M72 LAW adalah sistem senjata pakai buang menggunakan roket 66mm yang boleh digunakan menentang kereta kebal ringan ataupun perkubuan musuh. Walaupun hanya 2.3 kg, ia efektif sehingga jarak 200 meter.

M72 LAW sedia untuk tembakan

Pelancar roket M72 LAW (Light Anti-Tank Weapon) adalah sejenis senjata pakai buang yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Senjata ini melancarkan sebuah roket anti kereta kebal dengan kaliber 66 mm dan boleh memusnahkan perkubuan musuh (bunker), kereta perisai ringan dan kenderaan lain. Senjata ini dibuat oleh Nammo Raufoss AS di Norway.

Senjata ini terdiri dari satu silinder pelancar yang diliputi dengan satu silinder pelindung yang kalis air untuk melindungi roket dan alat peledak roket (percussion cap) yang berada di dalam. Apabila hendak digunakan, silinder yang didalam ditarik keluar ke arah belakang, dan melangsungkan picu ke tempatnya dan menguncikan silinder tersebut. Senjata ini sedia untuk digunakan.

Apabila dilaancarkan, bahan dorong (propellant) roket terbakar sehingga habis, mengeluarkan gas sekitar suhu 760° Celcius. Ini melonjakkan roket keluar daripada silinder dengan anjalan yang tidak kuat. Apabila roket dilancarkan daripada silinder sepenuhnya, sirip kawalan roket akan terkeluar daripada pangkal roket untuk menstabilkan penerbangan roket. Setelah digunakan, silinder tadi dibuang begitu sahaja.