Long Akah (disebut sebagai Long Aka) ialah sebuah petempatan lama di hulu Sungai Baram dalam daerah Telang Usan di Sarawak, Malaysia[1][2]. Kedudukan tempat ini terletak lebih kurang 531 kilometer (330 bt) timur-utara-timur dari ibu negeri Kuching.

Long Akah

Pada zaman permerintahan Rajah Brooke, Long Akah merupakan tempat pentadbiran dan perniagaan bagi kawasan hulu Sungai Baram.

Terdapat sebaris kedai yang dimiliki oleh masyarakat Cina dimana masyarakat tempatan seperti kaum Kenyah, Kayan, Penan dan Kelabit sering melakukan aktiviti perdagangan dan jual beli di tempat ini. Tempat tersebut sangat strategik bagi aktiviti sedemikian kerana kedudukan tapak yang berada di pusat antara masyarakat di hulu dan hilir. Tambahan pula, jarak antara tempat tersebut dengan kampung Long San hanya sejauh 5-10 minit menaiki perahu.

Salah satu keistimewaan di tapak ini adalah bangunan bersejarah dari era pemerintahan Brooke yang dikenali sebagai Kubu Long Akah. Tapak kubu lama ini dibina pada 1929 sebagai pusat pentadbiran pada era Charles Vyner Brooke. Rangka kubu dua tingkat ini dibina menggunakan kayu belian yang sangat keras. Kubu ini telah melalui beberapa pembersihan, termasuk penggantian atap, balak dan atap zink.

Lapangan Terbang Long Akah ialah sebuah padang terbang STOL, menyediakan ketersampaian ke kampung pedalaman ini dari Miri dan Marudi.[3][4][5]

Petempatan berjiran termasuk:

Rujukan sunting

  1. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer (PDF). Kuala Lumpur: Sarawak Forestry Department Malaysia and Forest Research Institute Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2011-01-01.
  2. ^ "Long Akah, Malaysia". Geonames. 2010-08-09. Dicapai pada 2010-12-27.
  3. ^ "DCA Sarawak - STOL Aerodrome". Department of Civil Aviation Malaysia. 2010-03-27. Dicapai pada 2010-12-31.
  4. ^ Reflections from Sarawak's Rivers (PDF). United Nations Development Programme (UNDP), Malaysia. 2008-06-27. m/s. 22. ISBN [[Special:BookSources/983-3904-11-2 Templat:Please check ISBN|983-3904-11-2 [[:Templat:Please check ISBN]]]] Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2011-01-02.
  5. ^ "On Sarawak river boats to Long Akah". Dicapai pada 2011-01-02.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "PDF1327515566" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.