Majlis Perbandaran Kemaman

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) ialah sebuah majlis perbandaran di Terengganu, Malaysia. Ia mentadbir bandar Chukai.

Majlis Perbandaran Kemaman

Daerah ini dengan keluasan kira-kira 8,000 batu persegi (254,000 hektar) merupakan daerah ketiga terbesar di Terengganu selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Bancian penduduk sekitar tahun 1970-an pula meletakkan daerah ini di tempat kedua terbesar dari segi bilangan penduduk selepas Kuala Terengganu.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai. Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu:

  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan pedalaman
  3. Kawasan kaki bukit (terletak beberapa kilometer dari pantai).

Latar belakang sunting

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah Kemaman ke Majlis Perbandaran Kemaman di bawah Enakmen Negeri Terengganu, Bil 5 tahun 2002 pada 1 Januari 2002.

Kawasan operasi MPK ketika ini berkeluasan 1,335.081 km persegi merangkumi dua belas buah mukim iaitu Chukai, Banggol, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Binjai, Pasir Semut, Tebak, Hulu Cukai, Bandi dan Hulu Jabur. Pada 18 Julai 1996, persempadanan MPK telah dibuat perluasan di mana Kerajaan Negeri telah mewartakan seluruh Daerah Kemaman sebagai kawasan MPK. Ini menjadikan kawasan tadbir MPK seluas 2,535.59 km persegi.

Kenaikan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu :

  1. Mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang.
  2. Memperolehi pendapatan tahunan melebihi 10 juta.
  3. Mempunyai kemudahan infrastruktur bagi kebajikan penduduk.
  4. Mempunyai pusat bandar setaraf ibu negeri.
  5. Keperluan penduduk lebih kepada perbandaran.

Pautan luar sunting