MV Mavi Marmara (Melayu: Marmara Biru adalah kapal penumpang Turki yang dibina bagi beroperasi di Laut Marmara. Kapal ini termasuk dalam armada 9 buah kapal ke Genting Gaza pada Mei 2010. Kapal ini diserang oleh tentera laut dan komando Israel pada Isnin, 31 Mei 2010, ketika berada di Laut Mediterranean iaitu di perairan antarabangsa.

MV Mavi Marmara meninggalkan Antalya ke Gaza pada 22 Mei 2010

Dua rakyat Malaysia turut berada di dek kapal ketika komando Israel menembak pasa sukarelawan yang melawan dengan objek-objek tajam. Mereka ialah wartawan Astro Awani iaitu Ashwad Ismail (26) dan jurukamera Samsulkamal Abdul Latip(43)

Pada 1 Jun 2010, Haluan Palestin melaporkan kapal ini telah diarah berlabuh di Pelabuhan Ashdod, selatan Israel, berhadapan Bukit Jonah . Kesemua 535 penumbang dari Lubnan, Mesir, Yaman dan lain-lain telah diturunkan. Mereka akan dihantar pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv.

Al-Jazeera melaporkan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang.Edward Peck (81) mantan Duta Amerika Syarikat telah dihantar pulang.480 orang ditahan di Penjara Beersheba, Israel.[1]

Di Bukit Jonah, terentang bendera Israel dan kain rentang berbunyi 'Selamat berjaya Pasukan Pertahanan Israel (IDF)'. Ia ditulis dalam bahasa Hebrew dan Inggeris. Shahar Arieli melaporkan dua bot Flotilla juga ditunda ke pelabuhan Ashdod. Penduduk Israel menganggap kapal-kapal itu sebagai kapal pengganas, kapal lanun. Kami melihat melalui TV , mereka mengacu pisau ke perut komando IDF.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Mavi Marmara dikosongkan, nasib aktivis tidak tentu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-04. Dicapai pada 2010-06-01.
  2. ^ Israeli publicity machine cranks into gear over raid on Mavi Marmara