Malaysia Today merupakan laman berita blog Malaysia yang popular. Ia sangat dikenali kerana kritikan kepada kedua-dua kerajaan Barisan Nasional dan parti-parti pembangkang seperti Parti Tindakan Demokratik dan Parti Keadilan Rakyat. Pengasas dan penyunting adalah Raja Petra Kamarudin, seorang bekas tahanan politik. Ditubuhkan pada bulan Ogos 2004, ia mendakwa mempunyai pelawat sebanyak kira-kira 100 juta lawatan, dan ia mendakwa mempunyai pembaca lebih daripada New Straits Times, sebuah surat khabar harian berbahasa Inggeris utama di Malaysia. [1] Menurut kepada The Star, Malaysia Today menerima 1.5 juta sehari, dan merupakan satu daripada sepuluh laman teratas di Malaysia.[2] Laman ini dihoskan di negara jiran Singapura.

Malaysia Today
Maklumat umum
URLhttp://www.malaysia-today.net/ http://www.m2day.org/ http://mt.harapanmalaysia.com/2008
JenisBlog berita politik
DitubuhkanOgos 2004 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikFriends of Malaysia Today
PengasasRaja Petra Kamarudin
KomersialTidak
PendaftaranPerlu untuk meninggalkan komen
Lokasi
Ibu pejabatSingapura
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nota: URL bagi laman Raja Petra adalah "www.malaysia-today.net". Satu laman dengan nama yang hampir sama, "www.malaysiatoday.com", adalah tidak berkaitan.

Pada 27 Ogos 2008, laman web Malaysia Today didapati telah disekat oleh SKMM kerana dikatakan memaparkan komen-komen yang dapat mengapi-apikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penapisan itu ditarik balik pada 12 September 2008, namun Raja Petra Kamarudin ditahan di bawah ISA pada hari yang sama. Dia kemudian dihantar ke Kem Tahanan Kamunting untuk menjalani tahanan selama dua tahun pada 23 September.[3]

Lihat juga sunting

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ Kamarudin, Raja Petra (2 Jan. 2006). "The pen is mightier than the sword" Diarkibkan 2006-02-09 di Wayback Machine. Malaysia Today.
  2. ^ Tan, Joceline (14 Jan. 2006). Petra survives the bad press Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine. The Star.
  3. ^ The Star Online (2008-09-24). Raja Petra sent to Kamunting, gets two-year detention

Pautan luar sunting