Makanan

sebarang bahan yang digunakan untuk memberi sokongan pemakanan kepada tubuh; bentuk tenaga yang tersimpan dalam bahan kimia

Makanan (Tulisan Jawi: ماكنن) merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat [1].

Nasi ketupat di atas pinggan
Salad sayuran dan keju

Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara memasak khas, keutamaan dan amalan. Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi [2]. Kajian mengenai makanan pula dipanggil sains makanan.

Bahan tersebut ditelan oleh organisme dan diasimilasi oleh sel-sel organisma untuk memberi tenaga, mengekalkan kehidupan, atau merangsang pertumbuhan. Spesies haiwan yang berlainan mempunyai tingkah laku makan yang berbeza yang memenuhi keperluan metabolisme unik mereka, sering berkembang untuk memenuhi ceruk ekologi tertentu dalam konteks geografi tertentu.

Sumber makanan sunting

Hampir semua makanan berasal dari tumbuhan atau haiwan. Dan boleh dikatakan hampir semua benda hidup pernah dijadikan makanan, sama ada untuk dimakan sebagai diet atau upacara amal oleh manusia.

Rujukan sunting

  1. ^ McGee, Harold (16 November 2004). On Food and Cooking: The Science and Lore of the Kitchen. Simon and Schuster. m/s. pp. 792-793. ISBN 0-684-80001-2. |pages= has extra text (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Mead, Margaret (5 Ogos 1997). "The Changing Significance of Food". In Carole Counihan and Penny Van Esterik (Ed.), Food and Culture: A Reader, pp. 11-19. Routledge (UK), ISBN 0-415-91710-7.