M. Zulkifli Abdul Jalil

M. Zulkifli Abdul Jalil (lahir 8 Disember 1971) merupakan nama penting dalam industri hiburan Malaysia. Beliau kini merupakan bekas pengacara rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. M. Zulkifli juga merupakan penulis lirik yang prolifik dan telah menghasilkan banyak lirik-lirik untuk penyanyi-penyanyi tempatan seperti Vince, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, New Boyz, Aqasha, Ferhad dan ramai lagi. Beliau juga pernah menghasilkan skrip untuk filem Mamak Cupcake [1] (2014), terbitan Grand Brilliance.

M. Zulkifli Abdul Jalil
Kelahiran (1971-12-08) 8 Disember 1971 (umur 52)
PekerjaanPengacara
penulis lirik
prolifik

Biodata sunting

M. Zulkifli dilahirkan pada 8 Disember 1971 di Johor Bahru. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kerjaya sunting

Usaha-usaha M. Zulkifli kini termasuk:

  • Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3,
  • Pengurus Besar Alt Media Sdn Bhd, pengendali portal [2],
  • Penulis lirik,
  • Penulis skrip TV and filem

Beliau pernah juga menjadi editor akhbar Malay Mail, majalah FHM dan Newman serta berkhidmat sebagai seorang Majistret.[3]

Rujukan sunting