loughborough Junction". AlwaysTouchOut. 2006-11-09. Dicapai pada 2007-11-03.
  43. ^ "Transport for London Board Meeting" (PDF). 2007-12-06. Dicapai pada 2007-12-18.
  44. ^ (Inggeris)"Next stop south London". The Londoner. March 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-22. Dicapai pada 2010-12-01.
  45. ^ "Mayor outlines 10-year plan for massive transport expansion". TfL. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-10. Dicapai pada 2008-11-24.
  46. ^ "High Speed Rail" (PDF). Department for Transport. m/s. 107. Dicapai pada 28 May 2010. [pautan mati]
  47. ^ "Old Oak Common: The Transport and Regeneration Case for a HS2 Interchange" (PDF). London Borough of Hammersmith & Fulham. December 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-06-08. Dicapai pada 28 May 2010.

Pautan luar sunting