Peluru M712 Copperhead adalah sejenis peluru yang dilancarkan menggunakan meriam 155mm. Peluru ini mempunyai sistem pemanduan terminal dan menggunakan sirip kecil untuk menstabilkan penerbangan peluru tersebut. Sistem pemanduannya membolehkan peluru ini ditujukan dengan tepat ke arah sasaran-sasaran “keras” seperti kereta kebal, meriam howitzer SP pandu sendiri, kereta perisai pengangkut anggota APC ataupun lain-lain sasaran nilai tinggi.

M712 Copperhead Dihentikan Pengeluarannya

Peluru Copperhead mempunyai jarak penggunaan maksimum 16 km dan jarak minimum 3 km. Peluru Copperhead boleh digunakan dengan meriam jenis M114A2, meriam M109A1 and M109A1B, meriam-meriam jenis M109A2, M109A3, M109A3B, M109A4, M109A5 and M109A6, meriam SP M109 dan meriam jenis M198. Kini pengeluaran peluru Copperhead telah dihentikan.

Peluru Copperhead perlu menggunakan pencahayaan laser untuk membidik sasaran. Apabila sistem pemanduan peluru ini mengesan cahaya laser yang berkenaan, sistem pemanduannya akan menggerakkan sirip-sirip kecil untuk menggerakkan peluru menuju sasaran. Tetapi sistem pemanduan Copperhead terjejas oleh lindungan awan dan perlu digunakan di bawah paras awan pada tahap-tahap kritikal, khususnya pada peringkat perolehan sasaran supaya peluru berkenaan mempunyai masa mencukupi untuk menggerakkan sirip kawalan untuk mensasarkan peluru kepada sasaran.

Mod Operasi sunting

Copperhead mempunyai dua mod operasi – mod balistik dan mod meluncur. Mod balistik digunakan apabila paras awan adalah tinggi dan tidak mengganggu keupayaan perolehan pencahayaan laser untuk sistem pemanduan, Apabila peluru berada kira-kira 3,000 meter dari sasaran, sirip kawalan akan dilebarkan dan sistem pemanduan akan mengawal pergerakan sirip untuk membolehkan peluru copperhead mengenai sasaran.

Mod peluncur digunakan apabila paras awan rendah dan mengganggu keupayaan perolehan sasaran. Mod ini mempunyai dua fasa – fasa balistik dan fasa peluncuran. Selepas ditembak, peluru Copperhead akan melalui fasa balistik. Apabila peluru ini melepasi titik yang telah ditetapkan sepanjang trajektorinya, sirip kawalan akan dilebarkan dan peluru Copperhead ini akan melalui peralihan kepada mod peluncuran. Mod ini membolehkan peluru ini mengesan sasaran melalui sudut pengawasan paling luas mengikut keadaan paras awan. Apabila sasaran diperolehi, sirip kawalan akan digerakkan untuk mensasarkan peluru kepada sasaran.

Sejarah tempur sunting

Peluru jenis Copperhead digunakan semasa Operasi Desert Storm pada tahun 1990.

Pengguna sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting