Maharani Balu Cixi

Maharani Balu Cixi (Bahasa Cina: 慈禧太后; pinyin: Cíxī Tàihòu) (29 November 183515 November 1908), lebih dikenali di China sebagai Maharani Balu Barat (Bahasa Cina: 西太后; pinyin: Xī Tàihòu), berasal dari Puak Manchu Yehe Nara. Baginda merupakan tokoh berkuasa dan penuh karisma yang menjadi pemerintah de facto Dinasti Qing Manchu yang memerintah China selama 47 tahun dari tahun 1861 sehingga kemangkatannya pada tahun 1908.

Maharani Xiao Qin Xian
Maharani Balu Cixi
PemerintahanSebagai gundik, kemudian Permaisuri (dinaikkan beberapa kali sepanjang pemerintahan Maharaja Xianfeng) September 1851 - 22 Ogos 1861, Sebagai Maharani Balu sehingga 15 November 1908
GelaranDivine Mother Empress Dowager
PasanganMaharaja Xianfeng
AnakandaMaharaja Tongzhi

Cixi yang berasal daripada sebuah keluarga Manchu biasa dan pernah dipilih oleh Maharaja Xianfeng sebagai seorang gundik, hampir mengawal seluruh istana di bawah pemerintahan pada anakanda baginda Maharaja Tongzhi dan anakanda saudaranya Maharaja Guangxu yang kedua-duanya cuba memegang tampuk pemerintahan baginda namun gagal. Tingkah laku baginda yang berfahaman konservatif sepanjang pemerintahannya disifatkan oleh ramai ahli sejarah sebagai pemerintah kuku besi, dan merupakan punca kejatuhan Dinasti Qing dan penghapusan sistem beraja di China.

Pautan luar sunting