MPEG-2 ialah piawaian untuk "pengekodan generik gambar bergerak dan maklumat audio yang bersama".[1] MPEG-2 menghuraikan gabungan kaedah-kaedah pemampatan video dan pemampatan audio "kehilangan" (pemampatan data audio) yang membolehkan storan dan pemancaran gambar bergerak dengan menggunakan media storan dan lebar jalur pemancaran yang sedia ada.

MPEG-2 digunakan dalam Penyiaran Video Digital dan DVD. Strim pengangkutan, TS, and program stream, PS, are container formats.

Aplikasi sunting

DVD sunting

Piawaian DVD menggunakan video MPEG-2 tetapi ada batasnya:

  • Leraian yang dibenarkan
    • 720 × 480, 704 × 480, 352 × 480, 352 × 240 piksel (NTSC)
    • 720 × 576, 704 × 576, 352 × 576, 352 × 288 piksel (PAL)
  • Nisbah aspek yang dibenarkan
    • 4:3
    • 16:9
    • (1.85:1 dan 2.35:1, misalnya, sering disenaraikan sebagai nisbah aspek DVD yang sah, tetapi sebenarnya cuma berupa imej 16:9 dengan isian hitam di bahagian atas dan bawah bingkai)
  • Kadar bidang yang dibenarkan
    • 29.97 bidang/s (NTSC)
    • 25 bidang/s (PAL)
Peringatan: Dengan menggunakan satu corak bendera REPEAT_FIRST_FIELD pada kepala gambar yang dikodkan, gambar boleh dipaparkan sama ada untuk dua atau tiga medan dan mana-mana kadar paparan gambar (minimum ⅔ kadar bidang) boleh dicapai. Ini paling kerap digunakan untuk memaparkan video 23.976 (kadar filem anggaran) dalam format NTSC.
  • Kadar bit audio+video
    • Puncak video 9.8 Mbit/s
    • Jumlah puncak 10.08 Mbit/s
    • Minimum 300 kbit/s
  • YUV 4:2:0
  • Sari kata tambahan dibolehkan
  • Penyarikataan tertutup (NTSC sahaja)
  • Audio
    • Modulasi Kod Denyut Linear (LPCM): 48 kHz atau 96 kHz; 16- atau 24-bit; sehingga enam saluran (bukan semua kombinasi boleh dilakukan kerana batasan kadar bit)
    • MPEG Lapisan 2 (MP2): 48 kHz, sehingga 5.1 saluran (diwajibkan dalam pemain PAL sahaja)
    • Dolby Digital (DD, juga dikenali sebagai AC-3): 48 kHz, 32–448 kbit/s, sehingga 5.1 saluran
    • Sistem Teater Digital (DTS): 754 kbit/s atau 1510 kbit/s (tidak diwajibkan untuk pematuhan pemain DVD)
    • NTSC DVDs mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu runut audio LPCM atau Dolby Digital.
    • PAL DVDs mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu runut audio MPEG Lapisan 2, LPCM, atau Dolby Digital.
    • Pemain tidak dikehendaki memainkan audio dengan lebih dari dua saluran, tetapi perlu boleh mencampur turun audio berbilang saluran ke dua saluran.
  • Struktur Kumpulan Gambar (GOP)
    • Kepala urutan mesti hadir di permulaan setiap GOP
    • Bidang maksimum per GOP: 18 (NTSC) / 15 (PAL), iaitu kedua-duanya 0.6 saat
    • GOP tertutup diperlukan untuk DVD pelbagai sudut

DVB sunting

Had-had berkenaan aplikasi pada video MPEG-2 dalam piawaian DVB:

Peleraian yang dibenarkan untuk SDTV:

  • 720, 640, 544, 480 or 352 × 480 pixel, 24/1.001, 24, 30/1.001 or 30 frame/s
  • 352 × 240 pixel, 24/1.001, 24, 30/1.001 or 30 frame/s
  • 720, 704, 544, 480 or 352 × 576 pixel, 25 frame/s
  • 352 × 288 pixel, 25 frame/s

Untuk HDTV:

  • 720 x 576 x 50 bidang/s progresif (576p50)
  • 1280 x 720 x 25 or 50 bidang/s progresif (720p50)
  • 1440 or 1920 x 1080 x 25 bidang/s progresif (1080p25 – mod filem)
  • 1440 or 1920 x 1080 x 25 bidang/s selang seli (1080i25)
  • 1920 x 1080 x 50 bidang/s progresif (1080p50) kemungkinan format H.264/AVC masa akan datang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting