Mastika

majalah di Malaysia
(Dilencongkan dari Majalah Mastika)

Mastika ialah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan di Malaysia. Mastika ialah majalah tertua di Malaysia[2]. Ia mula diterbitkan pada 1 Jun 1941[3] di Singapura dan menjadi majalah pertama terbitan Utusan Melayu Press[4]. Penerbitan bercetaknya telah berakhir dengan isu terakhir diterbitkan pada November 2018.[2] Bermula 2021, Mastika diterbitkan secara digital menerusi laman berita Utusan TV[5]

Mastika
Sampel kulit majalah Mastika keluaran Jun 2007.
KekerapanBulanan
Edaran320,000[1]
Penerbit
  • Utusan Binders Sdn Bhd (bermula 2019)
  • Utusan Karya Sdn Bhd (hingga 2018)
Isu pertama1 Jun 1941
Isu terakhir2 November 2018
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webMastika di UtusanTV
ISSN0126-5598

Perkembangan sunting

Pada awal penerbitannya, Mastika membawa unsur pendidikan. Kemudian pada pertengahan 1990-an, ia mula menonjolkan konsep misteri dan seram. Pada awal penerbitannya, Mastika diterbitkan dalam tulisan jawi. Walau bagaimanapun, ia beralih kepada tulisan rumi mengikuti trend penerbitan majalah-majalah lain di Singapura yang berlaku akhir tahun 1960[1].

Penerbitan Mastika pernah tergendala akibat Perang Dunia Kedua. Namun berjaya diterbitkan semula di Singapura pada November 1946. Pada Februari 1959, Mastika mula diterbitkan di Kuala Lumpur kerana Syarikat Utusan Melayu Press yang berpusat di Singapura telah berpindah ke Kuala Lumpur[1].

Majalah ini mendapat sambutan hangat masyarakat pada sekitar akhir tahun 1990-an dan awal 2000-an apabila menukar tema penulisan artikel majalah daripada kisah berkenaan politik dan hal semasa kepada kisah-kisah human interest. Sehingga tahun 2007 majalah ini telah memegang rekod jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut.[1] Setakat 2016, majalah Mastika memegang rekod sebagai majalah tertua dan tertinggi edarannya di Malaysia.[3]

Kepimpinan sunting

Di sepanjang penerbitannya, Mastika telah dikemudi dan diperkemas oleh beberapa orang tokoh. Pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai[4]. Beberapa tokoh lain tukuh menjadi pengarang dan penyunting antaranya Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali[6], A. Samad Said dan Zainol Fakir.

Penerbitan sunting

Mastika pada awalnya ialah satu unit majalah di bawah Utusan Melayu (M) Berhad. Kemudian ia telah ditempatkan bernaung di bawah Utusan Karya Sdn Bhd, anak syarikat Utusan Melayu Berhad bersama-sama dengan majalah lain. Permit penerbitannya dipegang oleh Utusan Binders Sdn Bhd. Penutupan besar-besaran Kumpulan Utusan pada 2018 telah menyaksikan penamatan penerbitan Mastika pada November 2018[2]. Walau bagaimanapun, permit penerbitannya kekal dipegang oleh Utusan Binders dan bermula 2021, ia telah diserap dalam Utusan TV secara dalam talian[5].

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Wawarah binti Saidpudin. "Beri Apa yang Pembaca Mahu : Zaman Emas Mastika" (PDF). International Conference on Management and Muamalah 2022. Dicapai pada 10 Ogos 2023.
  2. ^ a b c "Neelofa turut sedih majalah seram, Mastika ditutup selepas 77 tahun - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-06. Dicapai pada 2023-08-09.
  3. ^ a b "Mastika kekal rekod majalah No. 1, paling tua di Malaysia - Nasional - Utusan Online". web.archive.org. 2018-04-08. Dicapai pada 2023-08-09.
  4. ^ a b "Othman Wok pelopor cerita seram di Mastika, Utusan Zaman - Sejarah Utusan - Utusan Online". web.archive.org. 2019-01-30. Dicapai pada 2023-08-09.
  5. ^ a b "UtusanTV.com: Baru tiga bulan tapi sudah mula menyengat". VOA Media Network (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-31. Dicapai pada 2023-08-09.
  6. ^ Zakaria, Zulkarnain (2021-06-01). "MEMOIR DI MASTIKA: MERINDUI ABANG MUNIR (sempena ulang tahun ke-80 Mastika, pada hari ini, 1 Jun 2021)". UtusanTV (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-10.