Mahmoud al-Mabhouh

Mahmoud Abdel Rauf al-Mabhouh (Arab: محمود عبد الرؤوف المبحوح; 14 Februari 1960 – 19 Januari 2010[1]) adalah seorang komander kanan tentera Hamas dan salah seorang pengasas Briged Izz ad-Din Al-Qassam di Gaza.

Al-Mabhouh dibunuh di Hotel Al Bustan Rotana di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 19 Januari 2010, selepas tiba dari Syria. Polis Dubai mendapat bukti bahawa dia dibunuh di bilik hotel akibat lemas atau kejutan elektrik. Terdapat kontroversi pembunuhannya meninggal bukti ia diluluskan kerajaan Israel.[2]

Biografi sunting

Al-Mabhouh lahir di Jabaliya, Gaza pada 14 Disember 1960. Pada tahun 1970 ia bergabung dengan Ikhwan Muslimin dan tahun 1980 ia dilaporkan terlibat dalam sabotaj kedai kopi di mana perjudian berlangsung. Pada tahun 1986 pasukan keselamatan Israel menangkapnya kerana memiliki sepucuk raifel. Selepas dibebaskan beliau terlibat dengan Hamas. Pada Mei 1989 dia dipercayai terlibat dalam pembunuhan dua tentera Israel. Dia lari Genting Gaza untuk mengelakkan penangkapan. Dia juga dituduh menyeludup senjata dan bahan letupan ke Gaza. Tahun 2003 dia dipenjarakann di Mesir.

1989 beliau dipercayai terlibat dalam penculikan 1989 dan pembunuhan dua tentera Israel, Avi Sasportas dan Ilan Sa'adon dan beberapa serangan lain. Rumahnya di Gaza dilaporkan telah dihancurkan oleh Israel pada tahun 1989. Dia telah ditangkap beberapa kali oleh Israel.

Pembunuhan sunting

Al-Mabhouh ditemui mati di Al Bustan Rotana Hotel di Dubai.

The Sunday Times melaporkan bahawa al-Mabhouh dikesan sejak 19 Januari 2010 pada 10:05 berangkat dari Damsyik, Syria ke Dubai menerusi penerbangan Emirates 912. Dikatakan beliau menggunakan pasport palsu. Tetapi pegawai Hamas mempertahankan bahawa al-Mabhouh memasuki UAE dengan identitinya sendiri pada 3:15. Biasanya al-Mabhouh dilindungi oleh pengawal, namun kedatangan mereka tertunda kerana pesawat itu penuh.

Al-Mabhouh naik teksi ke Hotel Al Bustan Rotana dan duduk di ruangan 230, mandi, menukar pakaian, meninggalkan dokumen-dokumen di dalam brankas, dan kemudian keluar hotel antara 4:30 dan 5 petang. Sekitar satu jam selepas check in , apa yang dia lakukan selama tiga hingga empat jam tidak jelas. Laporan menyatakan dia pergi ke Konsulat Iran di Dubai . Pada 8:25 Al-Mabhouh kembali ke bilik. Kemudian gagal untuk menjawab panggilan dengan isterinya setengah jam kemudian.

Menurut polis Dubai, dia sudah mati 9 malam. Pada 20 Januari, keesokan harinya, tubuhnya ditemui di bilik hotelnya. Jenazahnya kemudian pindah ke Damsyik untuk dikebumikan.

Punca kematian sunting

Beberapa penyebab kematian telah diajukan oleh pelbagai pihak. Polis mengatakan bahawa keputusan daripada laporan forensik , kematian berpunca dari kejutan elektrik dan kemudian mati tercekik. The Khaleej Times melaporkan bahawa empat penyerang bertopeng menggunakan bantal untuk melemaskannya.Maklumat lain menyatakan dia diberi ubat merangsang serangan jantung.

Pasukan perubatan mendapati ada tanda-tanda pencekikan. Sampel darah dihantar ke makmal Perancis yang menyatakan beliau meninggal akibat elektrik. Dubai akan bekerja sama dengan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) bagi menyiasat insiden itu.

Kenyataan Hamas sunting

Pejabat Hamas membuat kenyataan yang pelbagai dan saling bertentangan mengenai keadaan kematian pemimpin mereka.

Pada hari kejadian, sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam, mengumumkan bahawa beliau meninggal kerana terminal kanser di sebuah hospital di Emiriah Arab Bersatu. Pada 29 Januari, pegawai Hamas Mahmoud al-Zahar mengatakan bahawa ada kemungkinan menteri Israel, Uzi Landau terlibat dalam kematian. Landau telah berkunjung ke Emiriah Arab untuk menghadiri persidangan tenaga diperbaharui. Landau menafikan dakwaan itu. Delegasi itu ke [Abu Dhabi], sekitar 120 km dari Dubai, dan diringi oleh 8 pengawal keselamatan UAE setiap saat.

Pada 29 Januari, timbalan ketua politbiro Hamas, Moussa Abu Marzouk berkata, "Agen Mossad agen orang-orang yang membunuh al-Mabhouh".

Pada 2 Februari, wakil Hamas di Lubnan, Osama Hamdan mengatakan bahawa aparat keamanan Palestin mungkin terlibat dalam kematian. Dia mengatakan bahawa "pasukan keselamatan Otoritas Palestin memburu pejuang Hamas dan mereka telah membunuh puluhan daripada mereka sejak 1994." Haaretz melaporkan bahawa penyiasatan Hamas mencadangkan Mabhouh dibunuh oleh ejen kerajaan Arab, dan bahawa al-Mabhouh diingini oleh Mesir dan Jordan.

Pada 12 Februari, pemimpin senior Hamas, Khaled Mashaal menolak laporan bahawa Hamas menyalahkan negara-negara Arab. Sebaliknya mengatakan Mossad Israel bertanggungjawab.

Pada 2 Februari, Iran menyalahkan kementerian luar Israel. Pada 17 Februari, Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman kesal dengan menyatakan:

Saya tidak tahu mengapa kita Israel, atau Mossad, menggunakan pasport mereka... Tidak ada alasan untuk berfikir bahawa itu adalah Mossad Israel, dan bukan badan perisikan lain atau negara sampai dengan beberapa kenakalan... Israel tidak pernah menanggapi, tidak pernah membenarkan dan tidak pernah menyangkal... Tidak ada alasan bagi Israel untuk mengubah dasar ini.

Suspek sunting

Pasukan pembunuh terdiri daripada:

  1. 6 rakyat Britain - James Leonard Clarke, Stephen Daniel Hodes, Paul John Keeley, Michael Lawrence Barney, Jonathan Lewis Graham, dan Melvyn Adam atau Melvyn Adam Mildiner. Pejabat luar Britain percaya bahawa pasport yang digunakan adalah palsu. Pasport pada bulan Januari tidak sama gambarnya.
  2. 3 rakyat Ireland - Kevin Daveron, Evan Dennings, dan Gail Folliard. Jabatan Luar Ireland menyatakan bahawa pasport yang digunakan oleh para tersangka adalah palsu .Ireland tidak pernah mengeluarkan pasport dalam nama-nama itu.
  3. 1 rakyat Perancis - Peter Elvinger (dipercayai sebagai pemimpin pasukan dan logistik koordinator).
  4. 1 rakyat Jerman - Michael Bodenheimer. Pegawai Jerman mengatakan bahawa pasport yang mereka terima daripada pihak berkuasa di Dubai adalah tidak lengkap atau tidak ada.

Dua warga Palestin ditahan di Jordan dan diserahkan kepada Dubai. Mereka disyaki memberikan bantuan logistik. Salah seorang tahanan Palestin adalah pegawai keselamatan Fatah yang dikuasai pihak berkuasa Palestin. Hamas berpendapat mereka melakukan pembunuhan. Sementara Palestin telah membalas dengan menuduh orang Palestin yang ditangkap sebagai ahli Hamas.

Suspek British bernama Melvyn Adam Mildiner berkata kepada pejabat Reuters bahawa dia belum pernah ke Dubai dan tidak mempunyai hubungan dengan Mossad atau pembunuhan. Paul Keeley, Stephen Daniel Hodes dan Michael Bodenheimer berkata dalam berita Channel 2 Israel bahawa mereka tidak melakukannya.

Gambar foto 11 orang yang disyaki ini ditambah kepada senarai paling dikehendaki Interpol pada 18 Februari, dengan nota identiti yang digunakan 11 orang ini adalah palsu. Pegawai lapangan terbang Dubai menjalankan imbasan retina rutin terhadap 11 orang ini ketkika mereka memasuki negara itu dan polis berkata mereka akan menerbitkan imbasan tersebut melalui INTERPOL.[3]

Signifikan sunting

Analisis oleh Yaakov Katz di The Jerusalem Post menyatakan sebelum ini berlaku pembunuhan terhadap Imad Mughniyeh yang melibatkan Iran, Syria, Hizbullah , Hamas, dan Jihad Islam. Rangkaian Mabhouh terlibat dalam penyeludupan senjata ke Gaza yang dikuasai Hamas melalui Sudan. Analisis itu tidak menentukan siapa yang di belakang Mabhouh kematian.

Bekas pegawai Mossad, Igra Rami, mengatakan kepada Radio Tentera Israel bahawa pembunuhan itu tidak profesional. Ini kerana ia telah dirakam oleh kamera keselamatan CCTV.

Serangan balas dendam sunting

Pada 1 Januari, Jerusalem Post melaporkan sebuah kumpulan militan Palestin di Jalur Gaza cuba melakukan serangan balas dendam terhadap Israel. Bom diletakkan dalam tong dan dihantar ke Laut Tengah dari pantai Gaza. Bom itu ditremui di Ashkelon dan Ashdod, dan yang ketiga ditemui di pantai Palmahim.

Rujukan sunting

  1. ^ Issacharoff, Avi (2010-01-31). "Mystery explosion kills senior Hamas militant in Dubai". Haaretz. Dicapai pada 2010-01-31. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ "Fake passports fuel questions about Israeli role in Hamas official's slaying". Washington Post. 17 Februari 2010.
  3. ^ Avi Issacharoff, Haaretz Correspondent, Haaretz Service and News Agencies (18 Februari 2010). "Interpol adds suspected Dubai assassins to most wanted list". Haaretz. Dicapai pada 2010-02-18.CS1 maint: multiple names: authors list (link)